Saturday, December 24, 2011

Azam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Antara doa yang akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain dalam keadaan sahabatnya itu tidak mengetahui akan dirinya didoakan.

Sahabat-sahabat sekalian,Tah mohon doakan Tah :')

Tah ingin berubah ke arah lebih baik.Dari segenap sudut.Insya-Allah!

Antara azam 'terbesar' tahun ini:

-Mahu balik Malaysia 2 hari selepas peperiksaan berakhir!(satu hari untuk 'shopping' :))
-Mahu mengulang sungguh-sungguh ayat Al-Quran yang sudah dihafal ketika sekolah dahulu.

Doakan yang terbaik buat Tah.Insya-Allah yang terbaik juga buat kalian semua :)

Jom saling mendoakan!

Monday, November 28, 2011

Musim sejuk sudah tiba :)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah,musim sejuk sudah tiba bersama gejala-gejala(symptoms?huhu macam pelik je 'gejala') seperti :

kulit kering,
kesejukan yang amat,
asap berkepul-kepul :p,
pagi,tengah hari,petang dan malam yang nyaman :),
hidung berdarah(ni Tah la,tak tahu kenapa :'( ) ,
malas mandi,
suka tidur dan makan,
malam yang panjang dan siang yang pendek (subuh kul 5,zohor 11.30,asar 2.30,maghrib 4.45,isyak 6.18)
susah nak kenal pasti mana baju yang kering dan basah sebab semua baju sejuk!
semangat nak ke kelas sebab tak panas :)
saratoga sangat berguna di musim sejuk!(selimut berbulu yang sangat berat!)
dan lain-lain gejala :)

Tah dengan rajinnya upload gambar suasana Tanta di pagi hari semasa tunggu Andi sebelum pergi ke kuliah

dalam pukul 7.30 pagi :) layan~~~

semalam hujan.inilah jadinya bila tiada sistem longkang!

anak-anak pergi ke sekolah.pak cik pergi kerja mumkin :)

kalaulah kat Malaysia sejuk gini masa Tah kecil-kecil dulu konfem malas nak gi sekolah!

pandangan dari luar pintu pagar rumah

pergi sekolah naik tremco deh :)

Semalam gak kokna dan kokda(ahli bet ateeq) balik dari Alex~bawa balik banyak ikan-ikan segar!sotong pun ada...hepinyeeeeeeeeeeeee :D siap boleh jual kat tweeter lagi! :p

Dah lama tak makan ikan kembung! + - 8 bulan :'(
sedapnya ikan kembung goreng!syukran kokna n kokda :)

Alhamdulillah~

Monday, November 14, 2011

Sanah helwah ya gamilah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Selamat Hari Lahir sahabatku dunia dan akhirat insya-Allah,Nur Suhaila Binti Salleh!



.: 15-11-2011 :.

Dulu masa zaman sekolah menengah ke bawah(sekolah rendah dan tadika),Tah selalu akan kata seseorang itu sahabat baik,rapat,karib,akrab jika dia sendiri juga menyatakan sedemikian...Itu mentaliti Tah ketika itu.Sempit.Masa tu,bagi Tah...kawan baik ialah apabila kita buat semua perkara bersama-sama.Kita sama-sama 'declare' yang kita kawan baik :)

Bila sampai ke Mesir,Tah sedar satu perkara.Kalaulah itu definisi kawan baik,macam mana dengan kisah sahabat-sahabat Rasulullah yang sebaik sahaja mengucapkan lafaz syahadah terus dihantar ke wilayah-wilayah naungan Islam yang jauh dari Madinah.Hingga ada yang meninggal dunia sebelum sempat bertemu kekasih hati buat terakhir kalinya?
Subhanallah~


Bukankah persahabatan mereka,Rasulullah sollahu alaihi wasallam dan para sahabat itu Syurga cagarannya?



Sue,

Tah sayang sangat-sangat kat Sue.Terima kasih sudi jadi kawan Tah kat Kospint dulu hingga sekarang.Tak kiralah Tah ni kawan baik atau kawan biasa di hati Sue...Tah tetap sayang Sue kerana Allah.insya-Allah~

Puisi Indah:Oleh Hilal Asyraf

Indah,
dalam hidup dia mengalir,
daripada keimanan dia terbina,
ukhuwwah,
itulah namanya.

Di sini,
bersama kami bersama,
berkongsi gembira di tanah jauh,
jauh dari saudara dan keluarga,
tetapi gembira,
gembira kami gembira,
kerana teman wujud di sisi kita.

Jangan,
jangan dihilang jangan,
ukhuwwah ini biarlah berpanjangan,
hingga ke syurga berpimpinan tangan.


hadiah besday kali ni untuk sue,doa2lah sampai ke india dengan selamat :D


Siapa Nur Suhaila Binti Salleh di mata dan hati Tah?

Pandangan pertama Tah pada dia

Tah kenal Sue masa hari pertama masuk ke Kospint.Satu bilik,kelas bersebelahan ketika Tingkatan 4...dan kami satu kelas di Tingkatan 5.

Tah takut sangat pada Sue masa tu.Dia nampak sombong dan sungguh menyakitkan hati...hoho~jangan maroh deh sue :p

Ada ke patut dia duk relaks je atas katil(katil dia bawah katil Tah) sedangkan Tah kepenatan mengemas locker yang dipenuhi barang-barang entah siapa punya.Nasib baik masa tu Ainul Rahmah ada.Kalau tak,konfem nangis.Masa tu,satu je Tah fikir :

Aku buat kesilapan ke untuk pindah ke Kospint ni?

Semakin hari semakin sayang~

Malas study sama-sama...

Pergi kelas sama-sama...(sue pengawas,Tah akan tunggu dia sebelum ke kelas sebab dia busy pagi-pagi ditambah dengan kerenah warden yang sangat dirindui :p)

Makan kat kantin sama-sama...

Bising dalam kelas sama-sama...

Mengaku mak dan ayah masing-masing sebagai mak dan ayah angkat sama-sama...

Sue hebat matematik.Tah ni malas.Malas nak fikir.Malas nak kira.Walaupun duduk sebelah dalam kelas,ni lah satu-satunya perkara yang tak berjangkit pada Tah dari Sue...

Sue jadi pelajar terbaik batch kami.Tah biasa-biasa je...

Seingat Tah,kali terakhir kami jumpa masa reunion lepas SPM...(mg mari kan sue?)

Dah dekat dua tahun tak jumpa...

Sue,

Tah tak boleh janji Tah akan balik tahun ni.Banyak komitmen yang di luar jangkaan semua orang hatta Tah sendiri.Tah kena berusaha lebih.Tah bukannya hebat sangat.Tapi doakan Tah sokmo deh.Nak jadi hebat macam Sue :)

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." -Imam Ghazali

Tah harap sangat,ukhuwah kita ni,

bukan atas dasar rupa,
harta,
ilmu,
keseronokan dunia,

tapi ukhuwah kita ni hanya kerana Allah...insya-Allah

Tah rasa sangat-sangat terharu bila baca post-post tentang Tah dalam blog sue.Terutamanya dalam post ni,ini dan ini (muka penuh jerawat zaman sekolah :p)...Kalau sue tak tulis pun,tah terharu juga :D Sebab Tah tahu sue sentiasa ingat Tah...

