Tuesday, December 14, 2010

Jom puasa A'syura.

Assalamualaikum.
Moga perkongsian ringkas ini bermanfaat buat semua ^_^
Tekan link di bawah,

Sunnahnya Puasa Asyura di bulan Muharam

p/s:maaf kebelakangan ini amat sibuk!huhu.Esok test Physiology,mohon doakan Tah!Sekarang 'winter'.Sangat sejuk berbanding tahun lepas.Petang tadi pergi Awal Bahr,beli 'heater'.Yeah!!!Panas,panas,panas! =P

Sunday, November 7, 2010

kelebihan 10 awal Zulhijjah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
  • Subhanallah,
  • Alhamdulillah,
  • Allahu Akbar,
  • La ilaha illa Allah!
Akhirnya tergerak hati untuk menulis lagi ^_^.Pagi tadi seorang sahabat,teman sekuliah juga merangkap ahli bait tercinta ditugaskan untuk memberi tazkirah untuk minggu ini.Di akhir kalamnya,Anis mengingatkan kami semua akan kedatangan bulan Zulhijjah.Allah! Alpa sungguh hamba-hambaMu.(merujuk pada diri sendiri =P )

Balik dari kuliah pula,'bertubi-tubi' pesanan ym daripada sahabat-sahabat dari seluruh Tanta diterima : mengingatkan akan kedatangan bulan ini juga,selain 'menforwardkan' video kelebihan bulan ini.Teristimewa 10 awal Zulhijjah!Inilah indah dan hikmahnya berada di bumi para nabi ini.

Kalau hendak diceritakan lebih-lebih,Tah bukanlah orang yang selayaknya =) Jadi,apa kata luangkan sedikit masa dan tonton video di bawah.Kalau mengikut kalendar islam yang Tah 'google' sebentar tadi,insya-Allah esok(isnin) bermula 1 Zulhijjah 1431 Hijrah.Tapi,apabila bertanya pada seorang kawan,katanya hari ini pun dah 1 Zulhijjah.Apa-apapun,tidak salah bukan untuk berbuat kebaikan,walau apa jua harinya?
Bukankah Allah pada bulan Zulhijjah itu adalah Tuhan yang sama yang kita sembah pada bulan-bulan yang lain?

Biasa kan dengar kata-kata ni?huhu.Memang terasa sangat! ^_^Meminjam kata-kata seorang teman yang Tah ambil dari nota yang kebetulan dia bermurah hati untuk berkongsi dengan Tah di dalam 'facebook'~
Kalau bukan kita,siapa lagi?
Kalau bukan sekarang,bila lagi?
Kalau bukan di sini,di mana lagi?
Ayuh,bergerak bekerja untuk Islam!!!

Saturday, September 25, 2010

Maha Suci Allah!

Assalamualaikum...

Setelah lama 'cuti' dari menulis di blog ini,hari ini diberi sedikit masa oleh-Nya untuk menulis lagi.Rindu untuk menulis.Banyak perkara ingin dikongsi buat teman-teman di Malaysia,juga di mana-mana sahaja,namun menyedari bukan semua perkara patut dikongsi dan diceritakan,biarlah cerita yang patut didengar oleh yang 'berkenaan' sahaja Tah simpan buat perkongsian apabila kita bertemu di Malaysia kelak!Bukankah lebih indah begitu?=)

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita.Moga Syawal yang berbaki hampir separuh lagi ini,dimanfaatkan dengan berpuasa sunat 6 hari.Sayang andai tawaran istimewa yang Allah janjikan,sebagaimana berpuasa setahun ini disia-siakan!Peringatan buat diri sendiri juga.

Suka Tah berkongsi dua cerita dalam post kali ini.Mungkin peringatan buat semua bahawa Allah itu ada dan Maha mendengar!Cerita pertama ini,terjadi pada sahabat Tah,Ummu dan Adawiyah.Peristiwa ini berlaku dalam Ramadhan yang lepas.Mereka berdua merancang untuk ke Iskandariah,tapi kedua-duanya tiada kenalan di sana(kenalan yang ada pulang bercuti di Malaysia)Kebetulan sehari sebelumnya,Tah ada memaklumkan pada mereka yang Tah ada di Iskandariah di rumah senior Imtiaz Dungun.Jadi pada pagi itu,mereka menghubungi Tah dengan harapan ingin mencari tempat untuk bermalam.Malangnya Tah terpaksa bertolak ke Kaherah pada pagi itu juga memandangkan kami sudah membeli tiket kereta api.Namun,Tah cuba membantu mereka dengan menghubungi sahabat-sahabat yang ada di Iskandariah memandangkan mereka sedang dalam perjalanan ke Iskandariah.Namun,tiba-tiba Adawiyah menghubungi Tah sekali lagi."Tah ingat tak Kak Ikin?Tadi tiba-tiba dia mesej,bila nak datang Alex?Alhamdulillah!"Dari suara Adawiyah,Tah tahu ini adalah satu kelegaan yang amat sangat!

