Wednesday, May 8, 2013

butir nangka


dah macam plasticine XD
Salam.fuh.fuh.fuh!(bajet berhabuk) lamanya tak update blog.kekeke.Busy la katakan! :P

Tah memang macam tu,start musim exam je,start la Tah update blog -___-"

Tadi lapar plus mengidam nak makan macam2.hukhuk

Duduk negara orang ni kena rajin.Kalau nak harapkan orang lain buatkan untuk kita tu....hurm...hurm...hurm....huhu.so,konklusinya = buat la sendiri ye!
tau la nak cepat kan.dah macam saiz butir nangka real.hehe
enjoy buat ni!

tada!!!!! the results :D
Resepi?cari la kat myresepi nuh.Tah pun tengok kat situ je.Takde kaler hijau.Buat la kuning~~~
 Sekian.



Friday, February 8, 2013

surat cinta buatmu ^^


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh J
Buat ukhti yang disayangi kerana Allah s.w.t…insya-Allah
Mungkin kalian pernah membaca kata-kata ini.Aku kongsikan juga buat kalian kerana padaku nasihat ini amat terkesan buatku dan semoga ianya juga bermanfaat buat kalian.

Sama-sama kita muhasabah diri.

“Solat itu umpama rehat dari kesibukan dunia bagi orang mukmin.Seharian kita sibuk dengan urusan dunia,adakah Allah ada di hati kita?Selalu dengar bukan,berhenti sejenak…beriman seketika.Ayuh lakukannya dalam solat kita.Seorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya ketika mana dia sujud.Panjangkanlah sujud kita.”

Mengadulah tentang rindu kita kepada-Nya dalam solat.Merintihlah tentang kezaliman dunia kepada kita dalam solat.Menangislah menginsafi dosa-dosa kita dalam solat.Jadilah diri kita yang fitrah dalam solat.
Solat itu tiang agama.Amalan pertama yang akan dihisab kelak.Bagaimana solat kita?Adakah solat kita telah mencegah kita dari melakukan kemungkaran?
Allah…Allah…Allah.
Ampunilah dosa-dosa kami…

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Selamat belajar buat sahabat-sahabat yang baru memulakan kuliah hari ini.Marilah sama-sama kita ikhlaskan diri untuk belajar ilmu Allah yang mulia.Sama-sama kita saling memperingati untuk perkara-perkara kebaikan juga dalam perkara kesabaran.Semoga kejayaan kita kelak bermanfaat buat Islam,insya-Allah.

سيروا على بركة الله

Aku yang mencintai kalian kerana Allah s.w.t ,insya-Allah
Atiqah Abdullah



Monday, February 4, 2013

home alone

assalamualaikum.

wah,lamanya tak menulis kat blog >.< dah lupa gaya penulisan yang biasa digunakan.hehe ^^
ni pun saja-saja mengada nak tulis blog sebab dan bosan buat status kat fb XD boleh tak?huhu

hari ni dah masuk minggu ke dua cuti musim sejuk.Sudah selamat berjalan-jalan selama seminggu ke Luxor-Aswan-Abu Simbel...Kat mana tu?google la ye :) nak upload gambar banyak-banyak pun tak sempat lagi nak kumpul koleksi-koleksi gambar dari kawan-kawan yang pergi bersama-sama tempoh hari.Maklum lah hp Tah ni tak muat gambar banyak.Lagi-lagi kalau gambar-gambar tu comel XD

Ahli Bait yang tahun 6 dah pun dapat result mereka.Semua najah.Gembira untuk mereka.Sedih untuk Tah.hukhuk.Dah tak ada orang nak tegur Tah kalau Tah buat salah.Dah tak ada orang nak layan Tah merepek maghrib-maghrib.Dan dan dan...