Sue,

Sempena hari lahir sue,Tah harap sue sentiasa dirahmati Allah.Semoga Allah memberikan kebahagiaan dalam hidup sue dunia dan akhirat.Semoga kesihatan sue,keluarga dan sesiapa sahaja yang bersama sue sentiasa sihat walafiat,dan semoga segala impian sue yang baik-baik Allah makbulkan...amin

Jumpa lagi sue,kalau bukan di sini...Insya-Allah di 'sana' nanti :)

*aish~aku lemah bab jiwang-jiwang nih...terus nak nangis sue~
*maaf deh,aku sibuk sket minggu ni...tp insya-Allah akan aku usahakan untuk web cam ngn mg :)

Happy Birthday sayang :)




Sunday, November 13, 2011

Raya dan makan

Salam Aidiladha dari perantauan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Aidiladha baru sahaja berlalu.Di sini
,kami bercuti selama seminggu.Jadual cuti kali ini memang betul-betul padat...Raya pertama di Tanta,5 open house!(termasuk rumah Andi~2kali Tah makan :p)Raya seterusnya di Kaherah...Raya sambil berjaulah :) lain kali Tah cerita ye~Memang susah nak buang tabiat suka makan.Jom,kita berubah jadi muslim yang baik dengan kurangkan makan...ottoke?(betul ke penggunaannya nih?hehe)

Sebab apa nak kurangkan makan?

Diet?

Takut gemuk?

Nanti tak cantik?

Malu dengan kawan-kawan?

dan bla bla bla....

Selalu kita dengar,kalau seorang lelaki tu berisi(bukan mengandung tau!),gemuk atau buncit selepas kahwin,pasti ramai orang akan berkata,

"Pandai isteri kau jaga.Maklum lah makan sedap!Orang bahagialah katakan~"

Habis,kalau suami kurus tu isteri dia masak tak sedap lah?tak bahagia?('teremo' lak.huhu ^-^)
Tah nak mengajak kawan-kawan semua untuk kita sama-sama mengubah pandangan dan pemikiran kita,agar kita tak ditunding sebagai 'orang islam yang biasa-biasa'!

Tah memang kurang membaca sejak datang ke Mesir(ni pun sikap orang Islam yang kurang baik :p),jadi tak banyak kenal,tahu tentang nama-nama 'manusia hebat' untuk dijadikan contoh selain Ustaz Hasrizal.

Kalau kawan-kawan perasan,Tah ni jenis yang suka bercerita tentang keluarga.Mungkin sebab rindu.Mungkin juga sebab itu keluarga Tah,suka hati lah kan?:p Mungkin juga sebab di sini(keluarga) Tah banyak belajar dari insan-insan tercinta terutamanya Mak dan Ayah...(tiba-tiba nak nangis lah pulak.adoi~)

Ayah.

Sangat menjaga soal makan.Tapi ayah jarang mempersoalkan tentang habit makan kami adik-beradik yang agak teruk! Ayah kurus.Metabolism tinggi mungkin?huhu...Mak masak tak sedap?Oit,tengoklah mak sape :p haha..gurau je..Mak terkenal kat Kampung Putera Jaya dengan kehebatan memasaknya.Tapi suaminya seorang yang kurus saja.

Rahsianya,ayah menjaga soal makan.Jarang ayah makan tambah 2,3 kali...Ayah marah kami tidur lepas makan.Kalau letak nasi dalam pinggan ayah,mak akan pesan kat kami semua supaya jangan terlebih nasinya.Bulan puasa lebih-lebih lagi.Di saat kami adik-beradik enak menjamu makanan berbuka yang lazat,ayah hanya berbuka dengan kurma dan air.Kemudian terus ke masjid.Allah~

Mak.

Dulu seingat kenangan masa kecil-kecil mak lebih montel dari sekarang.Sejak mendapat penyakit kencing manis,badan mak susut.Keluarga sebelah mak ada keturunan kencing manis.Sebab itu,mak selalu ingatkan Tah.Jangan makan banyak!

Kata mak,orang gemuk berisiko.Dalam keluarga Tah,kalau anak perempuan Tah paling gemuk T_T
Itu dulu.hehe.Rasanya sekarang tidak lagi :p (sebab ada yang lagi gemuk.huhu)

Tah terfikir.Kita selalu kata nak jadi muslim yang hebat.Bukan yang biasa-biasa.Tapi tindakan kita selalu biasa-biasa je.Betul tak?(dush3!!!! tumbukan padu ke muka sendiri!

Jom berubah,

makan sikit bukan kerana takut gemuk,diet,takut tak cantik....

tapi,

makan sikit untuk,

-Menjaga tubuh badan pinjaman Allah ini sebaik mungkin(ayat doktor a.k.a ustazah tak bertauliah :p tapi bukan main-main tau!)Nak ke kita menemui Allah dalam keadaan kita sakit kerana perbuatan kita sendiri?

-Biar semua orang buka mata,bahawa orang Islam itu hebat dan sihat!yeah~barulah orang tertarik dengan Islam :)

-Sebab nak ikut syariat Islam.Bukankkah Islam itu agama yang menganjurkan kesederhanaan dalam segala aspek?Ikutilah saranan Rasulullah sollahu alaihi wasallam~Tubuh itu ada bahagian untuk makanan,ada untuk minuman,juga ada untuk udara dan lain-lainya...

-Kita nak makan sikit,sebab kita takut dan bimbang kalau-kalau dengan makan banyak itulah kita akan bermalas-malasan untuk bangun beribadat kepada Allah!

Semoga kita sama-sama berjaya menjadi muslim yang luar biasa insya-Allah :)

Tips:

1.Berpuasa sunat Isnin dan Khamis,berpuasa sunat 3 hari setiap pertengahan bulan atau berpuasa sebagai puasa nabi Daud alaihi salam...

2.Beriadah.Ajak kawan-kawan sekali...Kita kan nak jadi muslim yang luar biasa sama-sama :)
Masuk Syurga berpimpin tangan.Insya-Allah

3.Ziarah kawan-kawan.Kalau boleh jalan kaki!

4.Lebih baik makan sikit walaupun acap kali dari makan sekali tapi satu periuk nasi :p

5.Banyakkan minum air dan makan buah-buahan...I like buah :D

6.Jangan masak sedap sangat!erk..?

7.Kongsi makanan yang ada dengan kawan serumah,jiran-jiran atau sesiapa sahaja

Sebenarnya Tah tulis post ni sebab bimbang tengok berat badan makin naik.hehe.Tambahan pula musim sejuk dah masuk!uwaaa...selera makan menjadi-jadi.Ingat jangan biarkan nafsu memandu akal dan iman!!!

Baru sesaat tadi perasan hujan sedang turun....Alhamdulillah~

Jumpa lagi insya-Allah :)

p/s:Satu tips yang Tah jumpa dalam majalah Haluan(edisi lama dah)...tak de kena mengena dengan bab makan :D Kalau kita bertemu dengan 2 orang sahabat,seorang yang kita rapat,dan seorang lagi kenalan baru...(kononnya kawan rapat kita tu bawa kawan sekolah rendah dia lah sebagai contoh)Maka layanilah kawan baru kita itu 'lebih mesra dan baik' daripada kawan rapat kita tadi~ni adalah salah satu cara dakwah juga tau!Selamat mencuba :)




Thursday, October 13, 2011

Kronologi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Buat tatapan pembaca blogku sekalian.haha :p

Teramat lama tak mengupdate blog ni.Sejak 1 Ramadhan kalau tak silap.Sekarang sudah masuk pertengahan Zulkaedah kan?Terlalu banyak cerita nak di kongsi...

Tapi malas.hehe

Ni pun saja-saja menggatal nak menaip sebelum menonton movie lapuk.Ghajini...nak tau,google sendiri ye :)

Kronologi secara ringkas mungkin sepanjang cuti final tahun 2(itu yang Tah rancang,tapi bukan dalam perancanganNya :') Tah akan mengulang tahun 2...

-Ramadhan
*Sememangnya Ramadhan di Mesir akan ku rindui...Kelainan yang tak mampu ku ungkapkan.Ramai yang kata,kelainan Ramadhan di Mesir adalah kerana masyarakatnya yang amat memuliakan Ramadhan.Sambutannya yang meriah.Namun bagi Tah,ada satu kelainan yang hanya orang yang mengalaminya sahaja akan faham...macam mana tu?