Teringat pada Kak Ikin.Kami mengenalinya hanya secara kebetulan!Di Lapangan Terbang Iskandariah.Hanya sekali pertemuan,dan hanya dia yang mengambil nombor telefon Ummu,sedangkan kami lupa untuk bertanyakan nombor telefonnya.Allah dengar doa kalian sahabatku!

Cerita kedua ini,berlaku pada Tah sendiri.Dalam Ramadhan yang lepas juga.Tah ketika itu berkunjung ke Hussein(tempat beli-belah)di Kaherah.Tujuannya,mahu membeli jubah-jubah yang dikirim oleh orang Malaysia.Setelah selesai memilih jubah-jubah,Tah mencari dompet untuk membayar harga jubah tersebut.Setelah lama mencari,masih gagal!Ketika itu,hanya Allah yang tahu perasaan Tah.Bayangkan,dalam dompet itu ada lebih dari 1000 genih!Terbayang perasaan sedih ayah dan mak.Terasa mahu menangis!Kebetulan Ayah baru sahaja bank in kan duit ke akaun Tah seminggu yang lepas.Tah cuba melukis dompet Tah dan memberitahu penjual itu agar memulangkan dompet Tah andai terjumpa.Dia cuba bertanya kepada sahabat-sahabatnya,namun kesemuanya menyatakan bahawa suatu yang mustahil jika ada yang menjumpai dan akan memulangkannya kembali.Namun,Tah tetap memberikan nombor telefon Tah dengan harapan,Tah akan mendapat dompet itu kembali.Dalam hati,Tah tidak putus-putus berdoa,moga-moga akan perkenankan permintaan Tah.

Kami pun berlalu dari gerai itu dengan penuh kesedihan.Tiba-tiba,Aisyah Fakriyah ,seorang teman mencadangkan agar kami berhenti sebentar untuk memeriksa barang-barang. dompet itik kesayangan!

Manalah tahu mungkin Tah tersilap letak di mana-mana.Tiba-tiba Tah terdengar suara orang memanggil kami."Malizi,Malizi!"Ketika itu juga air mata ini menitis.Pak cik yang menjual jubah tadi!Di tangannya dompet Tah.Ya Allah!Kami pun kembali ke gerai pak cik tadi.Rupa-rupanya dompet tu terjatuh dalam timbunan jubah-jubah yang banyak itu.Terpaksalah dengar pak cik yang baik hati itu membebel sekejap.Lain kali berhati-hati!=)

Tah dapat pengajaran yang sangat besar.Mintalah kepada Allah dengan sepenuh hati!Tanpa keraguan sedikit pun.Yakin bahawa permintaan kita akan dimakbulkan.Andai tidak mendapat apa yang dihajati,redha dan berbaik sangka dengan-Nya!Mungkin ditangguhkan doa kita atau ditarik dari kita bala!Bukankah itu sudah memadai?Kita sering bersyukur apabila mendapat kurniaan,tapi kita jarang bersyukur apabila dijauhkan dari ditimpa bala.

Walaupun agak terlambat,Tah juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.Kullu Am wa Antum bikahir!!!

p/s:kelas tahun dua bakal bermula,doakan Tah =)

