Saturday, September 25, 2010

Maha Suci Allah!

Assalamualaikum...

Setelah lama 'cuti' dari menulis di blog ini,hari ini diberi sedikit masa oleh-Nya untuk menulis lagi.Rindu untuk menulis.Banyak perkara ingin dikongsi buat teman-teman di Malaysia,juga di mana-mana sahaja,namun menyedari bukan semua perkara patut dikongsi dan diceritakan,biarlah cerita yang patut didengar oleh yang 'berkenaan' sahaja Tah simpan buat perkongsian apabila kita bertemu di Malaysia kelak!Bukankah lebih indah begitu?=)

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita.Moga Syawal yang berbaki hampir separuh lagi ini,dimanfaatkan dengan berpuasa sunat 6 hari.Sayang andai tawaran istimewa yang Allah janjikan,sebagaimana berpuasa setahun ini disia-siakan!Peringatan buat diri sendiri juga.

Suka Tah berkongsi dua cerita dalam post kali ini.Mungkin peringatan buat semua bahawa Allah itu ada dan Maha mendengar!Cerita pertama ini,terjadi pada sahabat Tah,Ummu dan Adawiyah.Peristiwa ini berlaku dalam Ramadhan yang lepas.Mereka berdua merancang untuk ke Iskandariah,tapi kedua-duanya tiada kenalan di sana(kenalan yang ada pulang bercuti di Malaysia)Kebetulan sehari sebelumnya,Tah ada memaklumkan pada mereka yang Tah ada di Iskandariah di rumah senior Imtiaz Dungun.Jadi pada pagi itu,mereka menghubungi Tah dengan harapan ingin mencari tempat untuk bermalam.Malangnya Tah terpaksa bertolak ke Kaherah pada pagi itu juga memandangkan kami sudah membeli tiket kereta api.Namun,Tah cuba membantu mereka dengan menghubungi sahabat-sahabat yang ada di Iskandariah memandangkan mereka sedang dalam perjalanan ke Iskandariah.Namun,tiba-tiba Adawiyah menghubungi Tah sekali lagi."Tah ingat tak Kak Ikin?Tadi tiba-tiba dia mesej,bila nak datang Alex?Alhamdulillah!"Dari suara Adawiyah,Tah tahu ini adalah satu kelegaan yang amat sangat!

Teringat pada Kak Ikin.Kami mengenalinya hanya secara kebetulan!Di Lapangan Terbang Iskandariah.Hanya sekali pertemuan,dan hanya dia yang mengambil nombor telefon Ummu,sedangkan kami lupa untuk bertanyakan nombor telefonnya.Allah dengar doa kalian sahabatku!

Cerita kedua ini,berlaku pada Tah sendiri.Dalam Ramadhan yang lepas juga.Tah ketika itu berkunjung ke Hussein(tempat beli-belah)di Kaherah.Tujuannya,mahu membeli jubah-jubah yang dikirim oleh orang Malaysia.Setelah selesai memilih jubah-jubah,Tah mencari dompet untuk membayar harga jubah tersebut.Setelah lama mencari,masih gagal!Ketika itu,hanya Allah yang tahu perasaan Tah.Bayangkan,dalam dompet itu ada lebih dari 1000 genih!Terbayang perasaan sedih ayah dan mak.Terasa mahu menangis!Kebetulan Ayah baru sahaja bank in kan duit ke akaun Tah seminggu yang lepas.Tah cuba melukis dompet Tah dan memberitahu penjual itu agar memulangkan dompet Tah andai terjumpa.Dia cuba bertanya kepada sahabat-sahabatnya,namun kesemuanya menyatakan bahawa suatu yang mustahil jika ada yang menjumpai dan akan memulangkannya kembali.Namun,Tah tetap memberikan nombor telefon Tah dengan harapan,Tah akan mendapat dompet itu kembali.Dalam hati,Tah tidak putus-putus berdoa,moga-moga akan perkenankan permintaan Tah.

Kami pun berlalu dari gerai itu dengan penuh kesedihan.Tiba-tiba,Aisyah Fakriyah ,seorang teman mencadangkan agar kami berhenti sebentar untuk memeriksa barang-barang. dompet itik kesayangan!

Manalah tahu mungkin Tah tersilap letak di mana-mana.Tiba-tiba Tah terdengar suara orang memanggil kami."Malizi,Malizi!"Ketika itu juga air mata ini menitis.Pak cik yang menjual jubah tadi!Di tangannya dompet Tah.Ya Allah!Kami pun kembali ke gerai pak cik tadi.Rupa-rupanya dompet tu terjatuh dalam timbunan jubah-jubah yang banyak itu.Terpaksalah dengar pak cik yang baik hati itu membebel sekejap.Lain kali berhati-hati!=)

Tah dapat pengajaran yang sangat besar.Mintalah kepada Allah dengan sepenuh hati!Tanpa keraguan sedikit pun.Yakin bahawa permintaan kita akan dimakbulkan.Andai tidak mendapat apa yang dihajati,redha dan berbaik sangka dengan-Nya!Mungkin ditangguhkan doa kita atau ditarik dari kita bala!Bukankah itu sudah memadai?Kita sering bersyukur apabila mendapat kurniaan,tapi kita jarang bersyukur apabila dijauhkan dari ditimpa bala.

Walaupun agak terlambat,Tah juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.Kullu Am wa Antum bikahir!!!

p/s:kelas tahun dua bakal bermula,doakan Tah =)

2 comments:

  1. hahaha.. Tah, ape pasal nampak suci murni jek beg itik tu? haha..

    :P

    oi2.. ape pasal link2 nama ana... tak pasal2 ramai orang GANU masuk dalam traffic bace blog yang entah ape2 tu.. isk..-_-"

    ReplyDelete
  2. anti terlau merendah dri la ustazah!haha..
    agak lar,nti tah basuh itik tu =P

    ReplyDelete