Insya-Allah.Tah akan lama lagi di Mesir ni :) tahun depan mungkin Tah dapat ayat untuk menggambarkan kelainan yang dimaksudkan tu ke?haha...

-Cuti
*Tak banyak berjalan.Niat di hati memang nak berjalan-jalan menjelajah Mesir.Namun Tah rasa sudah tiba masanya Tah jadi seorang anak yang matang.cewah! :p Keperluan lebih patut didahulukan daripada kehendak...hurm

*Agak banyak masa dihabiskan di Alex a.k.a Iskandariah.Tolong Kak Ikin,seorang kenalan di Mesir menjaga hero-heronya.Afiq dan Aqil...(rindu la pulak.haish)

-Result
*Tah kena durr thani ...Walaupun tak ambil masa yang lama untuk pulihkan semangat yang jatuh?(down.huhu)Tapi sakit kali ni amat terasa.Setiap kali telefon ke Malaysia air mata tumpah macam empangan Kenyir(hiperbola betul!).Namun,tepatlah kata-kata yang menyebut...

"Manusia itu sering alpa,lalai,lupa...Di saat senang mereka jauh dari Allah.Di saat susah,lemah,sesak...mereka mencari,menangis,merintih kepada Sang Maha Pencipta"

Allah...

-Result2
*Alhamdulillah a'la kulli hal.
Tah belajar kalimah itu dari seorang madam yang sangat Tah sayang.Kak Syahidah :) Memang selalu dengar.Tapi tak mendalami...

Walaupun kena ulang tahun 2,Allah itu tahu kemampuan hamba-hambanya!

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......"
(Al-Baqarah ayat 286)

Allah pinjamkan kekuatan yang luar biasa untuk hambanya yang hina ini...

"You never know how strong you are, until being strong is the only choice you have."


-Rumah baru
*Masalah melanda ketika sedang bertarung dengan peperiksaan durr thani.Alhamdulillah segala urusan "pindah-randah" telah pun selesai...

Penat tak terkata...

Syukur atas nikmat yang diberi :) Tah suka sangat duduk rumah baru ni(rumah ni dah lama tau!haha).Duduk dengan seniors :p Mereka sedang bertarung dengan exam final tahun 5 a.k.a tahun 5 tiga suku atau pun sanah sittah illa rubu'.huhu.Doakan mereka :)

-Raya
*point yang tertinggal.huhu.Sebab peperiksaan Anatomy pada raya ke-6.Jadi raya macam tak raya sangat lah.Ambil sunat pakai baju raya.Gambar raya tak ambil la pulak.adoi...

Macam biasa,open house ala-ala students...kadang-kala terover dari Malaysia lagi tau!jangan jeles...mestilah tak kan?huhu.Apalah sangat raya di perantauan berbanding raya bersama keluarga di tanah air tercinta.hoho

-Kuliah
Alhamdulillah,sudah seminggu bermula.Kawan-kawan,juniors,seniorsku sekalian:Terima kasih sangat-sangat atas sokongan,dorongan,nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Tah sendiri tak sangka yang Tah mampu hadapi semua ni.Cuma satu je yang Tah tak berapa nak faham.Sejak result peperiksaan final keluar,sampailah sekarang...Saya alah dengan orang yang sangat baik?haha...Kalau orang baik sket terus tacing lebih2...anyway,tq :)

Biasalah,hati lembut.wakaka :p

Banyak perkara yang Tah nak coretkan...terutamanya perihal dugaan yang Allah timpakan buat Tah dan rakan2 yang senasib :) Bukan nak mencari di mana silap...atau menyalahkan takdir...Sekadar panduan dan pedoman,juga catatan peribadi...agar Tah tak pernah lupa pada sakitnya jatuh.Agar Tah sentiasa menolong orang lain yang turut sama jatuh.Agar kita sedar,jatuh di dunia tu bukanlah pengakhiran segala-galanya...kerana jatuh terduduk di hadapan-Nya itu teramatlah lebih dahsyat!!!

Insya-Allah Tah akan bercerita...tapi tak tahu lah bila :D

dan cerita-cerita lain yang Tah dah lupa.huhu

p/s 1:Doakan kesihatan Ayah Tah.Tadi ayah mesej,ayah di wad kat hospital.Demam... :'(

p/s 2:Tweet sudah bermula!Ust pesan,sebarkan salam :)

Wassalam...

Sunday, July 31, 2011

Ahlan ya Ramadhan :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah,malam ini bermulalah 'persekolahan' kita semua Umat Islam di Madrasah Ramadhan :)

Petang tadi,meraikan ketibaan Ramadhan, Tah keluar makan-makan bersama beberapa orang sahabat.Oleh kerana kesemua kami perempuan maka 'cerita' yang dikongsikan juga banyak berkisar tentang hal ehwal wanita :D Diharap tiadalah yang 'terbuka' puasa dengan gambar-gambar ini :D

Bercakap-cakap tentang Ramadhan,persediaan dan meraikan ketibaannya seorang sahabat berkongsi sesuatu yang sangat berguna untuk semua yang bergelar Muslim khasnya wanita(atau perempuan,kawan-kawan Tah tak suka kalau sebut wanita,mereka kata macam orang tua sahaja! =.=)

Mungkin perkara ini boleh kita jadikan sebagai panduan dan tugasan agar Ramadhan kita kali ini menjadikan kita orang-orang yang bertaq
wa,insya-Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Al-Baqarah(Ayat 183)

1.Tetapkan matlamat Ramadhan

Tetapkan matlamat jangka masa pendek yang mesti dicapai apabila berakhirnya Ramadhan!

Teringat pesan seorang ustaz:Perkara yang paling sukar untuk dilakukan ialah istiqomah!

Juteru itu,dalam membuat matlamat Ramadhan kita,jangan lupa agar item 'istiqomah' dititik beratkan :) Bermula dari sedikit-sedikit pun tidak mengapa.Tetapi alang-alang Ramadhan datang setahun hanya sebulan,paling tidak setiap hari kita dalam bulan Ramdhan ini berlaku penambahbaikan.Takkan Ramadhan ini kita sambut biasa-biasa sahaja seperti bulan-bulan lain?

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

Banyakkan amalan kebaikan,sunat dan sunnah Rasulullah sollahu alaihi wasallam.Seperti:

-Bersahur
-Berbuka dengan tamar,berbuka sekadarnya agar badan cergas untuk berterawih dan qiam pada malam hari.
-Sedekah jariah
-Tadarus Al-
Quran
-Ziarah sahabat-sahabat

Boleh juga kita tetapkan matlamat apa yang kita ingin
tinggalkan untuk Ramadhan kali ini.Seperti:

-Merokok
-Tidur selepas Subuh
-Mengumpat,banyak bercakap perihal orang lain:banyak bercakap dibimbangi banyak salahnya nanti :)
-Buat kerja tidak berfaedah seperti menonton movie hib
uran semata-mata dan melayari internet serta laman sosial sahaja tanpa menunaikan hak terhadap manusia lain seperti berziarah.

