Alhamdulillah,akhirnya Tah selesai juga menjawab 'paper' Anatomy beberapa hari yang lepas.Tetapi hati ini masih belum diberi kekuatan untuk 'confident'~Tah tahu usaha Tah belum mencapai tahap rakan-rakan yang lain.Justeru,Tah mohon jasa baik rakan-rakan pengunjung blog ini mendoakan kejayaan Tah,moga berkat Ramadhan Tah berjaya~Insya-Allah!
Sebelum terlupa,Tah juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan~Ramadhan Kareem! Moga kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sejajar dengan matlamat Ramadhan itu sendiri sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran:
'wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa!'
Tah juga berkesempatan mengikuti kelas agama yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini.Program ini diberi nama Tweet.Jadi semasa di kelas,ustaz ada bagi sedikit peringatan tentang Rukun Islam.Kata ustaz,Rukun Islam adalah ibu kepada pembersihan jiwa,andai perkara yang lima ini saja pun kita masih ada kekurangan,bagaiman pula dengan perkara-perkara lain?Adakah kita mengatakan kita mahu menggapai syurga Allah hanya dengan sembahyang yang sama yang kita belajar sejak dari darjah satu?cukup sekadar menjalankan yang wajib semata-mata?
'syurga itu mahal harganya!andai mahu menggapainya,harus melakukan usaha yang luar biasa!'
Tah suka untuk mengajak diri dan teman-teman memuhasabah balik diri kita.Kata ustaz lagi,syurga itu banyak pintunya~Abu Bakar pernah bertanya kepada Rasulullah"siapakah yang akan memasuki syurga dari kesemua pintu-pintu itu?"Lantas jawab Rasulullah"Kamulah wahai Abu Bakar!"Siapakah kita berbanding Abu Bakar?Layakkah kita memasuki syurga dari kesemua pintu-pintunya?Setandingkah amalan kita berbanding kebaikan Abu Bakar yang andai seluruh kebaikan di alam ini diletakkan di atas neraca untuk ditimbang bersama-sama dengan amalan Abu Bakar,amalan beliau lebih berat!Tambah ustaz,cubalah cari satu amalan yang konsisten dan istiqamah untuk kita lakukan.Biar di mata manusia ini adalah sesuatu yang lekeh!
'satu perkara yang istiqamah lebih baik dari seribu karamah!'
Andai dapat memasuki syurga dari salah satu pintunya pun sudah teramat bagus buat kita,padanlah dengan amalan kita!Tah suka untuk berkongsi makna bacaan kita dalam solat.Tah pun dapat dari blog seorang teman(Tah mahu letak link blog beliau,tapi tiba-tiba internet buat hal pula!lain kali ya Sarah =)Moga kita dapat memperbaiki amalan kita sedikit demi sedikit.Perbaiki apa yang kurang!
*****************************************************************************************
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
moga ada manfaatnya!
p/s:Tah belum tahu nama ustaz yang ajar itu sebab baru pertama kali menghadiri Tweet selepas exam Anatomy! =P
No comments:
Post a Comment