Monday, August 16, 2010

perbaiki apa yang kurang

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,akhirnya Tah selesai juga menjawab 'paper' Anatomy beberapa hari yang lepas.Tetapi hati ini masih belum diberi kekuatan untuk 'confident'~Tah tahu usaha Tah belum mencapai tahap rakan-rakan yang lain.Justeru,Tah mohon jasa baik rakan-rakan pengunjung blog ini mendoakan kejayaan Tah,moga berkat Ramadhan Tah berjaya~Insya-Allah!
Sebelum terlupa,Tah juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan~Ramadhan Kareem! Moga kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sejajar dengan matlamat Ramadhan itu sendiri sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran:
'wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa!'
Tah juga berkesempatan mengikuti kelas agama yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini.Program ini diberi nama Tweet.Jadi semasa di kelas,ustaz ada bagi sedikit peringatan tentang Rukun Islam.Kata ustaz,Rukun Islam adalah ibu kepada pembersihan jiwa,andai perkara yang lima ini saja pun kita masih ada kekurangan,bagaiman pula dengan perkara-perkara lain?Adakah kita mengatakan kita mahu menggapai syurga Allah hanya dengan sembahyang yang sama yang kita belajar sejak dari darjah satu?cukup sekadar menjalankan yang wajib semata-mata?
'syurga itu mahal harganya!andai mahu menggapainya,harus melakukan usaha yang luar biasa!'
Tah suka untuk mengajak diri dan teman-teman memuhasabah balik diri kita.Kata ustaz lagi,syurga itu banyak pintunya~Abu Bakar pernah bertanya kepada Rasulullah"siapakah yang akan memasuki syurga dari kesemua pintu-pintu itu?"Lantas jawab Rasulullah"Kamulah wahai Abu Bakar!"Siapakah kita berbanding Abu Bakar?Layakkah kita memasuki syurga dari kesemua pintu-pintunya?Setandingkah amalan kita berbanding kebaikan Abu Bakar yang andai seluruh kebaikan di alam ini diletakkan di atas neraca untuk ditimbang bersama-sama dengan amalan Abu Bakar,amalan beliau lebih berat!Tambah ustaz,cubalah cari satu amalan yang konsisten dan istiqamah untuk kita lakukan.Biar di mata manusia ini adalah sesuatu yang lekeh!
'satu perkara yang istiqamah lebih baik dari seribu karamah!'
Andai dapat memasuki syurga dari salah satu pintunya pun sudah teramat bagus buat kita,padanlah dengan amalan kita!Tah suka untuk berkongsi makna bacaan kita dalam solat.Tah pun dapat dari blog seorang teman(Tah mahu letak link blog beliau,tapi tiba-tiba internet buat hal pula!lain kali ya Sarah =)Moga kita dapat memperbaiki amalan kita sedikit demi sedikit.Perbaiki apa yang kurang!

*****************************************************************************************

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

Hidupku,

Matiku

Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

Kayakan daku,

Angkatlah darjatku,

Rezekikan daku,

Berilah aku hidayah,

Sihatkanlah daku dan

Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

*****************************************************************************************
moga ada manfaatnya!
p/s:Tah belum tahu nama ustaz yang ajar itu sebab baru pertama kali menghadiri Tweet selepas exam Anatomy! =P

Saturday, July 24, 2010

DURR THANI

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Alhamdulillah,akhirnya tah berjaya juga habiskan exam final baru-baru ni..Dan Alhamdulillah jugak kerana result pun dah tahu..huhu~mesti ramai yang nak tahu result tah kan???jeng,jeng,jeng!!!...............................
huhu..malu la nak cakap(biasanye klu malu nak cakap mesti result bagus kan?)haha..result tah teruk sebenarnya..huhu(xmalu betul pi bagitau kat blog..hahaha) mula-mula mase dapat result tu tah diam je..macam2 bermain kat otak ni..xtau nak bagitau mak n ayah macam mne..tajaan dapat ke tak kalau result teruk camni???
seharian juga tah jadi sensitif..kejap-kejap nak nangis..duk sorang-sorang..nangis dan nangis..kemudian...
satu demi satu sms diterima...dari senior-senior..
"Allah uji tah,sebab tah kuat!bukan ke ujian itu Allah bagi setimpal dengan kemampuan hambaNYA?"
"ni mungkin teguran Allah buat tah,Allah tegur tah sebab Allah sayang tah..tak nak tah leka..tengok orang lain yang berjaya,mungkin sahaja kejayaan itu juga salah satu ujian Allah buat mereka...Allah lebih tau,tah mampu @ tak terima kejayaan..mungkin saja tah akan riak?sabarlah sayang...mungkin kejayaanmu Allah tangguhkan sampai masa kau betul-betul mampu menerimanya!"
lepas baca,termenung,menangis baca sms ni...tah jadi kuat..akhirnya tah call juga ke Malaysia~mula-mula tah cakap dengan ayah..ayah dengar tah nangis..tapi ayah memang hebat..huhu~ayah buat-buat tak dengar je tah nangis..ayah suruh tah study elok-elok..tumpukan pada exam durr thani nanti..tibe giliran mak~lagi la kuat nangis..tah lagi takut mak dari ayah kalau bab exam ni..keajaiban berlaku~orang lain banyak lagi kena reseat exam..ok je mak tengok..tah baru kena reseat satu paper..jangan cepat mengalah..buat betul-betul untuk exam akan datang!
fuuuuuuhhhhhhhhhh!!!lega...duduk di Mesir ni tah belajar satu perkara~andai kata semua orang membenci kita,semua orang pandang rendah pada kita,selagi mana keluarga bersama-sama dgn kita..tah da cukup bahagia!!!!i love my family!!

