Wednesday, May 18, 2011

Terima kasih daun keladi Sal!!! :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Erm...sebenarnya Tah cuma nak ucapkan Terima kasih banyak-banyak kepada seorang sahabat ni : Salsabila :D Sebab bermurah hati untuk belanja Tah,Andi dan Mai makan
lasagna(sebutan arab pun sama: la-za-ni-ya) kat Dream Top 2 minggu yang lalu...hukhuk :P dah dah xde pape yang tinggal dalam perut ni,tapi ada satu pantun yang tinggal untuk Sal~

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga...

Korang sume pernah tak makan lasagna nih?huhu.Best giler~sebab tu Tah excited sangat :)Ni 1st time Tah makan lasagna ni kat Tanta,atau dalam erti kata yang lain dalam hidupku!(kalau mak tah pernah suapkan masa kecik-kecik dulu tak tahulah kan...sebab xde memori tentang itu :P)haaa!!!nilah lasagna~~~macam best kan? tapi ni cik google punya :D

Jadi,sebenarnya lasagna ni makanan jenis ape ye?huhu.Tah dah tolong googlekan untuk korang sume :P

Lasagna probably comes from the Latin lagana (which in turn was the Greek laganon, meaning "big flat pasta sheet sliced in strips"). The first evidence of its current use as lasagna comes from the verses of 12th Century Italian poets. "The peppercorn wins/in virtue of the lasagna" Jacopone da Todi wrote, whereas Cecco Angiolieri reproached his readers by saying: "who makes lasagne with other people's flouer/ has nor walls nor moat around his castle".pasta lasagna
inilah dia lasagna yang kami makan dua minggu yang lalu...rupanya tak seberapa tapi rasanya pergh!!! :P (cuma ni menu baru kot,so xde pilihan, cuma ade firakh(ayam) dan lahmah(daging)
andi dan mai
cik salsabila :)
Kenapa tiba-tiba selepas 2 minggu baru nak post nih?huhu.sebabnya saya sangat teringin nak makan lagi lasagna ni~huhu.kena belajarlah buat benda ni lepas exam nanti!boleh buat kat Malaysia pulak kan...

Sekian.

*tadi ym dengan Andi,beliau telah bersetuju untuk temankan saya mkana lasagna lagi di dream top petang nanti...yea!!!sayang Andi~

Monday, May 2, 2011

Sudah selesaikah solat kalian?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam dan selawat serta salam buat Rasulullah sollahu alaihi wasallam...

Baru-baru ni Tah rasa macam nak tengok program IMAM MUDA kat you tube,maklumlah kat Mesir ni tiada Astro.huhu :P Kalau tak silap IMAM MUDA 2 baru minggu pertama.Jadi disebabkan amatlah kurang orang 'mengupload' siri-siri rancangan agama ini dengan kadar yang pantas,(sebab kalau maharaja lawak tu,sejam selepas disiarkan di Astro Warna kita dah dapat tengok di you tube!!!)Tah mengambil keputusan untuk tengok IMAM MUDA 1,lagipun memang tak pernah tengok pun sebelum ni.

Cuma agak tertarik sebab semasa pulang ke Malaysia baru-baru ni,ayah Tah sibuk bercerita tentang imam muda Asyraf :) (kesian ayah Tah,imam muda Asyraf dah kahwin...haha :P kalau tak mesti ayah pinangkan untuk Tah kan3???tapi Tah suka orang macam ayah,tinggi!!!hehe) Adik Tah pun sama,sibuk bercerita tentang rancangan imam muda ni,tentang channel OASIS yang dikatakan memuatkan banyak rancangan-rancangan 'islamik'.

Semua ini adalah kerana semua orang sangka Tah amat 'kolot' untuk kenal semua itu.Maklumlah,di rumah Tah hanya dipasang Astro pada hari Tah akan 'terbang' ke Mesir,2 tahun yang lalu...huhu.Ayah pada mulanya memang tak nak pasang Astro,tapi sebab abang Tah sudi 'sponsor',ayah benarkan. Alasan abang,senang sikit kalau cucu-cucu balik...tak ada lah mereka tengok tv ala-ala hujan gerimis tu.huhu.Jadi senanglah ibu-ibu nak buat kerja sebab ada 'umpan' baru!Mungkin ayah dan adik lupa yang Tah pun pernah tengok Astro sebelum ni,sebab Tah duduk 2 bulan di rumah abang selepas SPM sebab nak jaga anak buah kesayangan 2 orang tu,Ilham Fakri dan Safi Nisrina kerana ibu mereka terpaksa sambung belajar selama setahun.Jadi Tah pun pernah tengok Astro okay! :P

gambar keluarga Abang Dil,itulah anak-anak buah kesayangan Tah :) dulu masa
Tah jaga mereka,mereka masih kecil lagi.Sekarang dah masuk sekolah,serta dapat adik baru,
Izzul Hazim yang tembam :D