Mereka semua ke Cairo dan boleh kata berjalan seluruh Mesir lah.Maklum lah orang dah nak balik Malaysia untuk selama-lamnya! >.< Pulak tu,berjalan dengan keluarga...Best kan? :') Sabar Tah...masanya akan tiba!insya-Allah...amin

Semalam Kak Wani pesan,dia dah masakkan Tah dan Kak Mehah lauk extra.Untuk lusa sekali.huhu.Lauk kegemaran Tah kat Mesir,ayam masak lemak cili padi...Air tangan orang noghori pulak tu.pergh!Tapi....hehe.tadi masa makan petang(sepatutnya makan malam :P) Tah dah habiskan semua bahagian Tah.haha.Nasib lah.Esok la baru fikir nak makan apa :D Kak Mehah keluar,katanya ada kerja sket.Tinggallah Tah,merepek dengan laptop ni sorang-sorang.

Kadang-kadang duduk sorang-sorang ni bahaya kan?Asyik makan je kerjanya. T__T hari tu masa travel boleh je berlapar.huhu.Tapi serius,Tah bukan jenis orang yang boleh tahan lapar lama-lama...Nanti bila dapat makanan lagi teruk jadinya.Dah tak boleh nak telan.Orang kata masuk angin eh?Rasa nak muntah balik :P

Tadi minta no telefon ustazah mengaji dari Cik Ezira (rasanya tak pernah lagi cerita pasal ezira kan kat blog?hehe.nanti2 eh...macam la ramai org baca blog dia!ahaks...suka hati la kan?ni blog sape?Blog Tah!haaa..pandai pun XD)...Rasa dah berkarat bakat menghafal AQ T___T Insya-Allah bakal mulakan balik kelas mengaji.

Sekarang ni macam-macam benda berlaku.Maklum lah umur dah nak masuk 22 :D hormon tak stabil?eh..hehe.Tah suka dengan hadis ni:


وَقَالَ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم كل بنى آدم خطاء
وَخير الْخَطَّائِينَ التوابون
رواه أحمد وهو حديث حسن
مي (2727) ت (2499) جه (4251) كلهم من طريق علي بن مسعدة عن قتادة عن أنس به،
وقال الترمذي: " هذا حديث غريب، لا نعرفه إلا من حديث علي بن مسعدة عن قتادة ".

Setiap anak adam itu melakukan dosa.Sebaik-baik orang yang berdosa(pendosa) adalah mereka yang bertaubat.

Umur dah makin tua.(tau pun,sedar diri!)Kena banyak muhasabah diri...
Semoga cuti yang berbaki beberapa hari lagi ni mampu memberikan sesuatu buat Tah...2 nikmat yang selalu manusia lupakan,nikmat sihat dan nikmat masa lapang!kan?
Doakan Tah kuat di sini...dan semoga Allah membalas doa-doa kalian dengan perkara yang sama buat kalian,bahkan lebih dari itu.amin~

Tah selalu takut bila dengar berita kematian ibubapa kawan-kawan.Sebab tak dapat bayangkan macam mana keadaan Tah kalau mak dan ayah dah tak ada.Tapi tanpa Tah sedar,ada juga berita kematian yang diterima oleh ibu bapa.Anak-anak mereka terlebih dahulu meninggalkan dunia ini.Seusia Tah,lebih muda atau lebih tua.


Saturday, November 24, 2012

Untuk Kak Za

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Lepas kelas tadi bergegas ke pasar untuk beli ikan dan buah-buahan sebab hari ni giliran Tah untuk sediakan makanan kepada sahabat kami di Tanta,Ummu Nabilla Shuhardi.Adik usrah Tah sesi lepas.Ummu Nabilla sedang diuji Allah dengan ujian yang berat.Sakit.Terlibat dalam kebakaran kecil di makmal namun,kesannya agak parah kepada diri beliau.Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau.amin

Tah memang suka pergi pasar,sebab dapat pilih barang-barang untuk masak yang segar-segar.Tengah tunggu pakcik yang jual ikan tu siang ikan,Tah tegur seorang budak lelaki comel yang didukung oleh mamanya yang juga membeli ikan dengan pakcik tersebut.