tah kena kuat untuk mereka..chaiyok tah!!!gambatene~~~
terima kasih buat semua,mak ayah,adik beradik,kawan-kawan..yg banyak support tah..kat Mesir ni sistem exam die macam ni,kalau kite failed final,kite kena reseat balik semua exam yg berkaitan dengan exam yang kite failed tu..contohnya,macam kes tah ni:tah failed anatomy..so tah kena reseat balik exam anatomy yang tah pernah ambil dulu,mid sem,quiz,final(oral,written dan praktikal)so,agak berat jugak lah kalau kite failed banyak subjek..betul lah macam yang senior-senior nasihatkan tah..jangan sedih sangat,ramai lagi yang lagi kesian dari tah..
tadi tah buka facebook..terbaca status seorang kawan,Rabiatul Adawiyah Mat Salleh(hebat kawan tah ni,dapat jayyid jiddan)-adawea,tah bangga untuk awak..Allah bayar usaha awak!

"Aim for the moon, if you fall, you will fall amongst the stars"

tiba-tiba tangan ni gatal pegi komen status die..huhu
"adawea..tetibe terbayang yg star tu ade bucu..skt wooo!!!huhu =P"gurau je..
tapi tah memang suka ayat tu..selalu dari kecik kite dinasihatkan supaya aim yang paling tinggi bila bercita-cita..sekurang-kurangnya,kalau tak dapat apa yang dicita-citakan,kita akan dapat bawah sikit dari target tu..maksudnye,tak la jauh sangat target tu jatuh..ade faham???
so,sekarang ni tah kena study balik la..ramai yang tanye tah balik tak tahun ni..jeng,jeng,jeng!!!huhu..tengok la nanti..kalau tah terpacak depan korang sume maksudnya tah balik la tu..haha(jangan risau,kalu tah balik,tah akan informkan pada sume)sekarang ni,keje korang adalah:
DOAKAN ATIQAH ABDULLAH-sebab die kena durr thani!!!haha..
(walaupon bunyinya agak main-main,tapi seriously..tah harapkan sume mendoakan kejayaan tah disini dan di SANA juga!!!) (^_^) V
Di sini saja buat kali ni..sayang semua!!!

Friday, June 11, 2010

imtihan

*meja exam kami di tanta...*
salam...
moga semuanya di bawah pemeliharaan ALLAH..
selawat dan salam buat junjungan mulia,Muhammad s.a.w

sekarang tah dalam fatrah imtihan...rasanya baru je lagi buat post pasal mid sem..sekarang dah pun final..
erm........
result mid sem???
sangat teruk...
=(
setakat ni untuk final,dua paper dah pun selesai..
written agak ...........................(paham2 la ye)
oral,alhamdulillah...
insyaAllah...
doakan yang terbaik untuk tah dan rakan2..
dipermudahkan segala urusan imtihan ni...
urusan dunia dan akhirat keseluruhannya...
buat rakan2 di malaysia,
maaf sangat2...
klu nak cakap budak medic ni sibuk,
kat malaysia mungkin la..
kat russia pun mungkin jugak..
tapi klu kat egypt ni..
xsangat kot..
huhu~~~
so,kenapa lama xcontact???
facebook?
aritu tah deactivated kejap..bagi laluan untuk imtihan..
sekarang dah actived balik sebab rindu sangat nak tengok gambar anak2 buah kesayangan..=)
terbaca blog seorang teman,facebook?BOIKOT!!!!!
tah?insyaAllah menyusul nanti...
tapi,klu guna untuk kebaikan(betul2 kebaikan),xpe la...
ishk2...
ni dah banyak sangat melalut ni..
sebenarnye post ni tah tulis sempena merasmikan wajah baru blog tah..
insyaAllah,lepas fatrah imtihan ni berakhir,tah akan lebih banyak menulis di sini..
perkongsian dari tanta,mesir..
doakan kejayaan kami..
amin!!!!!!!!!!!!!

