Tuesday, April 24, 2012

Obesiti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)


Tah harap ramai yang akan 'terasa' dengan post Tah kali ini :D Kalau Tah menulis,tanpa ada hati yang tersentuh,maka apa maknanya natijah penulisan Tah?Kosong.Tidak bermanfaat.


Masalah kegemukan antara masalah yang teruk yang melanda umat Islam hari ini.Kenapa Tah cakap begitu?Renunglah kalam mulia Rasulullah s.a.w ini:



"Jauhilah makan berlebihan. Sesunggunya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk." [Riwayat Abu Naim]

Cukuplah dengan hadis ini sahaja untuk menggerakkan kita melakukan perubahan.Pada diri sendiri juga pada orang sekeliling kita,komuniti.

Tah sendiri bukan dari golongan over weight,jauh sekali obesiti.Namun,tubuh badan yang Allah pinjamkan ini wajib dijaga dan dipelihara dengan baik.Mencegah lebih baik dari mengubati :) Bagi yang ingin melakukan perubahan,andai berkelapangan singgahlah bertandang ke blog ustaz Hasrizal a.k.a Abu Saif.Bukan untuk meniru atau mengamalkan diet yang beliau amalkan (pemilihan diet berbeza mengikut pilihan individu)tetapi meneliti kenapa dan mengapa kita perlu menjaga berat badan dan kesihatan diri keseluruhannya.

Semalam semasa kelas terakhir metabolism (Physiology),kami beajar tajuk obesiti :) hehe...(ooo..patut la bersemangat menulis tentang obesiti..) Obesiti memang menjadi punca kepada banyak penyakit.Antaranya,strok,diabetis dan ketidak suburan (haaa...macam mana nak ramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w? :)) 

Masalah utama obesiti ialah berpunca daripada tabiat hidup yang tidak sihat.Makan secara berlebihan dan tidak bersenam.Namun obesiti juga boleh berpunca dari keturunan.Jadi bakal ibubapa perlu menjaga kesihatan diri agar keturunan kita juga terpelihara.

Sebenarnya sistem tubuh badan kita sendiri diciptakan Allah dengan fitrah tidak sukakan obesiti! Sebagai contoh,hormon Leptin.Leptin dirembeskan oleh adipose tissue(lemak).Semakin banyak lemak,semakin banyak leptin dalam badan kita.Apa fungsi leptin sebenarnya?Leptin bertindak dengan merencatkan(inhibit) feeding centre seterusnya membuatkan membuatkan kita tidak berselera agi untuk makan (kenyang).Hal ini boleh menghalang obesiti dari berlaku.Hebatkan leptin?Hebat lagi Allah s.w.t :) Subhanallah...

Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)

Muslim yang baik,setiap harinya berlalu dengan penambah baikan.Hari ini lebih baik dari semalam.Insya-Allah!
Jom study :D


2 comments:

  1. Over weight & Under weight.. 2 extremes yg x bagus..

    Bersederhanalah dan pertengahan itu lebih baik ^___^

    Selamat mengamalkan diet yg sihat~

    ReplyDelete