masa ambil gambar malu-malu ;)

Tah memang pantang kalau tengok budak-budak ni >.< Tah pun usik-usik dia.Dia buat muka dan mengelak[macam tak suka! :( ] Mama dia cakap kat dia kenapa tak nak?Dia buat muka lagi!huhu.Lepas tu mama dia cakap,"هي عسل"a'sal tu maksud asalnya madu.Biasanya orang Arab guna untuk melambangkan sifat yang baik,cantik dan lain-lain maksud yang positif ^_^ Kira mama dia cakap kat Tah la tu.haha :P Budak kecil tu bertanya kembali kepada mamanya dengan muka yang hairan dan teruja!"عسل؟"mama dia mengangguk kecil...

Cepat-cepat dia bagi pipi,minta 'bus' aka cium.Tah pun cium budak kecil tu.Barulah dia senyum!Lepas tu Tah bayar duit kepada pakcik jual ikan tu.Sebelum balik,mama dia cakap,budak kecil tu minta dicium sekali lagi!Ya Allah,comelnya budak ni...Kalau jumpa sekali lagi,memang Tah angkut balik Malaysia lah ^_^ selepas cium kali kedua,kami berpisah :)

Seronok jumpa budak yang baik macam ni.

*Kalau dah sekali update blog tu,setiap hari ada post baru....bila cik MALAS datang,berbulan-bulan blog dibiarkan blog ni bersawang!hehe...

sekian.


Friday, November 23, 2012

Impianku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan.

Kalau anda pengunjung setia blog Tah(eceh,perasan!),pasti kalian perasan yang suatu ketika dulu Tah ada letak satu kotak kat bahagian tepi sebelah kanan blog Tah ni,Impian-impian Tah~Tapi dah buang.hehe.Tah pun tak ingat kenapa.Mungkin masa tengah frust xdapat naik tahun kot >.< Macam budak-budak kan?huhu.

Dulu,sebab utama Tah letak benda alah tu kat blog ni sebab Tah pernah tengok satu video yang sangat memberikan Tah insiprasi di Youtube.Bila Tah cari semula,dah tak jumpa.Mungkin Tah yang lupa tajuk video tu.Video itu mengisahkan seorang lelaki Indonesia yang terinspirasi daripada gurunya untuk senaraikan semua impian dalam hidup di atas satu kertas yang besar.Dia mengenaraikan sebanyak 100 impiannya.Setiap kali impiannya berjaya dikecapi,dia akan 'potong'.Satu demi satu impian dia tercapai.Ketika video itu dibuat dia telah pun mencapai hampir 80+ kalau tak silap daripada impian-impian yang telah dia senaraikan.Impian dia bukan biasa-biasa tau!Impian-impian 'kecil' pun disenaraikan.

Kadang-kala kita punya impian,punya cita-cita,punya harapan.Tapi kita lupa akan impian kita,lantas kita tidak berdoa untuk sampai kepada impian kita itu.Itu tujuan utama kita tampal impian kita.Agar kita sentiasa ingat,sentiasa berdoa,sentiasa berusaha mencapai target kita itu.

Kedua,kita membuatkan orang-orang yang membacanya untuk mengingatkan sekiranya kita lupa.Mendoakan kejayaan kita dan tumpang gembira atas pencapaian kita.

Kenapa Tah bercerita tentang sesuatu yang telah Tah 'buang' ni?hehe.Insya-Allah bila ada masa sikit esok,lusa atau bila-bila...Tah akan letak balik ^_^ Sebenarnya hari ni dapat berita gembira dari Malaysia.Abang dan kakak Tah yang baik sangat di Malaysia tu sudi menaja Tah untuk bercuti pada cuti musim sejuk nanti dengan syarat Tah kena belajar bersungguh-sungguh,insya-Allah.Alhamdulillah.