salam ingatan,
tah 10:30pm

Wednesday, February 10, 2010

ilmu itu pada buku???





baru2 ni berkesempatan mengunjungi ma'rad kutub(pameran buku) di cairo...ni kiranya kali ke-4 tah ke cairo~sejak bermukim di tanta,tah amat jarang ke mana2...dan seingat tah,cairo satu2nya tempat kunjungan tah di luar tanta setakat ni...

bukan tak ada rasa nak ke mana2,atau tak ada masa...tapi banyak kekangan...dan sebetulnya tah sendiri yang memujuk hati agar duduk diam2 di tanta~kenapa???

pesan ustaz salman:duit zakat@shcolarship yang diterima adalah untuk pelajaran...ramai lagi yang tak dapat itu semua...guna sebaik-baiknya!!!

tah tak dapat la tajaan @ zakat...tah guna duit mak n ayah...maka lebih aula untuk tah tak guna duit tu sewenang2nya:ayat ustaz nazrul =)

senior kata,ma'rad kutub ni yang ke-2 terbesar di dunia..tah pon tak pasti...yang pasti amat besar n ramai yang datang...tah terpaksa berhimpit2 untuk masuk...klu kat malaysia mybe situasi ni bleh dilihat time perlawanan bola sepak @ jualan murah!!!itulah bezanya malaysia dan mesir~tah sangat teruja dengan banyaknya buku di sana...kata seorang kawan"gedung ilmu kan???"erm..gedung ilmu @ gedung buku???ustaz salman pernah cakap,seorang ulamak @ penuntut ilmu memerlukan banyak buku@ kitab untuk membuat rujukan dan etc...

ustaz nazrul pulak pernah cakap,ilmu tak cukup dengan dapat ijazah dan balik baca kitab...pastu keluarkan hukum tanpa merujuk pada ulamak...

tah secara peribadi bersetuju dengan kedua2 pendapat ustaz2 muda yang tah kagumi ni...tapi klu nak compare dengan perangai tah,tah jenis yang kena ada cikgu...klu x,xkan belajar..hehe

teringat pada satu peribahasa arab yang pernah tah hafal semasa lower form dlu:
"ilmu itu di dada,bukan pada buku"

klu tengok pada situasi sebenar yang terjadi kat mana2...
betul x???
kita akan lebih hormat pada orang yang banyak ilmu compare ngn orang yang banyak buku???

tah pon xtau apa yang tah melalut ni..hehe
maybe tah nak paksa diri untuk study ni..huhu~pray for me

ni la antara gambar2 yg sempat dirakam sepanjang mengunjungi ma'rad kutub...sangat teruja apabila melihat buku2 dalam bahasa melayu turut dijual w/pon bilangannya amatlah sedikit...so,sekarang...tah,pergi study!!!jangan nanti disumpah buku!!!hehe

Sunday, February 7, 2010

selamat hari lahir

assalamualaikum..
hari ni hari lahir sahabatku,roslindarwinayanti..yanti!!!
post ni istimewa tuk besday girl!!!so tah guna warna kegemaran besday girl larh...

selamat hari lahir,
sanah helwah ya gamilah,
heppy birthday 2 u!!!

andai bersahabat kerana rupa,
maaf aku xpunya itu..

andai bersahabat kerana pintar,
aku bukanlah org yg layak untuk itu..

andai bersahabat kerana harta,
maka,jauh panggang dari api!!!

inilah aku,
sahabatmu,
temanmu,
kawanmu,
rakanmu,
roomatemu,

aku sudi menjadi itu semua buatmu!!!

moga Allah merahmatimu..

terima kasih atas segala2nya
maaf andai sering melukakan hatimu..

lots of luv~tah yg comel..(gurau je)

Wednesday, February 3, 2010

lukisan hidup


permandangan dpn imarah(melalui tingkap)



strawbery n coklat~best!!!