2.Senaraikan doa-doa Ramadhan

Ramadhan datang membawa keberkatan.Juga telah dijanjikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,Lailatul Qadr.Maka gunakanlah peluang ini untuk berdoa,memohon kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tidak ada antara kita yang mengetahui bilakah Lailatul Qadr itu berlaku.Mungkin nasihat Ustaz Tah ketika di Kospint boleh kita jadikan panduan,Ustaz Syed Sheikh pernah berkata,

"Manfaatkan setiap malam pada bulan Ramadhan dengan berterawih dan qiamualail,insya-Allah kita akan dapat Lailatul Qadr sebab ia adalah salah satu dari malam-malam pada bulan Ramadhan"

Senaraikan doa-doa kita.Agar ketika berdoa kita tahu apa yang ingin kita minta dari Allah,tiada yang mustahil oleh-Nya.Doa bersungguh-sungguh.Yakinlah dengan doa kita.Islam agama yang mengajar umatnya sistem yang teratur.Sistematik :) Manalah tahu ada doa yang kita terlupa kan?Melayu kan mudah lupa =.=(macam tak ada kaitan kan?Okay,abaikan :P)

Kadang kala kita malu untuk berkongsi doa kita dengan sahabat-sahabat yang lain.Pada Tah,tidak ada salahnya kalau kita minta sahabat-sahabat yang lain mendoakan kita.Manalah tahu Allah perkenankan salah satu hajat kita yang didoakan oleh sahabat kita.Insya-Allah.

3.Kalau tak boleh solat,nak buat apa?(khas buat kaum hawa :))

Perkara ke-3 ini Tah tinggalkan buat kaum hawa yang membaca untuk merangka Ramadhan kalian.Allah itu Maha Adil.Sudah pasti ada hikmah mengapa perempuan mendapat cuti special case :D Namun suka Tah kongsikan beberapa cadangan yang telah Tah dan sahabat-sahabat lain fikirkan.Pilihlah,mana tahu ada yang berkenan di hati :P huhu...

-Menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa

-Ziarah sahabat-sahabat(Sudahlah tak puasa,janganlah tidur sahaja ye tak?hehe.

-Membaca bahan-bahan ilmiah

-Menjadi sukarelawan.Macam di Tanta,Ramadhan kali ini ada dua orang madam(panggilan kepada orang-orang Malaysia yang sudah berkahwin) yang sedang berpantang kalau tidak silap Tah.Apa kata yang tak boleh solat tu,tolong jagakan madam semasa padam solat terawih.Ingat tak risau ke padam nak tinggalkan isteri dia yang baru bersalin tu.huhu.Bila lagi nak tunjukkan skill jaga baby yang kalian ada tu :P

-Bersihkan rumah.Hari ini tiga kali Tah keluar rumah.Berjalan-jalan dengan tujuan :D Seronok sungguh melihat orang Arab bersemangat menyambut Ramadhan dengan menghias depan rumah mereka dengan Fanus(lampu aladin.Tak baik menipu bulan puasa kan?rupanya macam tanglung dan lampu berhias yang cantik dan berwarna-warni) dan bendera(sudah macam sukaneka gayanya!).Tidak kurang juga yang membasuh karpet dan membersihkan masjid sampai basah jalan :P(Jangan lupa kat sini tiada longkang,kalau jalan basah air akan bertakung~nasib baik musim panas,jadi cepat sikitlah kering :))
Ini Fanus kepunyaan Tah sendiri tau :) Dibeli pada Ramadhan tahun lalu di Awal Bahr

Semoga kita mendapat 'Ramadhan' yang kita masing-masing harapkan.Amin

"Ramadhan;permulaanya Rahmat,pertengahannya maghfirah(keampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka"

Satu hadis Rasulullah sollahu alaihi wasallam:

Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya,"Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.
Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ " Kemudian Jibril berkata lagi."Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”

Wallahu a'lam

*Tah suka puasa di Mesir sebab Tah akan berbuka puasa sekadarnya sahaja sebab di sini Tah dan ahli bait berbuka di Maidatur Rahman(Tempat berbuka puasa secara percuma).Makanan yang disajikan ialah nasi arab yang kurang masuk dengan selera Tah :P Di sini juga tiada bazar Ramadhan okay :D

*Tapi, jangan lupa doakan Tah berjaya dalam peperiksaan supaya Tah dapat balik Malaysia,berkongsi cara puasa yang best di sini dengan orang Malaysia.huhu...Insya-Allah :)

Ramadhan Kareem ;-)

Wednesday, July 13, 2011

Lelaki itu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dalam hidup Tah,Alhamdulillah Allah kurniakan ramai lelaki yang mewarnainya dengan warna pelangi bahagia.
gambar ni diambil pada hari Tah akan terbang semula ke Mesir selepas cuti evakuasi baru-baru ni.Ayah bersungguh mahu hantar Tah sendiri walaupun sibuk dengan urusan perkahwinan Abang Mir keesokan harinya.

Sebut tentang perkahwinan,siapa tak nak berkahwin?Apabila Tah pernah mengelak daripada bercakap tentang lelaki dan perkahwinan,ada yang menegur...

"Tah ni,bercakap seolah-olah tak nak kahwin je"

Allah...

Perasaan cinta,suka,sayang...Ingin memberi dan menerima,disayangi dan menyayangi itu kan fitrah yang Allah campakkan dalam hati-hati makhluknya?Masakan Tah mahu menidakkannya.Cuma kebelakangan ni,sejak datang ke Mesir terutamanya,Allah buka mata Tah bahawa perasaan itu sebenarnya boleh disalurkan kepada yang 'berhak' apabila tiba saat dan ketikanya.Dan bersyukurlah,dalam menempuh saat yang dijanjikan itu,Allah kurniakan Tah lelaki-lelaki hebat yang sentiasa menyayangi,membimbing, mengambil berat,dan peduli di saat orang lain tidak peduli.(Pada hakikatnya,hanya Allah yang sentiasa peduli nasib hamba-hambanya!)

1.Ayah
2.Abang-abang dan adik-adik lelaki
3.Anak-anak saudara :)
4.Pak cik-pak cik saudara

Kalau rindu,merekalah insan-insan yang akan Tah salurkan perasaan itu.Pesan Abang Cik masih Tah ingat sampai sekarang,

"Jaga hubungan lelaki dan perempuan,bercintalah selepas kahwin.Abang Cik lelaki,dan Abang Cik tahu 'buaya'nya lelaki!"

Kadang-kala Tah bukan bercakap sangat pun dengan mereka.Sekadar bertanya khabar,cerita kerenah anak masing-masing.Sudah mampu menenangkan hati,jiwa yang gelora.Allah itu Maha Mengetahui.Tah bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang besar.

Sepuluh orang adik-beradik.enam hero dan empat heroin.Tah ada empat orang abang dan kesemua mereka telah pun mendirikan rumah tangga.2 orang adik lelaki yang menjadi teman bergaduh,dari dulu sampai sekarang :DTiga orang kakak,tempat Tah mengadu,bermanja,berkongsi rasa,suka dan duka.Tidak dilupakan,seorang sepupu yang sudah kami anggap adik-beradik sendiri,darah daging kami...Kak Za,paling tua diantara kami bersebelas.Tinggal bersama kami semenjak berusia 5 tahun.


Dan antara semuanya pastilah Mak dan ayah insan yang paling disayangi.Walau bagaimanapun,sebagai muslim,sentiasa mengingatkan diri...Cinta kepada Allah dan Rasul itu harus melebihi segala-galanya,hatta mak dan ayah sekalipun.

Sejak dari darjah 3,Tah satu-satunya anak perempuan yang tinggal di rumah bersama ayah,mak dan adik-adik lelakiku.Banyak masa dihabiskan bersama ayah.Ayah seorang yang hebat pada kaca mata Tah(Tah memang pakai kaca mata pun.huhu).Kalau tidak,masakan mungkin Tah menggariskan ciri-ciri lelaki idaman Tah suatu hari nanti persis Ayah?Insya-Allah...

Perkara yang membuatkan hati ini terlalu kagum pada ayah yang sangat sukar Tah lihat pada lelaki masa kini,hatta abang-abang Tah sekalipun ialah:

1.Solat berjemaah di masjid setiap hari.Kadang-kala di waktu sakit pun ayah masih gagahkan diri ke masjid.

2.Sentiasa berkopiah.Itulah ayah.

3.Terbuka dan rasional terhadap masalah anak-anak.