Niat di hati nak ke Luxor dan Aswan.Tapi kena dapat izin dari mak dan ayah dulu.Mak macam biasa,keselamatan mesti terjamin,baru dapat pergi.Tengah-tengah seronok membayangkan Luxor dan Aswan di depan buku Parasite,tiba-tiba Tah teringat akan impian-impian Tah sebelum ni.

Rupa-rupanya dah banyak yang tercapai.Walaupun ada yang dapat setelah setahun ditangguhkan seperti naik ke tahun 3.Tah dah pergi jalan-jalan Sinai,Fayyoum dan insya-Allah akan datang Luxor dan Aswan.Memang la tak ke luar negara macam kawan-kawan yang lain,tapi dah luar dari Malaysia dan Tanta.hehe.Alhamdulillah...

Cepat atau lambat.Itu bukan urusan kita.Bila lambat Allah bagi,kemanisan mengecapi impian kita itu lebih bermakna!Kadang-kadang kita memasang impian yang salah!Teringat Tah satu ayat Al-Quran tapi Tah lupa surah apa,maksudnya lebih kurang begini...

"Mereka bersungguh-sungguh berdoa,sedangkan mereka tidak sedar perkara itu tidak baik untuk mereka"

Bila baca ayat tu rasa takut sangat.Baik atau buruk sesuatu perkara bukan dalam ilmu kita.Itu ilmu Allah s.w.t.Sebab itu,setiap kali berdoa jangan lupa berdoa agar dikurniakan sesuatu yang baik di sisi-Nya juga.

Dah nak masuk dua bulan Tah kembali ke Mesir selepas cuti musim panas yang panjang :) Alhamdulillah.Bersama keluarga memang tak pernah puas.Rasa macam sekejap sangat.Seronok dapat jumpa anak buah baru yang dah besar!Khaira Auni,anak Abang Amir dan Kak Ain.Seronok dapat tengok wajah-wajah insan tersayang.Gembira melihat Malaysia yang hijau ^_^

Kembali ke Mesir,bermakna tugas besar yang tergalas di bahu ini harus diteruskan.Tahun tiga yang memenatkan.Cuti hanya sehari seminggu.Itu pun segala program persatuan,semuanya nak buat hari Jumaat,cuti yang sehari itu.huhu.Seronok juga hidup dalam kesibukan.Kurang sikit lagha...(ye2 je :p )

Too much to learn,too much to remember!Doakan Tah dan kawan-kawan ye!

Nikmat yang sering kita lupa...kesihatan dan masa lapang.Allah~~~

Jauh lagi perjalanan bintu sabil ini di bumi Mesir...

Tuesday, July 10, 2012

Inikah perasaan orang yang sudah habis exam? :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...

Allahu Akbar! :')

Tinggal 2 minggu dari sekarang,andai Allah izin untuk Tah pulang ke tanah air,tanah kelahiran,Terengganu Darul Iman,Malaysia...Semoga perancangan Allah selari dengan perancangan Tah sebagai hamba.(Doakan perancangan Tah inilah yang terbaik pada ilmu Allah s.w.t).Bimbang kadang-kadang kita sebagai hamba hanya merancang pada tahap ilmu kita yang tidak sampai setitik dari ilmu Allah s.w.t ini.

Musim panas seperti biasa.Kering.Tanta sudah hampir 3 bulan tidak dibasahi air hujan.Habis sahaja exam,terus ke pasar bersama-sama teman seperjuangan,teman dunia & akhirat insya-Allah Ummu Afiqah untuk membeli buah-buahan.Kata mahu jadi doktor kan? :) Haruslah jaga kesihatan.hehe

Balik dari pasar kami meneruskan misi selepas exam dengan mengisi perut yang sudah kelaparan.Destinasi kami-->Moments.Gambar itu gambar selepas exam Physiology sebulan yang lepas.hehe.(Brownie je gambar semasa kami makan tadi :))Nasib kami kurang baik tadi kerana menu baru yang belum pernah kami rasa tetapi tetap kami pesan atas dasar cuba jaya telah gagal menepati selera kami terutamanya Tah :D sebagai anak kampung sejati :) (muka bangga sikit!)Nasib baik brownie tu sedap!Jazakillah Cik Ummu Afiqah kerana belanja ana :P