murah je tau strawbery kat cini(dlm rm2 sekilo klu kat m'sia)

sungai nil~



phreonic village(jaulah anjuran gama'h)


mummy~

muzium kesenian islam


firaun??tipu je ni^_^
bla..bla..bla..

yeah...stat our journey~

kami 3 sekawan =P






roti canai arab=)

ahli bait~possing b4 bertolak(where is nuzul???)


gama'ahku~kuliyyah tibb,gama'ah tanta

sahabat i2 cermin diri =)

baiti,jannati~~~
pak cik arab dgn syisyanya..hehe
program taa'ruf~istad..riadah i2 ibadah!!!

budak2 arab yg....huhu=P
Assalamualaikum..
post kali ni ringkas je..tuk penuhi harapan rakan2 di m'sia..
juga buat tatapan keluarga di sana..
lukisan2 hidup..
dari bumi mesir~bumi penuh kejutan!!! =)

p/s:hope korang enjoy tgk gambar2 ni..laen kali tah upload lagi ok?

"yg terzahir i2 bukanlah yg utama..
berapa rmai org berjaya...
dlunya org biasa?.."

moral of da story:
w/pon tanta xla cantik sgt...tp ukhuwah,environment n bia'h di cini yg amat tah
kagumi!!!datang,duduk n rasai sendiri pengalaman di cini membuatkan tah paham kata2 yg selalu dituturkn oleh senior2

"kutiplah permata di celah2 debu2 di bumi tanta ni..."

w/pon sampai skrg tah blom jumpa permata sepanjang duk kat tanta(ayat org lurus bendul!huhu=))


Monday, February 1, 2010

permata hati ^_^


aliyya amirah,nurin nuha,nuri amani:family day tahun lepas kat kenyir
balqis,aliff,nuri amani,ilham fakri

luqman afifi,balqis,ilham fakri,nuri amani,safi nisrina

nur a'liyah

luqman afifi,nuri amani,safi nisrina,ilham fakri


Assalamualaikum...
semalam call m'sia lagi(baru to4 low rate~exam mood,terase rindu yg amat pd keluarga)
mak bercerita
"kak ju aritu mse balik tnye mak..'mak,jgn marah tau klu ju nak ckp sesuatu..balqis nak dapat adik!!!' "
"kak farah pon sama..dua2 alhamdulillah da sebulan..."~doa dari mesir buat ibu2 solehah n anak2 soleh n solehah sentiasa dikirimkn...moga kalian lahir menjadi pahlawan n serikandi islam yg sejati!!!
"nanti tah blk m'sia ade 3 baby yg xkenal tah!!!"=(
tah cite kat sume ahli bait berita gembira ni!!!
diorang xkan faham:coz tah sorang je yg da ade anak buah...
so,yanti,adawiyah,alya,nuzul,n ummu:klu nak rse mcm mne rasenye ade anak buah...suruh la adik korang@abg kawen dlu...=P
juga berita sedih~xdapat pegang baby yg baru lahir...
baru 4 bln tinggalkan m'sia...
mcm2 da berlaku...
ade yg sedih~pak cik tah sebelah ayah:satu2nya,da kembali ke rahmatullah..alfatihah
yg gembira~anak2 pengarang jantung hati(coz mak slalu ckp,anak2 sedare ni...kdg2 kite syg macam anak sendiri)bertambah lagi...=)
tah xsabar nak web cam ngn abg cik,nak tgk nur a'liyah..mybe da 2 bln kot umurnya...
seronok tgk anak2 kecil~suci:tanpa dosa...
membuat kita berfikir...
kejamnya kite andai kite kotorkan mereka...
lantas berfikir lagi,kejam juga andai kite kotorkan diri sendiri yg dididik sebaik mungkin oleh ayah n mak...
lusa,test histo...chayok tah!
anak2ku,doakan mak teh ye!!!
xsabar nak balik tgk korang sume da besar...
jadi anak2 yg sihat n baik~
pengarang hati ayah n ibu...

*moga tah anak yg membahagiakan mak n ayah*

salam dari tanta,
gharbiyyah,egypt...10:39p.m

Friday, January 29, 2010

exam mood~rindu malaysia!!!