Sebenarnya apa yang Tah nak cerita ni?huhu.macam tak ada kaitan dengan tajuk pon kan?melencong sket.hehe.Sebenarnya nak cerita pasal cerita yang disampaikan oleh imam muda Asyraf.huhu.kiranya adalah sikit-sikit kaitannya kan? :D Jadi Tah pun tengoklah imam muda 1 episode last punya.Tak laratlah nak tengok semua.Sangat tertarik dengan cerita itu,jadi Tah nak kongsilah dengan semua pembaca tercinta.cewah!Kalau nak dengar imam muda Asyraf sendiri yang cerita pun boleh,maklumlah Tah cerita tak best kan? :(

Kisah ni berlaku semasa zaman Khalifah yang agung,saidina Umar Al-Khattab rodiallahu a'nhu.Ketika itu,saidina Umar sedang mengimamkan solat subuh.Di belakang beliau,ramai para sahabat yang lain.Tiba-tiba,datang seorang lelaki bernama Abu Lu'lu'ah membuat serangan hendap terhadap saidina Umar,menikam perut beliau.Tidak cukup dengan itu,beliau ditikam sekali lagi pada dadanya.Terburailah segala isi perut saidina Umar yang agung.Lalu saidina Umar pun tumbang sebelah.

Solat diganti oleh saidina Abdul Rahman bin A'uf.Beliau memendekkan dan menyelesaikan solat.Kemudian saidina Abdul Rahman bin A'uf pun memangku sahabat beliau,saidina Umar.Sahabat-sahabat yang lain panik melihatkan darah yang berlumuran pada tubuh sahabat Rasulullah yang mulia itu.Saidina Umar pengsan!

Seketika kemudian saidina Umar terjaga dari pengsan.Dalam nafas yang tersekat-sekat,saidina Umar bertanya satu soalan yang mungkin tidak terfikir oleh akal kita,hamba Allah yang hina.Saidina Umar bertanya,"Sudah selesaikah solat kalian?Adakah kamu semua sudah solat?".Allahu Akbar!!!

Kemudian saidina Umar meminta anaknya,saidina Abdullah bin Umar supaya membawakan air kepada beliau.Berkatalah saidina Abdullah,"Wahai ayahku,sebentar tadi aku telah memberikan kamu minum susu,tetapi susu itu mengalir keluar dari perutmu.Adakah kamu ingin minum sekali lagi?"Jawab saidina Umar,"Aku tidak ingin minum anakku,aku ingin berwuduk.Aku belum solat subuh lagi".

gambar orang solat di iskandariah,Mesir.Solat di tepi gerabak kereta api.Gambar ni
memang 'famous' kat internet.huhu.Tah pun pernah melihat sendiri suasana ini ketika
menziarahi Iskandariah.


Subhanallah!!!Betapa hebat tarbiyah Rasulullah pada para sahabat bukan?Tah pun kurang arif sambungan kisah tadi.Tapi mengikut pembacaan serta apa yang dipelajari ketika sekolah dulu-dulu.Abu Lu'luah ialah pembunuh saidina Umar rodiallahu a'hu.Kalau itulah pembunuh beliau,mestilah beliau meninggal dunia dalam peristiwa tadi kan?wallahu a'lam.

Kalau fikir-fikir balik,sangat jauh perbezaan kita dengan para sahabat kan?Sekarang ni musim panas,bilangan lalat mula bertambah dengan pesatnya :P Kalau Tah,seekor lalat pun mampu menggugat iman serta kekhusyukan ketika solat.haish~banyak betul perkara yang perlu diperbaiki.Sekarang ni PCT ada buat kempen berkenaan dengan solat berjemaah,qiam dan juga membaca Al-Quran,jom warga pctians juga seluruh umat Islam kita sahut seruan yang baik ini :) Sekian dulu,Wassalam~

P/s:Susah betul nak cari pemuda yang konsisten solat di masjid dan surau :) Bukankah pemuda yang hatinya tertaut pada masjid antara golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak?,di saat tiada naungan lain selain naungan-Nya!!!Renung-renungkan dan selamat beramal :)


Link