Tuesday, March 1, 2011

Selamat Datang ke Setiu!

bendera daerah setiu :P

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam,
esok lebih baik dari hari ini...Insya-Allah :)

Alhamdulillah,hari ini sahabat-sahabat Tah di Tanta nak datang Terengganu.Antaranya,Andi,Jannah,Diyaa,Mira,dan Farhana.Mereka semua sebenarnya satu rumah.Jiran atas rumah Tah je pun.Seorang lagi ahli bait(rumah) mereka ialah Cah(juga kawan Tah di IMTIAZ Dungun dulu),tapi orang Terengganu.Jadi kiranya Tah dan Cah ni jadi tuan rumahlah.

Mereka semua datang dalam 2,3 hari.Tapi Tah tak dapat nak sertai mereka jalan-jalan untuk sepanjang percutian mereka di Terengganu sebab mak dan ayah memerlukan khidmat Tah di rumah.Maklumlah,Tah seorang sahaja anak perempuan yang ada kat rumah sekarang ni.Lagipun majlis perkahwinan abang Tah dah nak dekat,jadi banyaklah persiapan yang nak dibuat :)

Fikir punya fikir,dan selepas berbincang dengan mak dan ayah,Tah mengatur satu 'plan'.hehe.Tah akan sertai mereka jalan-jalan di Terengganu untuk sehari sahaja.Tah berharap sangat kalian(ahli baitul hikmah) dapat datang ke Setiu.Tah dah buat perancangan rapi.Kalian bincang-bincanglah ye dengan Cah(pengarah program ni :P ),Tah buat 'plan' ni untuk sehari semalam...Selamat Datang ke Setiu!!!

Tah nak 'booking' satu hari dari jadual kalian nak jalan-jalan tu.Kalian pilihlah mana-mana hari ye.Okay,mula-mula kalian kena ambil bas SP Bumi dari stesen bas Kuala Terengganu. Naik bas ke Besut,jangan ambil Kuala Besut tau!Beritahu pak cik 'driver' macam ni ye :)

"Pak cik,saya nak turun dekat Pak Kancil,dekat Sekolah Kebangsaan Putera Jaya.Nak turun tepi jalan je.Kami ni tak pernah pergi sana lagi."

haha.kalian ikut je apa Tah tulis tu,insya-Allah selamat kalian sampai ke Kampung Putera Jaya yang selalu Tah ceritakan dulu.hehe.Nanti Tah dan ayah akan tunggu dekat 'bus stop' tepi jalan tu.Kalian datang pagi-pagi tau!Nanti jadual yang Tah 'plan' tak jadi~Lepas tu kita akan pergi sarapan kat kantin sekolah tadi.hehe.'free of charge' sebab mak Tah punya! :D

Okay,lepas tu kita semua akan pergi jalan-jalan kat Pantai Merang dan Pantai Penarek(dekat kampung Tah sebelah mak).Kita pergi jalan-jalan je erk?Kalau Pantai Merang tu memang Tah suka...Cantik!


Lepas tu,kita terus ke Peladang Setiu Agro Resort.Sebenarnya Tah tak ada idea sangat nak bawak kalian pergi jalan-jalan ke mana.Nasib baik Andi cakap nak naik sampan.Teringat pula pada kayak~dah lama tak naik...Jom kita berkayak!!! :P
Selepas penat berkayak,kita akan balik ke rumah Tah.hehe :P Kalian tidur rumah Tah ye.Mak Tah dah 'warning' Tah suruh kemas bilik untuk kalian semua.Jangan terlalu berharap Tah kemas bersih sangat tau.Tah penatlah...haha,terima je ye~~~

Insya-Allah petang tu kita wat BBQ sket :) Menu yang Tah minta mak buatkan ialah ayam percik.Kalau nasib kalian baik,dapatlah kita makan sotong bakar!!!Doalah sotong ada dijual kat pasar hari kalian datang nanti ye :)

Tu je yang Tah 'plan' setakat ni.Kalau kalian ada permintaan lain bolehlah 'request' ye :)
Itu adalah perancanagan Tah.Perancangan Allah kita tak tahu kan?Moga-moga percutian kalian dipermudahkan.Ingat,kita semua kena betulkan niat...hehe.Senang-senang je dapat pahala~

Okaylah,setakat tu je untuk kali ni.Kalau ada sesiapa nak datang jugak ke lepas baca post ni???hehe...Tahun depan kalau Tah balik bercuti musim panas bolehlah datang.Nanti Tah bawak jalan-jalan.Insya-Allah :)

p/s:semua gambar di ambil dari 'encik google'...hehe

Moga Allah Redha...

ATIQAH ABDULLAH
(tah)

4 comments:

  1. waaah~ni yg nk dtg setiu jugaaak! tah balik mesir bila? da confirm inform ya ^___^

    ReplyDelete
  2. hehe...ahlan~kalau Tah tak de,mak n ayah ade nak layan tetamu...
    insya-Allah.setakat ni tak konfem lagi.

    ReplyDelete
  3. luse kmi dtg sn...YEAH~!KMI NAK MANDI PANTAI...NI REQUEST YG WAJIB DITUNAIKAN

    ReplyDelete
  4. Okey je :)
    pape hal call ayah tah ye
    0199773962...bagitau nak ckp ngn tah
    phone tah hantar kedai,tgh repair

    ReplyDelete