Assalamualaikum...

tadi call malaysia...
call phone ayah...dapat cakap ngn ayah je coz mak xchat sgt~syafakillah!
ee kuar ngn kawan die..umar?lupa nak tnye psl adik bongsuku i2..
ayah merungut psl ee..
"tah nasihatkn ee 2...klu tah nasihat mungkin die lg dengar..tah da berjye..klu ayah,mungkin die rse ayah blaja xtinggi!ckp kat die,kn e da jnji klu ayah bg tukar skolah e nak blaja btol2!e tau x,klu e xblaja sungguh2 e mungkir janji ngn ayah!.."
tah terkedu...
memikirkan adik tah,ee...
memikirkan tah juga...
adakah tah da mungkir janji ngan ayah?mak?...
tah jadi berfikir ...
semoga tidak..
exam semakin dekat...
tah xnak mungkir janji ayah,mak!!!
call sume adik beradik...
call pok man(adik mak yg bongsu)...
"blaja ok?"
"ok..alhamdulillah.."
"owh,ok la 2...insyaAllah"
terkedu juga seketika..
btol ke ok?
moga2...
call pok him...
"insyaAllah..pok him doakan.."
terima kasih...
doamu kupinta!
call kak long...
"kak long da agak tah call nak suh doakan..kan ari2 da bgtau nak exam?"
erk?..sory lupa..hehe
"ummi wat pizza..arini besday afiq!"
tau xmaksud epy besday??..hehe
rindu nak sakat afiq..
da 10 taun anak buahku yg sulung..moga membesar dgn sihat..jadi nak yg baik!
call abg dil..
ham liat btol suh cakap...abg msk taekwando!!
(rindunye kat abg yg petah bercakap!)
safi kencing kat skolah...(terdengar suara abg dil)
"adik malu...xla.."
suara kecil safi...(adik,mak teh rindu sgt2 kat adik!)
call abg cik...
"tah cakap cpt ni..kdt da ckit...amek gambar byk2 tau tyme famili day..letak lam blog famili..tah nak tgk!" :(
utk kak cah..xde lg kdt yg tggl..
1 msj ringkas dihantar...
doakan tah...
tah xnak ssahkan ayah n mak tanggung tah..
klu dapat tjaan senang sket..
utk abg mir..msj xberjye dihantar..
niat:nak bli to4 lowrate cuti winter break ni..
nak cakap ngn sume tyme diorang duk kat langkawi tuk famili day nanti!!!
doakan tah!!!



Friday, January 22, 2010

ahlan wasahlan ila ardhul kinanah

Assalamualaikum..
segala puji hanya bagi Allah,tuhan sekalian alam..pemilik hati-hati kita semua..selawat n salam buat junjungan mulia..Rasulullah s.a.w.. 1st of all, syukur!!!akhirnya tah tiba di bumi barakah ini..mesir~ *w/pon actualy da nak msuk 4 bulan di perantauan..huhu*kpd kawan2 yg setia ikut perkembangan diri ini,ma'lish!(maaf =P)tah ckp nak slalu update blog ni kan?sory sgt2..kekangan masa,ade priority yg wajib diutamakan..

"pentingkan yg terpenting daripada yang penting kerana,yang terpenting itu lebih penting daripada yang penting!!"

klu nak suruh tah cite pasal mesir,memang tah akan cite..tp slow2 dlu ea?tah da nak dkt exam ni..mid sem*pray da bes 4 me!!*dan tah memang nak cite..cume ade la kot yg akan terlupa n da jadi basi kot coz da lame cite2 tu disimpan..haha.salah sendiri jgk 2=)

senior2 cakap,mesir ni stand 4:MUSIBAH,SABAR,REDHA~dan itulah yang telah,sedang dan bakal tah belajar di sini!!!(ameen ya Rabb)*lam bahasa arab la..mim,sod,ro...*terlalu byk kena sabar dgn ujian yg datang~tah xstju sgt klu gune istilah musibah..coz nmpk macam bala je..ujian@dugaan lebih ok kot..huhu..kerenah arab,nak adapt ngn surrounding(skrg tah da ok..alah bisa tegal biasa!),nak kejar pembelajaran kat gam'ah(u),masalah housemate(adat org duk rmai2,msti ade problem kn?i-Allah..problem2 kecik2 jew..xkan menggugat tujuan asal tah datang ke sini..n masalah laen lg yg klu tah pikir2 balik,ni lah yg bakal mendewasakan tah *baru teringat skrg da 2010..wa3x..xnak jadi 19 taun!!!=P..nilah perangai manusia akhir zaman,penyakit wahan(klu tah xsilap): -cintakan dunia
-TAKUT MATI!!!

