Tuesday, January 4, 2011

Sahabat Dunia Akhirat : Andi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sahabat,pada Tah tanpa mereka Tah takkan mampu berdiri di mana Tah berada sekarang! (biiznillah,kerana Allah juga yang mempertemukan Tah dengan mereka,insan-insan yang hebat ini; post permulaan.)Kata a'lim: Agama seseorang itu diukur pada dengan siapa dia bersahabat,sahabat itu cermin pada setiap mukmin~

ANDI ADLYANA BINTI ANDI ANWAR,terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku.Sudikah kiranya kau bersama-samaku mengejar cita-cita kita yang agung : ke syurga! (maaf andi kalau ejaan namamu salah! aku sahabat yang cuai~)

Gembira.Itu perasaan Tah apabila mula-mula mengenalimu! Bersahabat dengan orang Sabah~teruja.Kamu mudah didekati.Kita banyak persamaan.Walau ada perbezaan :) Masa tahun satu,rumah Andi bawah rumah Tah,sekarang rumah Andi atas rumah Tah~Terasa masih ada yang sayang apabila Andi bersungguh-sungguh mengajak Tah ikut serta ke Group D.Alhamdulillah,Tah bahagia di sini.Berkongsi cerita 'asmara'bersama-sama sambil berlari melintas jalan menuju ke gamaah.

Kata orang,berkongsi sesuatu dengan orang yang mengalami dan senasib dengan kita akan lebih bermakna dan difahami.Walaupun jalan kejayaan itu bukan mudah untuk kita Andi,tapi Tah yakin itu bukan mustahil!kan?chaiyok Andi!!!

Andi,aku bangga dengan perkembangan baik tentang kemajuan kau dalam belajar bahasa Terengganu! Hampir setaraf dengan orang Terengganu suda~huhu.Cubalah turunkan ilmumu pada Diyaa pula,kesian aku tengok diyaa cakap Terengganu!(power sungguh cikgu Cah ajar korang satu rumah!)

***************************************************************
babak di kelas anatomy.

sedang semua pelajar Malaysia berusaha menahan mata untuk mendengar lecture yang masih berbaki 45 minit,aku pula mengambil giliran untuk mengurut Andi.Tadi,satu jam pertama aku dah mengantuk.Andi picit situ, picit
sana.Bagi gula-gula.Akhirnya 'mengantuk' aku hilang!Kini Andi pula mengalami 'symptoms' yang telah aku alami tadi.haha.Begitulah adat belajar~
"Tah,cuba kau pukul belakang aku.Kuat-kuat!"pinta Andi.
"ok!"aku masih menumpukan mata pada wajah doktor di hadapan.Bimbang-bimbang doktor perasan gelagat kami yang tak duduk diam itu.
"dam,dam,dam!"satu demi satu pukulan hinggap di belakang Andi.Tiba-tiba,
"You want to use my hand?my hand is bigger and stronger than you!"Doktor arab itu memandang tepat ke arah kami berdua sambil menunjukkan tangannya yang 'sasa'!!!
Ambil kau Andi!haha.Dan kami pun meneruskan sisa-sisa waktu pembelajaran Anatomy hari itu dengan tidak mengantuk lagi!
gambar Andi paling 'putih'!weeeeeeeeeee~carilah sendiri ye :)
*****************************************************************************

Teringat lagi Tah kenangan tahun satu semasa kita sama-sama menempuh summer yang hangat!Hanya Allah yang Maha Tahu peritnya ujian tu kan?Moga-moga kita belajar sesuatu dari ujian Allah itu!

Andi suka masak nasi lembik!huhu~Andi tak suka nasi goreng,"macam makan nasi mentah bha!"haha.'bha' tu Tah tambah ok!Kita share duit 10 genih sorang dengan Shepah juga,gara-gara kempunan nak makan daging 'fresh'.Oklah kan~

Teringat bila Tah cakap kat Andi yang kalaulah 'result' tahun satu dah tak diperlukan untuk sebarang urusan,Tah nak buang!Tapi Andi cakap,"sayang kot Tah,Aku mahu tunjuk pada anak-anakku nanti!" Andi,Tah terus batalkan niat untuk buang 'result' tu dan ada seperkara lagi yang kau harus tahu.Cerita tentangmu juga akan aku ceritakan pada anak-anakku nanti!Insya-Allah~

Terima kasih kerana Tah juga dapat kenal Mira yang comel serta ahli bait Andi yang lain(Cah terkecuali).Dapat kenal dan berukhuwah dengan sahabat-sahabat Group D yang best2!!! Walau ukhuwah ini masih baru usianya,namun itu bukan ukuran!Andi,jom sama-sama ikhlaskan niat berukhuwah kerana Allah!!! Mahu berukhuwah lagi denganmu di syurga kelak!AMIN!!!!(juga buat kalian,sahabat-sahabatku dunia akhirat!)

p/s:post ringkas ini takkan cukup untuk Tah perihalkan segala-galanya tentang ukhuwah kami.Yang lebih penting untuk kalian semua tahu,Tah sayangkan Andi kerana Allah!

wassalam.

5 comments:

  1. best giler post neyh weyh...........suke ar tah thanxxxx sgt~!

    ReplyDelete
  2. mestilah andi~
    post pasal kau kot! :P
    afwan!

    ReplyDelete
  3. cah terkecuali sebab cah kawan tah sejak ID..huhu
    sian cah..takut cah terasa :D

    ReplyDelete
  4. salam..

    saya mendoakan agar awak dan kawan2 yang lain berjaya dalam pengajian..amin..

    **follow ur blog...****46

    ReplyDelete