Perkara ke-3 inilah yang ingin Tah kongsikan pada hari ini.Ayah sayangkan semua anak-anaknya.Tapi pada pengamatan Tah,ayah lebih rapat dengan anak-anak perempuannya.Apabila bercakap tentang anak perempuan,tugas terbesar kedua ibu bapanya terutama ayah ialah mengahwinkan anak-anak perempuan mereka apabila tiba masanya.

Kadang-kala terasa lucu apabila teringat yang mak hampir mengamuk sakan apabila ayah mengiakan kehendak kakak yang meminta izin untuk mendirikan rumah tangga ketika berusia 19 tahun beberapa tahun yang lalu.Ketika itu Tah masih di sekolah menengah.Tetapi atas perbincangan kesemua ahli keluarga(Tah pun tak tahu sangat,sebab hal ini diketegorikan sebagai masalah orang-orang tua :P)kakak tak jadi kahwin.

Cuti evakuasi baru-baru ini,Tah banyak menghabiskan masa bersembang dengan ayah.Tah bertanya pada ayah tentang persoalan mengapa ibu bapa susah untuk membenarkan anak-anak mereka kahwin awal,malah lebih rela melihat maksiat berlaku(walaupun pada hakikatnya,semua ibu bapa mahukan yang terbaik pada anak-anak,tetapi tindakan mereka sedikit sebanyak menyatakan bahawa sebenarnya merekalah yang membenarkan maksiat itu terus berlaku lebih-lebih lagi dalam zaman kejatuhan akhlak remaja hari ini).

Ayah tenang menjawab.Semuanya berbalik kepada agama.Islam itu mudah.Andai ibu bapa benar-benar memahami syariat Islam,pasti mereka juga akan bertindak seperti ayah.Bukan ayah tak sayangkan anak-anaknya.Malah kerana sayanglah ayah membenarkan anak-anak berkahwin dengan jodoh pilihan masing-masing.Walaupun keluarga kami dilihat sebagai keluarga yang mempunyai asas didikan agama yang kuat,namun ada yang kepelikan melihat calon menantu ayah yang pada pandangan mereka mungkin ada yang lebih baik daripada itu.Tapi ayah berfikir diluar kotak.Alhamdulillah,Tah melihat perubahan itu pada saudara ipar Tah selepas mereka masuk ke dalam keluarga kami.Dakwah ayah hebat!

Bercakap soal masalah perceraian yang banyak berlaku pada hari ini,ayah juga masih dengan jawapan yang sama.Kata ayah,dulu ketika masih muda,ayah juga pernah diuji.Terpaksa keluar hanya berdua: lelaki dan perempuan bukan mahram,atas urusan kerja.Ayah juga manusia biasa.Masakan tidak bernafsu?Allah jaga ayah.Kata ayah lagi,itu peringatan yang Allah bagi pada ayah untuk disampaikan pada anak-anak.

Bercakap soal pelajaran,ayah tidak pernah memaksa kami anak-anak mengikut kehendak ayah.Malah ayah banyak mengikut kehendak kami.Ketika kakak ingin menyambung persekolahan di sekolah menengah teknik dari sekolah menengah agama,mak mempertikaikannya.Kalau dilihat pada mata kasar memang banyak buruk dari baiknya natijah yang bakal kakak terima,namun Allah memelihara orang-orang yang sentiasa mahu dekat padanya.Alhamdulillah,itu natijah yang terbaik buat kakak pada pengamatan Tah,seorang hamba yang hina.Berkat kerasionalan ayah berfikir.

Ayah juga tenang menghadapi masalah.Tah turut mendengar perkara yang sama daripada sahabat-sahabat yang lain.Kata mereka, ayah mereka juga lebih tenang menghadapi masalah berbanding ibu masing-masing.Mungkin itulah hikmah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.Subhanallah!

Dan tadi,Tah tak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika mendengar nasihat dari ayah melalui telefon.Tah tahu,ayah tahu dilema yang Tah hadapi justeru soalan itu yang terpacul dari mulut Tah...

"Ayah,bukan ke dalam surah An-Nahl,ayat 11 Allah ada beritahu bahawa Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang ubah nasib mereka...tapi macam mana pula dengan takdir Allah yang selama ini kita tahu sudah tertulis untuk kita di luh mahfuz?Kawan Tah kata,jangan takut dengan result exam sebab result tu memang dah ada..."

Suara sudah mulai serak.Air mata mengalir.Dengan ujian yang Allah bagi pada Tah sekarang,Tah kadang-kala lemah.Kalau derita ini Tah tanggung seorang diri mungkin Tah masih kuat.Tapi Tah sentiasa terfikir akan perasaan mak dan ayah andai result Tah nanti tidak seperti yang mereka harapkan.Allah...sesak dada setiap kali berfikir sedemikian.Sudahlah yuran perbelanjaan tahun ini ayah tanggung.Bukan sedikit.Puluhan ribu.Ayah gadaikan tanah.Ayah sudah pencen.Mak yang sudah tua pula masih sanggup menyambung tender kantin dari setahun ke setahun.

Masih Tah ingat kata-kata mak melalui telefon tahun lepas...

"Tah belajar sungguh-sungguh ye.Tahun ni mak sambung lagi tender kantin.Kalau boleh,mak nak Tah balik tiap-tiap tahun.Tak apalah susah-susah sikit..."

Masa tu hanya Allah yang tahu persaan Tah.Mak memang dari dulu kata yang mak sudah tidak larat untuk mengabung tender kantin itu.Kata mak,mak sudah tua.Ya Allah,kerana Tah ke mak buat semua ni???

Dan ayah tenang je jawab.Berhati-hati.Tah tahu ayah teramat faham perangai Tah.Tah tahu yang ayah memahami gelora hati Tah saat itu.

"Memang betul semuanya Allah dah atur.Tapi kita boleh berdoa.Doa dan doa.Doa sungguh-sungguh.Allah itu Maha Mendengar.Adakah Allah tak boleh ubah takdir-Nya?Masakan tidak.Allah Maha Berkuasa.Kita hamba sahaja.Kita tak tahu ilmu Allah yang Maha Luas.Berdoalah.Teruskan berusaha.Tah faham kan?"

Lagi lajulah menangis.

Terima kasih Allah,kurniakan aku seorang ayah sebagai perantaraanMu menghilangkan resah gelisah hatiku.

Ayah,maafkan Tah andai Tah tak dapat jadi seorang anak seperti yang ayah harapkan.Tah tahu Tah bukan anak yang solehah.

Mak pernah kata pada Tah setiap kali mak ingin menegur kesilapan ayah.(Ayah juga manusia biasa,pernah buat silap)Tah sahajalah yang tegur ayah.Kalau Tah yang tegur,ayah dengar.Tak marah.

Tah rasakan ayah,mesti sebab ayah sayang lebih kat Tah kan?hehe.

"Ayah rindukan Tah tak?"
"Mestilah rindu..."

Tah pun rindu ayah...Tah tahu ayah bukan nak ambil hati Tah sahaja.Sebab dari suara ayah,Tah tahu ayah sunyi di rumah.Anak-anak semua dah besar-besar.Berkahwin dan bawa hala tuju sendiri.Setahun hanya 2,3 kali dapat bertemu mata itupun hanya beberapa hari sahaja.

"Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami,
dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil"
Amin...

p/s:doakan Tah ye,minggu depan kertas peperiksaan akhir yang terakhir untuk tahun ini.Insya-Allah~Amin!!!