mase tah dtg dlu mule2 tah transit kat bahrain..bahrain cantik!!!bersih sgt2..rsenye tah xjumpa sampah kat sana..mse tu tah membayangkan mesir pon cam bahrain!sehinggalah tah menjejakkan kaki ke airport cairo!masyaAllah..mmg kena bersabar..klu kat m'sia,rsenye st bas lagi cantik!!haha..tp ade senior2 cakap tu airport lame..ye la tuh..huhu~tp still airport kan??hehe..


mule2 smpai kat cairo,pusing2 jalan kat piramid(ahram)tp xleh msuk coz mahal..laen kali la..amek gambar pon dari luar jew..tu pon dari jarak yg jauh!!sdey btol..smpai2 kat tanta amatlah penat..2 hari perjalanan..pkai bj yg sama..nasib baek sempat mandi tyme transit kat bahrain..haa,lupe nak bgtau..air paip kat bahrain masin!!!mule2 ingatkan silap rse..nak gosok gigi pon rse msin!huhu..beg tah yg handcarry xleh wat msuk flight..coz tah antara yg terakhir msuk..(konon2 xnak sedey..tp sape xsedey..dua taun tu xbalik m'sia!!!)

1st tyme tgk tanta..owh,patut la ustaz ckp tanta ni kampung sket..nmpk la ladang2 limau,sayur..mse tu strawberry xde lg..skrg da byk coz winter da nak kemuncak..sjuk!!!mse tu hujung2 musim panas..rse cam udara kat m'sia je..kitorg pon pg la rmai2 kat bait izzah(markas dak2 m'sia..kat cini la kitorg kumpul tuk aktiviti2 papepon,kls agama n mcm2 lagi..)ade la senior2 bg ucapan sket..pas2 ade sorg ustaz ni cakap,"mesir ni ardhul kinanah,bumi para anbiya!!tp ade jugak org pggl bumi sampah.."mse dgr tu gelak2 je la coz senior gelak..mane la kite tau..cairo xde la kotor sgt(mybe coz tah g kat area tourism kot) n lps makan nsik yg lembik n gulai ayam(papepon sedap!!!)...

kami pon ikut la akak musyrifah msg2..(kak faizah 2nd year)coz umah kami blom siap lg!!!klu nak tau ,2 minggu duk menumpang kat umah org!!!sdey=( n lam perjalanan 2 la tah nmpk sampah2 yg ustaz td maksudkan!rse cam duk kat tmpt pembuangan sampah klu kat m'sia..=P.tp,yg kelakarnye,perasaan geli ngn smph tu just bertahan tuk sebulan jew..skrg ni,tgk smpah yg bertimbun2 pon da xrse pape..sepak cam tu je..huhu~tp naseb baek umahku still bersih!!!=)
tyme 1st day kuliah,kitorng diberitahu yg kitorang kena cuti 7 ari coz ade antre dak 1st yr yg disyaki H1N1!!!tp tyme tuh hepy sebenarnye..coz bleh sambung cuti..hehe..bgn tido pnye la awal*xdpt nak adapt ngn mse*pkul 3 lebih da bgun..mlm pulak pkul 8 da tdo!!!hehe..skrg alhamdulillah..sumenye da ok!

skrg duk kat cini rse cam duk m'sia jew..tah da brani nak pg gama'h sorg2(w/pon klu diikutkan xdbenarkn akhawat jln sorg2..huhu)mybe coz rmai sgt org melayu.tp rindu pd m'sia ttp same..cume bleh la dikawal!!!ble duk jauh cam ni bru sedar,byk nikmat d m'sia dlu yg x disyukuri...kufur nikmatkah ak???ya Rabb,kuatkan ak d permusafiran ini!!! ok la,tah ade sc pulak lps ni(smart circle)laen kali tah cite lg ea??doakan tah di sini...

"ya Allah, ajarkan aku bahawa belajar itu bukan untuk sesiapa tetapi hanya untukMu..
bukan untuk diri sendiri,
bahkan untuk seluruh umat RasulMu..
bukan untuk saat ini, bahkan untuk sepanjang zamanMu!!!"
ameen..