Saturday, April 30, 2011

Mimpi bertemu Rasulullah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat baginda Rasulullah sollahu a'laihi wassalam~

Sekadar ingin berkongsi satu video yang Tah dapat dari youtube.Memang bermanfaat.Luangkan sedikit masa ye sahabat-sahabat semua :) Insya-Allah,masa itu yang dihabiskan untuk perkara yang baik,akan 'diganti' semula oleh 'tuan punya masa',Allah!amin...

sekian dulu.

p/s:doakan Tah,jadual exam dah keluar...nak balik Malaysia :P

Tuesday, April 12, 2011

Main masak-masak :)

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh :) amlah ih,izzayyik?huhu...maksudnya,apa khabar dalam bahasa arab amiyah.Kalau ada ustaz-ustazah yang ajar bahasa arab baca sila betulkan ye :D Sebenarnya Tah baru habis assesment physiology tadi.Alhamdulillah,Allah bagi ketenangan nak jawab~selebihnya tawakkal pada Allah.

Saja nak bagitahu,pada sahabat-sahabat sekalian bahawa Tah tak akan buka akaun facebook lagi,insya-Allah sehingga tamat peperiksaan final year nanti.Mungkin dalam bulan 7 kot.Facebook Tah masih ada macam dulu.Cuma Tah yang tak boleh buka.Tah suruh kawan Tah tukar password Tah.huhu~Orang yang 'teramat rajin' macam Tah ni,kena banyak berpantang!!!Lebih-lebih lagi dekat-dekat nak exam ni :D

Alhamdulillah,minggu lepas Tah genap 20 tahun Masihi :) Kepada yang semua yang mengingati Tah,syukran jazilan!Di ym,facebook(tak menang tangan nak reply komen :P) dan juga mesej~ha,lupa nak bagitahu...telefon lama Tah dah nazak teramat dan tak dapat dipulihkan lagi.Jadi dia dah ada madu sekarang.huhu.Jadi kalau nak mesej Tah harap sahabat-sahabat dapat bagitahu nama ye~no banyak Tah simpan dalam telefon,bukan dalam sim.

Minggu lepas juga adalah minggu yang dipenuhi dengan kek!hehe.Bermula dengan hari lahir Tah,hari lahir Andi,dan juga 'mood' nak belajar masak kuih yang simple,cepat dan sedap tengah tinggi...:P


ni hadiah kek dari Andi :) (ni kek aiskrim tau!)



ni pula kek dari ahli bait Ar-Rayyan~suprise di pagi hari!

ni kek yang Tah buat sendiri,tapi instantlah~hehe.saja-saja nak main conteng-conteng!ni hadiah dari Tah untuk Andi~memang senang nak buat cheese cake ni.Tah ingat nak buat lagi,sebab yang ni Tah belum rasa :Pni pon kek instant juga :P Tah buat dua biji untuk Andi sebab dia kata nak bawa pergi program PCT untuk akhawat :)ni bukan kek tau!ni lah yang Tah nak cerita ni~kuih bakar pandan!

Tah belajar buat kuih ni dalam myresepi.com memang teramat sempoi dan sedap kuih ni~hehe.Kalau nak belajar buat,tengoklah resepinya kat link tu.Kalau sahabat-sahabat kat mesir nak buat,silalah baca komen tah comel kat link tu juga.haha :P Sebab kadang-kadang bila nak masak kat Mesir ni banyak bahan tiada,dan kalau ada agak mahal.Ahli bait Tah komen,dah sedap cuma tak ada bijan(orang Terengganu sebut lenge :D ).Bijan memang banyak kat sini,cuma Tah tak tahu ada jual kat mana.Sebab selalu je nampak atas roti yang orang Arab jual ada bijan.Tah memang tak suka bijan tu.Pelik rasanya.hehe.

ha,sempena hari lahir Tah ni,boleh ke Tah nak minta satu doa yang taklah panjang sangat dari sahabat-sahabat,pengunjung blog Tah ni?Kalau sudi,aminkan ye :)

"Ya Allah,ampunilah dosaku,dosa kedua ibu dan bapa,dosa sahabat-sahabatku,dosa guru-guruku,dosa ahli keluargaku dan dosa seluruh umat Islam...

ya Allah,kurniakanlah aku kekuatan untuk terus menuntut ilmu-Mu di Mesir ini,tabahkanlah hatiku untuk menghadapi semua dugaanMu,kuatkanlah azamku untuk belajar,kurniakanlah aku kerajinan,kurniakanlah aku kefahaman,dan kurniakanlah aku ingatan yang kuat...

ya Allah,aku hambaMu yang lemah...dengarkanlah rintihanku.Kurniakanlah aku peluang untuk menghafal semua kalamMu ya Allah(Al-Quran),tetapkanlah aku dalam jalan istiqomah.Berikanlah aku kejayaan pada tahun ini untuk mendapat kejayaan dalam peperiksaan agar aku mampu naik ke tahun tiga.Permudahkanlah urusanku untuk mendapat tajaan.Perkenankanlah ya Allah!

ya Allah,berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat~amin ya Rabbal A'lamin...

Sampai di sini dulu catatan dari Tah buat kali ni :)
p/s:kalau Abang Dan baca post ni,Tah nak tengok sangat video yang baru je kak jue tag Tah di facebook hari ni atau semalam kalau tak silap.Kalau Abang Dan nampak Tah online di ym,jangan lupa hantar pada Tah video tu.Kalau tak pun,melalui email,tapi kena bagitahu jugak kat ym...sebab Tah amat jarang buka email :P Mesti video Balqis kan?Rindunya~~~link tu gambar Balqis masa dia kecil lagi.Sekarang dah pandai berjalan pun!Taip je Balqis kat blog Abang Dan,sahabat semua akan dapat lihat Balqis dari kecil sampailah dah ada adik seorang sekarang :) Balqis anak yang istemewa dan kami semua sayangkan dia! <3