Selepas melepak-lepak di Moments dan menikmati suhu kedai makan itu yang nyaman hasil penggunaan penghawa dingin yang mampu menipiskan lapisan ozon(Kata Ummu tidak mengapa,lapisan ozon hanya akan menipis kerana penggunaan penghawa dingin setelah 100 tahun
 (-.-") ceiitttt... kami beredar untuk ke Fatahalla,gedung membeli-belah yang terbesar di Tanta!(cuba baca dengan nada teruja.pergh!) (-.-") Maklumlah orang ada exam,mana ingat nak beli barang-barang keperluan harian.huhu.(lain kali Tah upload gambar Fatahalla yang gah itu ya! :P)

Seronok duduk Mesir ini kerana rakyatmya amat suka mendoakan kita atau sesiapa sahaja.Tah yang tak berapa nak pemalu dan peramah lebih ini telah memaklumkan perihal diri Tah yang sudah habis exam ini kepada beberapa individu yang Tah kenal rapat dan kenal biasa-biasa(Amu=pak cik yang bekerja di universiti.Malangnya bekerja sebagai apa tidak dapat dikenalpasti).Mereka semua mendoakan Tah dengan doa yang baik-baik semoga najah imtihan kali ini.(woah,siapa yang tidak merasa terharu?sudah lah doanya dalam bahasa arab~feel dia lebih!!! :P)Kalian yang membaca blog ini juga,Tah dengan rendah diri minta diri hamba yang hina ini didoakan dengan doa yang baik-baik.Terima kasih! :)

Balik ke rumah.Oh,ini yang tak best!(Rumah Tah best,jangan salah anggap!)Teringat pada Kak NurulHusna Ahmad Sani dan adik kandungnya NurulHuda Ahmad Sani yang kini berada di Turkey untuk program seminar ke apa ntah.huhu.Tah pun malas nak cerita panjang-panjang.Nanti bukan ada yang faham pun.haha.Tah gembira untuk mereka.Kak Husna cakap dia seronok kerana kali ini dia dapat pergi ke Turkey atas urusan kerja dan juga melancong bersama adiknya.Tapi Tah rindukan mereka.SOBSSSSSSS.


Bagi anak yang lahir dalam keluarga yang besar macam Tah ini,Tah tak betah duduk seorang diri tanpa teman.Cewah! :)) Sebenarnya ada je lagi ahli bait yang lain.huhu.Tapi rasa macam tak lengkap.SUWIT kan Tah?muhahaha...

BROWNIE yang sedap! 
Sepanjang 'study leave' ini terlalu banyak hak-hak yang Tah abaikan...huwaaa :'( Jangan tiru aksi ini di rumah!Tekadnya fatrah pasca-imtihan ini ingin dimanfaatkan sebaik-baiknya terutamnya untuk insan-insan yang banyak berbakti pada diri ini,ahli bait dan sahabat-sahabat seperjuangan.Insya-Allah.

"Siapa masak esok?"
"Kak Meha,kenapa Tah?"
"Nak tak kalau Tah masakkan?"
"Wah seronoknya.."
"Tah nak masak apa?"
"Tak tahu lagi...Kak Meha nak makan apa?kalau Tah tahu buat, insya-Allah Tah buat"
"Nasi Kerabu."
"erk,mana ada ikan" (alasan)

hehe...masak jelah ye apa yang ada di dapur! :) Janji dengan penuh kasih-sayang ye Kak Meha! Pasti mee goreng pun rasanya seperti Nasi Kerabu.Ahaksssss :))

Tah rasa bahagia.Alhamdulillah.Semoga kalian juga bahagia :) insya-Allah...

*Kena rancang betul-betul cuti ini supaya tidak lagha...hehe





 

Doakan!