Friday, July 8, 2011

Lusa nak periksa!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Kalau tengok tajuk entry mesti ingat nak suruh kalian doakan Tah kan?tu je kerja budak ni kalau dia buat entry baru.huhu.Itu sudah pasti! :D

Sebenarnya ada satu cerita sedih berlaku petang tadi.Ingat tak Tah pernah cerita tentang ikan-ikan emas Tah.Petang tadi Mas pula yang mati.T_T

"Tengok mata dia Tah,ada warna merah?"
"Seksa sakaratul maut kot" T_T

Berat mata memandang,berat lagi bahu Tah yang memikul.Sudah 2 ekor ikan emas Tah mati.Keduanya mati beberapa hari sebelum kertas peperiksaan seterusnya.Haish...

"Tah,lepas ni cukup la beli ikan ye?Tak nak Tah sedih-sedih lepas ni kalau ikan Tah mati lagi..."

T_T

Tinggal seekor je lagi.Tehee :)

Insya-Allah kalau Tehee pun umur tak panjang Tah tidak akan beli lagi ikan emas.

Ikan lain mungkin!Maaf ye ahli bait :P

Tah suka bela ikan,nak buat macam mana?

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
(Ali-Imran:ayat 185)

Sekian.
Ma3assalamah~

p/s:mungkin lepas ni nak tanam pokok pula?Idea yang bernas Tah!yea~ :D

Sunday, July 3, 2011

Puasa.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Fuhhhhhhhh...Penatnya hari ni,menaip dua entry.hehe.Bukan apa,kalau ikutkan hati yang sedang bergelora menanti tibanya tanggal 10 Julai takkan ku buka blog ini lagi :D (jangan lupa doakan Tah!Tu tarikh kertas peperiksaan Physiology)

Pagi tadi tu saja-saja je buat post pasal lagu tu.Menghilangkan mengantuk!Tapi copy and paste sahaja.huhu.Dalam pukul 10 pagi tadi seorang sahabat buzz yahoo messenger Tah,bertanyakan persoalan tentang puasa,qada' dan fidyah.hoho.Sudah macam tajuk buku ni :P Terfikir peri pentingnya peranan kita sebagai muslim untuk merungkaikan permasalah dan kekusutan muslim yang lain,Tah taip juga entry ini.

Tah ni selalu je lupa apa yang belajar dulu-dulu.haish.Akhirnya Tah telefonlah kakak di Malaysia.

Kakak:Ala,google je.Ke tak tahu macam mana nak cari?

Oit,baik-baik sikit ye!!!

Tah:bukanlah!Orang saja je nak uji ustazah.Ustazah kena biasakan diri dengan soalan-soalan macam ni tau.Persediaan berhadapan dengan masyarakat!haha...


Tah dan kakak: bla..bla..bla

Almaklumlah,Ramadhan dah makin hampir.Baru-baru ni pun ramai juga Tah dengar yang bercakap-cakap tentang persoalan ini.Maklumlah perempuan.Setiap tahun pasti akan yang perlu diganti.Tapi jangan ingat lelaki tiada ye!Terasa terpanggil untuk berkongsi dua link yang Tah rasa penting untuk kita semua.Mungkin ada antara kita pernah melalui zaman hitam(zaman tak tahu sangat hukum-hakam agama).Dan mungkin ada yang malu untuk bertanya.

Insya-Allah link ni sangat mudah difahami dan sangat praktikal.Rupa-rupanya,puasa yang sudah lama ditinggalkan(sejak baligh) tetap wajib diqada' selagi mampu.Bagi fidyah pula,akan berganda setiap kali melepasi Ramadhan berikutnya.Link ni sudah disusun dengan sistematiknya untuk memudahkan pengiraan fidyah.Link ni pula,ada sedikit soal-jawab dan sedikit pencerahan bagi mereka yang masih samar-samar~

waallahua3lam.

Semoga membantu.Moga Allah redha :)

P/S:terima kasih sahabat yang bertanya dan Kak Cah,kakakku yang sudi menjawab :D
Zaman sekarang ramai orang tanya ustazah Googliah :P

Aku cinta Allah


Aku cinta Allah: Wali band

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah

Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir

Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah

Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Aku lemah tanpaMu aku lelah

Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir

Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah

Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Tuesday, June 28, 2011

ikan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah,semalam berakhirnya peperiksaan akhir bagi subjek Biochemistry(bukan habis semua lagi tau!Doakan ye).Allah permudahkan peperiksaan oral Tah,walaupun berjalan secara berpasangan.huhu.Bergandingan dengan kakak,ahli bait merangkap jiran bilik Tah(bilik kami ada 'lompong' :P di bahagian atas,membolehkan kami untuk menjalankan sesi hati ke hati tanpa perlu bertentang mata!Pernah tengok cerita P.Ramlee masam-masam manis tak?lebih kurang macam tu lah :D)membuatkan Tah sedikit tidak yakin.Kakak ni hebat tau!Tahun lepas tak silap Tah,kalau bukan ke-2 terbaik keseluruhan pelajar Malaysia tahun satu...maka dialah yang pertama! :)

Selepas 2 hari rumah kami tiada internet,pagi tadi Alhamdulillah Dr Anis mengkhabarkan berita gembira bahawa internet sudah ada.Hari ini,Tah ubah lagi kedudukan perabot di dalam bilik.Aktiviti bulanan yang Tah suka!Tah tak boleh duduk dalam bilik yang sama saja susunan perabotnya untuk jangka masa yang lama.Bukan ada sofa pun!Katil,almari,meja study,penyidai pakaian,dan meja kecil untuk letak balang ikan emas Tah.Dan kesemuanya diperbuat daripada kayu~Pelik juga masa mula-mula tiba di Mesir ni.Pelik,kenapa kami dibelikan perabot-perabot kayu.Murah?Tapi mana mereka dapat kayu-kayu tu.Pokok pun sebatang dua sahaja~Okay,itu bukan urusan kita :P

Semalam,Tah bersama-sama Dr.Anis,Dr.Kakak :P dan Dr.Zuhairah telah bermesyuarat merangka 'plan' strategi untuk menghadapi peperiksaan akhir Physiology.Memang bersemangat habislah.Tapi pelaksanaannya menuntut pengorbanan~Tah boleh!!!


Okay,banyak lagi kerja nak buat.Tah kongsikan video pendek ikan emas Tah.Tah beli masa cuti musim panas tahun lepas dek kerana kebosanan dan rindukan aquarium di Malaysia yang dikhabarkan oleh Mak melalui telefon bahawa kesemua ikan Tah telah dilepaskan ke pa
rit belakang rumah!Rasionalnya,tiada siapa yang mampu jaga ikan-ikan tu macam Tah.waaaa :( Dulu Mak pernah cakap,kalau Tah dah kahwin nanti,jangan lupa bawa aquarium Tah sekali.Mak dan Ayah tak larat nak jaga.huhu(Aquarium tu hadiah dari Mak masa UPSR kalau tak silap)


Yang mata macam nak terkeluar tu namanya Dol.Dah arwah pun.Mas pula yang asyik berenang-renang sambil mulutnya terbuka.Asyik makan sahaja kerjanya!


Dulu Tah beli ikan emas ni dua ekor.Namanya Mas dan Dol.Tapi Dol mati sehari sebelum peperiksaan Anatomy bulan lepas.Tah dah beli seekor lagi,pengganti Dol,namanya Tehee~Tapi rasanya lepas exam nanti nak tukar Tehee tu dengan ikan emas yang lain sebab Tah tersilap pilih jantina.Ahli bait Tah kata,tak baik kita galakkan perbuatan sumbang mereka!Gay.

Ma3assalamah!

Mas dan Tehee...

nota kaki:Orang kata,kalau bela ikan puyu kat rumah,TOYOL tak mencuri dalam rumah kita sebab asyik main dengan ikan puyu tu.Orang lain yang kata.Bukan Tah.

Wednesday, June 22, 2011

Aku mahu pulang.

ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh :)


"salam ayah.tah nk tnye je ni...klu tah x kne ulang exam n lulus semua,tah boleh blik dop rye taun ni"

Saja mencuba nasib.Dalam hati, sebesar bumi anbiya' ini harapanku :)

tet..tet..tet...mesej masuk! (sebetulnya bunyinya lain sedikit :P)

"Insya-Allah...bleh"

Jadi sahabat-sahabat semua,pengunjung blog ini~~~Doakanlah Tah dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan akhir yang hanya berbaki tiga kertas sahaja lagi.Juga doakan dilembutkan hati pemeriksa kertas bagi tiga kertas yang sudah selamat dijawab sebelum ini :)


Aku mahu pulang.

Monday, June 20, 2011

Bahasa Syurga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Hari ini adalah hari yang best sebab hari pertam
a 'gap' sebelum kertas seterusnya iaitu; BIOCHEMISTRY :) Jadi adalah masa untuk Tah kemas-kemas bilik yang dah macam sarang ular sawa bak kata Mak Tah :) Semalam kertas beharvioral sciences atau psychology~25 soalan sahaja dalam masa 1 jam.Kalau nak mumtaz boleh bayangkanlah hanya boleh salah berapa :P

Petang semalam Tah ada nak buat kerja terjemah
an bahasa Arab sikit,oleh kerana skills bahasa Arab sudah tumpul,Tah minta pertolongan seorang sahabat,dan dia kongsikan dengan Tah sesuatu yang sangat sangat best!

Sekarang untuk menterjemah sesuatu ke dalam ba
hasa Arab,anda boleh lakukannya hanya dengan hujung jari sahaja :P Tiba-tiba Tah rasa rindu pula nak menaip dalam tulisan jawi.Sejak lap top Tah 'diprogramkan' semula,Tah dah tak boleh menaip dalam tulisan jawi lagi.(sebenarnya boleh je,cuma Tah yang buta IT :D)

Lalu Tah pun meng'buzz' Dr Atieq dengan harapan beliau boleh membantu.huhu.Dengan 'sengal'nya Dr.Atieq suruh pula
Tah tanya cik Google sebab Tah tolak cadangan dia yang sebelumnya iaitu supaya 'download' softwear yang berkenaan.Almaklumlah kalau nak tunggu download sangatlah lama dengan keadaan internet yang macam siput ni.

Akhirnya cik Google berjaya menyelesaikan masalah Tah.y
eah!!!Thank you Allah :) Kalau ikut instructions yang cik Google ajar tu untuk windows Vista,tapi untuk sesiapa yang pakai windows 7 macam Tah pun boleh je.Beza dia sikit je.Insya-Allah~

Terima kasih juga kepada saudara Tah,Abang Din kot kalau tak silap :P sebab sudi menampal stickers abjad jawi ke lap top Tah dulu mas
a mula-mula beli lap top ni dengan dia.Masa tu dia cakap,"nanti belajar kat Mesir mesti banyak nak guna bahasa Arab,haa Abang dah tolong lekatkan senanglah nanti".Bila ingat balik apa yang Abang Din tu cakap rasa malu pula pada diri sendiri.Sudah lama rupanya aku tinggalkan bahasa Arab.Nama sahaja belajar kat Mesir :( Ayah Tah beli lap top ni dulu ngan saudara je sebab dapat harga diskaun dan juga perkhidmatan tambahan.hehe(dapat tolong saudara mara juga kan?)

Rindu nak belajar bahasa Arab dengan ustaz Syed Sheikh bin Tuan Syed!huhu.Saje je tulis nama penuh sebab nak tunjuk keunikan nama ustaz Tah ni :D Tah mula minat bahasa Arab masa belajar kat Kospint(kini dike
nali sebagai Imtiaz Kuala Terengganu)



Oit,ex-kospint...Ingat tak baju ni? :D Mesti korang bangga kalau tahu Tah bawak sweater ni sampai ke Mesir~Iju tahu lama dah,sebab terserempak dengan dia masa kat lapangan terbang.Kami satu penerbangan sebab balik ke Mesir bawah kerajaan negeri Terengganu Darul Iman :)Tapi sekarang dah tak pakai kat luar.huhu.Ramai cakap,simpanlah kat rumah,dah lusuh pun!waaaaaaaa :( sedinhnya!Kalaulah mereka tahu kenapa Tah sayang sangat sweater tuh...

Ok,tu je nak tulis :P Jom study Biochem~

Ma3assalamah!

Thursday, June 16, 2011

saya mahu buka pintu >_

Assalamualaikum warahmaturrahi wabarakatuh :)

Pertama sekali,macam biasa...huhu :) doakan Tah dan kawan-kawan ye~Exam anatomy bakal melabuhkan tirainya esok hari,berakhir dengan oral!Semoga dapat doktor-doktor yang baik-baik serta pemurah hatinya!amin...

Bila musim-musim exam ni,ada satu perkara yang Tah teringin sangat nak buat :


SAYA MAHU BUKA PINTU BILIK SAYA !!! (dalam tempoh yang lama)


Kenapa?Kat Mesir tak boleh buka pintu ke? :P Jawapannya: boleh~ Tapi rumah kami sekarang tingkat satu...Bagi pelajar-pelajar Malaysia,kalau dapat rumah tingkat satu memang satu anugerah yang terindah!Sebab ada yang tinggal di tingkat 4,5,6,7 dan tidak kurang juga 8,9 dan...kalau ... itu ada lif tak apalah juga kan?

Jadi apa kaitannya dengan rumah di tingkat satu?...hurm~kalau rumah kita tingkat atas-atas,senanglah nak buka tingkap atau pintu balkoni,sebab rumah kita lebih tinggi dari rumah-rumah lain...tak ada orang lain(melayu atau arab) yang nampak apa yang kita buat dalam bilik dan bila musim-musim panas ni,boleh ambil udara segar(segarlah sangat kan?)

Tah sebenarnya tension dengan aroma makanan arab yang boleh menyebabkan kita muntah!Lebih-lebih lagi waktu tengah hari...huish,dahsyat!!!!Tah rasa mereka masak sejenis masakan yang diletak 'cheese arab' yang busuk...Hampir setiap hari.Sampai naik pening!

Depan rumah kami pula, rumah orang Malaysia,lelaki atau di sini kami panggil mereka jiran ikhwah :P (tak pernah panggil pun,gelaran sesama kami sahaja)...Kadang-kadang kalau jiran ikhwah buka pintu balkoni rumahnya,timbul satu perasaan iri hati yang membuak-buak!Aku buka pintu juga kan baru tau!Tapi akhirnya tidak di buka juga pintu itu...

Kawasan kejiranan kami amat padat,menyebabkan rumah paling bawah akan 'terperap' macam budu! :D tapi ok je pun...Cuma kalaulah saya tiada jiran depan rumah,saya lebih bahagia :) Ramai akhawat suka dapat jiran Melayu ni...Senang nak minta tolong jadi musyrif.

Di Mesir,khasnya di Tanta dan tempat-tempat lain yang masih agak terjaga 'kesuciannya',akhawat tidak dibenarkan keluar malam...Kalau nak keluar juga?Penting ni,bawang dah habis!!! :P boleh la menggunakan khidmat musyrif yang 'terpilih lagi berwibawa'.Oleh kerana Tah dan ahli bait yang lain amat patuh pada arahan persatuan yang insya-Allah untuk kebaikan kami juga,kami tidak menggunakan kelebihan 'jiran ikhwah' yang kami ada.Sebab mereka(merujuk kepada jiran ikhwah) rasanya bukan tersenarai dalam senarai nama musyrif terpilih tadi.huhu. Apa-apa pun,Alhamdulillah...

