Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat Kekasih-Nya,Rasulullah sallahu a'lai wassalam.
Syukur.Hanya itu yang Tah sebagai hamba mampu lakukan.Anugerah Allah yang tak pernah dibayangkan!!! Malaysia~~~Ku jejak tanah airku ini sebelum waktu yang ku rancangkan!Benarlah,Allah itu sebaik-baik perancang.Alhamdulillah.
Tah masih ingat azam tahun baru 2011 Tah baru-baru ni,dah lah yang no.1!!!Nak balik Malaysia~Sebenarnya hati ini memang sangat-sangat rindukan Malaysia.Kalau ikutkan hati Tah memang setiap tahun Tah nak balik Malaysia.Tapi dalam hidup ini,bukan semua benda yang kita nak,kita akan dapat kan?Itu semua banyak Tah belajar sepanjang 17 bulan di Tanta,Mesir.
Kalau nak bercerita tentang 'revolusi' yang berlaku di Mesir memang dah agak basi.Sekarang di media massa tengah hangat bercerita tentang revolusi yang turut tercetus di negara-negara Asia Barat.Terkini Libya.Juga berita baik tentang tiket kapal terbang untuk mahasiswa Mesir insya-Allah akan ditanggung oleh kerajaan.Alhamdulillah.
Sebenarnya hati kecil ini mula dirundung sedih.Ini bermakna makin dekatlah masa untuk Tah tinggalkan Malaysia!Namun,kita kena sentiasa optimis kan?hehe.Macam kawan Tah cakap,belajar medic dah la lama.6 tahun.Kalau pengajian kami ditangguhkan,takkan nak belajar smapai 7 tahun.Tua lah kami nanti!huhu...Apa-apapun,berserahlah pada Allah.Insya-Allah yang terbaik buat kami semua :)
Tah masih ingat lagi,Ummu pernah cakap kat Tah semasa kami sama-sama tak balik ke Malaysia semasa cuti 'summer' tahun lepas.Masa tu,semua kawan-kawan yang balik bercuti sibuk buat status di facebook dan ym :bosanlah duk Malaysia,Aku rindukan Tanta,baru aku tau Tanta lagi best!,nak buat apa erk kat Malaysia??? dan lain-lain status yang sewaktu dengannya.
Padahal kami di Tanta ketika tu hanya mampu menahan kesedihan(huhu) bila tengok gambar kawan-kawan bersama keluarga masing-masing.Ditambah lagi dengan pelbagai juadah yang mampu menggoyahkan iman..haha.Lalu kami berdua menanam tekad dan azam,kalaulah kami dapat balik ke Malaysia,akan kami manfaatkan masa yang ada sebaiknya!(Doakanlah,iman manusia tu kan ada naik dan turunnya :))
Lalu pelbagai rancangan ku susun.Tidak kulupakan senarai makanan yang ingin ku makan sepanjang cuti 'darurat' ni berjalan.hehe.Melawat saudara-mara antara senarai teratas.Pesan mak,"Jangan sekali-kali lupakan saudara-mara kita."Hanya tinggal beberapa rumah lagi perlu Tah pergi.Dua hari lepas,sepanjang pagi dihabiskan bersama-sama ayah melawat saudara-mara terdekat,terutamanya pak cik dan mak cik.
Esok,insya-Allah Tah akan ke Kuantan,melawat keluarga abang dan sepupu di sana.Sebenarnya,abang Tah yang last atau adik-beradik ke-6 dalam keluarga akan melangsungkan perkahwinan.Mungkin 13 @ 15 haribulan 3 ni.Tah bimbang kalau-kalau tak sempat nak jumpa semua orang.Tu yang berjalan sakan cuti ni.
Apa-apapun lepas saja cuti ini,insya-Allah Tah akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester.Sudahlah buku tiada satu pun yang dibawa pulang.Mujurlah ada kawan-kawan yang baik hati yang sudi 'scankan' buku-buku kami.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian :)Doakan Tah najah ye semua!
Semua ini memang Tah tak pernah bayangkan.Balik sebelum yang dirancang.Terperangkap dalam rumah hampir seminggu kerana perintah berkurung dijalankan.Transit di Jeddah selama 6 hari.Kelaparan di sana dan makan meggi 6 cup!hehe.Paling penting dapat tatap dan cium tangan insan-insan yang tersayang! :)
Allahu Akbar!
Alhamdulilah.
Tah~Kampung Putera Jaya,
Setiu,Terennganu,
Malaysia tercinta! :)
saya juga rindu bumi Putera Jaya
ReplyDeleteNANTI SY G KAMPUNG TU..!!!!
ReplyDeletemalu la saye .. hehe
ReplyDeleteTah, kite pun tak terlawat sedara2 macam Tah. I respect you la sis! ** tade transport **
InsyaAllah masa yang ada kita manfaatkan, terima kasih Tah ingatkan balek kata2 kite yg poyo tu. hehe :)
rindu Tah. Take care~ :)
kak tikah:hehe~baliklah kampung ^_^
ReplyDeleteAndi:"Selamat Datang Ke Kampung Putera Jaya" :P
Ummu:hehe..saya tau awak sangat pemalu..haha~okeh,manfaatkan masa yang ada..(^_^)V
tah,,,x dpt dtg...ottoke???
ReplyDelete