Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Kaifahalukum jamiian?(betul ke?hehe..betul la kot kan :P)Asyik cakap bahasa Arab pasar/Amiyah je(Asyik cakap bahasa Melayu sebenarnya,duduk Mesir cakap Melayu,duduk Malaysia pun cakap Melayu...)Sekali sekala cakap la pula Arab fusha kan?Bahasa Al-Quran :)





Tajuk tu saja buat gempak.hehe.Sebenarnya seronok sangat sebab hasil istiqomah selama beberapa hari,inilah hasilnya...Inbox email yang penuh melimpah ruah dan sungguh menyakitkan mata. akhirnya bersih.huhu.Jumlah sebenar sebelum misi berjalan ialah 16,000 +++ dan hari ini Alhamdulillah,misi selesai.Kosong inbox email...Bersih!hehe :D

Sempena musim peperiksaan yang bakal tiba PCT ada membuat perkhidmatan 'wishing swan'.Origami swan kertas disertakan dengan ucapan,teristimewa sempena imtihan.Harganya memang murah,segenih=RM50sen tetapi ingatan sahabat kepada sahabatnya yang lain itulah yang paling bermakna :) Tah menerima empat ekor swan....gembira sangat-sangat.Alhamdulillah,ada lagi hamba Allah yang masih ingat pada Tah.huhu

Swan warna biru daripada Kak Alia:

Tah,hew hew hew,goodluckexam yek~!Insya-Allah najah sama2 tahun ni. 

Swan warna merah jambu daripada adik sc tersayang,Ainin Sofiya...

Kak Tah sayang!Semoga Allah permudahkan urusan akak dunia akhirat!Terima kasih segalanya!! <3 sayang Kak Tah kerana Allah! =)

Swan hijau muda dari Kak Mun,Tah jadi pembantu sc Kak Mun tahun lepas.Tah banyak belajar bagaimana nak menjadi kakak sc(usrah) yang baik dari Kak Mun...

Bittaufiq wannajah,akak doakan awak berjaya =)

yang terakhir dan menyebabkan air mata Tah mengalir swan berwarna merah terang daripada Kak Amal Syairah,kakak sc pertama Tah di Mesir ini.Kata-katanya sungguh menyentuh hati...

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.Apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali bertemu Ilahi.Uhibbuki fillah...bittaufiq untuk imtihan akhir sanah nanti ye <3


Jazakumullahu khaira!


Memberilah dan jangan mengharapkan balasan dari pemberianmu itu.Pemberian yang terbaik insya-Allah ganjarannya kamu akan peroleh di Syurga kelak!amin ya Rabb...

Prinsip Tah,kalau memberi,berilah yang terbaik dan paling kamu ingini buat dirimu juga.Kerana tidak beriman dari kalangan kamu sehingga dia mencintai sahabatnya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.Walaubagaimanapun,bergantung pada kemampuan dan situasi.

Doakan Tah,exam practical semakin hampir...hew hew hew~cuak! :P




No comments:

Post a Comment