Sebab semalam naik rumah jiran atas,bila masuk bilik dia...sajalah nak usha cooler baru yang mereka beli...aik?tak sejuk pun..hurm,tiba-tiba satu rumah jadi insaf...Terutamanya Tah dan kakak (sebab dia paling tua!hahahaha) sebab kami paling banyak bersungut macam-macam...Bila musim panas,semua rumah sibuk beli cooler dan kipas.Tapi bagi rumah kami yang di tingkat paling bawah,kadang-kadang tak perlu pun buka kipas sebab aura keimanan telah menyejukkan rumah kami.ok,tak!tapi yang penting rumah kami sejuk.Mungkin sebab terlindung dari sinaran terik mentari...

Semalam juga ade gerhana bulan :) Kami satu imarah(baca:bangunan,imarah kami 7 tingkat kalau tak silap,dan memuatkan 3 rumah pelajar Malaysia) memanjatlah sutuh atau rooftop imarah kami dek kerana keterujaan untuk melihat gerhana tersebut.Tiba-tiba rasa macam spiderwomen pula...haha :P Dengan selambanya kami menceroboh rooftop jiran sebelah punya imarah dan menikmati keindahan gerhana bulan,Subhanallah :)

"kan senang kerja spiderman kalau duk kat Mesir...tak payah pakai web dia tu..main lompat-lompat je...macam keluang man dan tiong man ":P

Kesimpulannya,bersyukurlah dengan apa yang ada~
Sekian sahaja cerita Tah :D

Ma3assalamah ^^,


p/s:untuk tumbesaran gambar yang lebih sihat,cuba klik pada gambar atau gunalah apa-apa cara yang anda boleh buat :P kalau tak boleh baca,maksudnya tiada jodoh antara anda dan gambar itu...

Tuesday, June 7, 2011

YM @ TANTA!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Selamat pagi semua!Orang Mesir je lah~sekarang pukul 4:11 am.Subuh tadi masuk pukul 3.10 kalau tak silap.Awal kan?Maghrib nak sama je dengan Malaysia,dekat-dekat pukul 7(tak termasuk sabah dan sarawak ye,Andi! :P)Sebenarnya Tah malas nak buka lap top musim-musim exam ni kalau tak de apa-apa yang penting seperti,call keluarga di Malaysia,buka blog saifulislam.com,periksa email(baca:check.huhu) dan setiap hari Sabtu,download imam muda?(erk... :D)Kat Malaysia hari Jumaat kan?kat sini kalau online update hari Sabtu baru dapat.

Post ni khas untuk warga Tanta je sebenarnya :) Sekadar nak update mesej yang sepatutnya dihantar melalui ym.Tapi sebab ym Tah belum dikemaskini sebab malas,Tah tulis kat blog je lah.Tak ganggu orang!

Kalau Tah la kan,kadang-kadang tension jugak kalau dapat ym yang sama hampir lima kali~haish kalau tengah call keluarga tu boleh hilang konsentrasi! :P Kat Tanta ni kami semua students Malaysia,kalau ada berita-berita penting akan dimaklumkan melalui blog atau forum persatuan,blog batch atau group dan yang paling mudah melalui ym.Setiap kali ada orang hantar ym mesti tulis macam ni,sebar-sebarkan ye :) arghhhhhhhh!Rasa berdosa pula kalau tak forward mesej.Tapi lagi kesian kalau kawan-kawan kat Malaysia yang tak ada kaitan langsung dengan ym tu terpaksa membazir 5 saat untuk baca :D Maaf ye kalau ada sesiapa yang pernah dapat ym dari Tah tapi tak difahami isi kandungannya.

Ok,dah malas nak membebel. Kat bawah ni adalah soalan-soalan yang junior tahun satu dapat dari doktor masa program MedicMesir~ni soalan tahun satu,Anatomy untuk written final.Tapi janganlah study ni je!

Upper limb
-muscle for supination,rotator cuff
-anastomosis around elbow and shoulder :fokus on elbow
-branch of axilla artery,2nd n 1st part
-fascial space on the hand
-muscle supply by the median nerve
-flexer retiniculum
-carpi tunnel
-branch of radial nerve
-content yg ada dkt spiral groove

EMBRYO
-amnion
-umbilical cord
-placenta
-type of decidua
-definition of gastulation
-site of implantation
-result of fertilaztion
-result of folding
-chorionic villi
-phase of ovulation n fertilization

PELVIC
-levator ani
-internal iliac-branch
-sacral plexus-branch
-urinary bladder male n female
-male urethra
-seminal vesicle

yang ni pula,untuk tahun dua~

Tajuk/bab dalam neuroanatomy yang wajib diberi penekanan! (orang lain yang tulis macam tu erk,bukan Tah!)

1-thalamus-without connection
2-metathalamus
3-subthalamus
4-hypothalamus
5-third ventricle
6-functional area of brain lobes(F,P,O,T)
7-Interpeduncular fossa:
-contents
-boundaries
8-area of cerebral cortex
9-Rhiencephalon-enumerate
10-lymbic system
11-basal ganglia
12-cerebral white matter:
-projection
-commisural
-association
13-lateral ventricle
14-CSF(function)
15-blood supply:enumerate

-artery:
-ICA
-vertebral
-basilar
-circle of willis
-vein:
-superficial
-deep

Tah post yang Tah rasa masih ramai yang tak tahu je.Sebarang kesilapan pada ejaan sila abaikan.Taip kencang-kencang sebab nak study!Tah exam Anatomy 1st year 13/6 dan Anatomy 2nd year 15/6 ni.Sehari je gap :(

Sekian,syukran!

p/s:dah copy belum?kalau dah siap tu,doakanlah Atiqah binti Abdullah serta sahabat-sahabatnya yang lain(satu batch!) dapat naik tahun 3 dengan jayanya ye :D

Wednesday, May 18, 2011

Terima kasih daun keladi Sal!!! :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Erm...sebenarnya Tah cuma nak ucapkan Terima kasih banyak-banyak kepada seorang sahabat ni : Salsabila :D Sebab bermurah hati untuk belanja Tah,Andi dan Mai makan
lasagna(sebutan arab pun sama: la-za-ni-ya) kat Dream Top 2 minggu yang lalu...hukhuk :P dah dah xde pape yang tinggal dalam perut ni,tapi ada satu pantun yang tinggal untuk Sal~

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga...

Korang sume pernah tak makan lasagna nih?huhu.Best giler~sebab tu Tah excited sangat :)Ni 1st time Tah makan lasagna ni kat Tanta,atau dalam erti kata yang lain dalam hidupku!(kalau mak tah pernah suapkan masa kecik-kecik dulu tak tahulah kan...sebab xde memori tentang itu :P)haaa!!!nilah lasagna~~~macam best kan? tapi ni cik google punya :D

Jadi,sebenarnya lasagna ni makanan jenis ape ye?huhu.Tah dah tolong googlekan untuk korang sume :P

Lasagna probably comes from the Latin lagana (which in turn was the Greek laganon, meaning "big flat pasta sheet sliced in strips"). The first evidence of its current use as lasagna comes from the verses of 12th Century Italian poets. "The peppercorn wins/in virtue of the lasagna" Jacopone da Todi wrote, whereas Cecco Angiolieri reproached his readers by saying: "who makes lasagne with other people's flouer/ has nor walls nor moat around his castle".pasta lasagna
inilah dia lasagna yang kami makan dua minggu yang lalu...rupanya tak seberapa tapi rasanya pergh!!! :P (cuma ni menu baru kot,so xde pilihan, cuma ade firakh(ayam) dan lahmah(daging)
andi dan mai
cik salsabila :)
Kenapa tiba-tiba selepas 2 minggu baru nak post nih?huhu.sebabnya saya sangat teringin nak makan lagi lasagna ni~huhu.kena belajarlah buat benda ni lepas exam nanti!boleh buat kat Malaysia pulak kan...

Sekian.

*tadi ym dengan Andi,beliau telah bersetuju untuk temankan saya mkana lasagna lagi di dream top petang nanti...yea!!!sayang Andi~