Monday, June 10, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian Alam.Sedar tak sedar,kita sudah masuk ke bulan Sya'aban.Semoga Allah sampaikan kita pada bulan penuh kemulian,Ramadhan Al-Mubarak!Amin ya Rabb~

Sudah tiga bulan lebih senior-senior kesayangan saya pulang ke Malaysia.Dengar kata sedang berkursus induksi dan bakal bertugas sebagai doktor pelatih tidak lama lagi.Gembira untuk mereka.

 Saya mula mengenali pasangan adik-beradik,Nurulhusna Ahmad Sani dan Nurulhuda Ahmad Sani (Kak Husna dan Kak Huda) sejak mula-mula menjejak kaki di Mesir.Sebelum tiba di Mesir,saya banyak belajar tentang selok-belok kehidupan dan cara pembelajaran di sini dari mereka melalui Yahoo Messenger.

Apa yang membuatkan semua junior mudah untuk kenal mereka berdua?Selain rupa mereka yang ada antara kami berpendapat sangat iras,kami mudah mengenali mereka melalui pemakaian mereka.Bertudung labuh. Mereka sering mengenakan Tudung Cempaka,dengan taburan bunga-bunga kecil.

Bersama Kak Huda,Kak Husna dan dua orang senior serumah yang lain ketika majlis graduasi mereka di Universiti Tanta,Mesir.
Ketika di tahun dua,saya berpindah masuk ke rumah sewa mereka menjadikan saya seorang sahaja junior dalam kalangan senior-senior yang hebat.Ketika itu saya berada dalam tempoh antara yang paling sukar dalam hidup saya,iaitu terpaksa mengulang tahun.

Mereka sangat sabar dengan kerenah saya.Selalu ada ketika saya susah dan senang.Selalu memberikan nasihat yang baik.Banyak kenangan bersama mereka.Solat berjemaah,makan dalam talam,bergurau senda dan macam-macam lagi.

Saya mula tertarik untuk memakai Tudung Nur lebih-lebih lagi selepas bergaul dengan mereka.Saya mengirim tiga helai Tudung Nur melalui sahabat yang pulang ke Malaysia.Saya paling suka Tudung Nur dengan potongan bundar,dan biasanya saya memilih saiz yang paling besar iaitu 36 kerana saya seorang yang tinggi.Jahitannya kemas,sekarang terdapat pelbagai jenis corak dan warna juga kain yang berkualiti.Malah sesetengah jenis Tudung Nur seperti Tudung Kaktus sangat sesuai untuk pelajar dan bakal doktor seperti saya kerana ianya tahan lasak malah tidak perlu digosok!hehe...

Apa yang kelakar apabila dikenangkan ialah walaupun mereka berdua telah pulang ke Malaysia namun imej Tudung Nur yang mereka pakai tetap segar dalam ingatan kami para junior.Apa tidaknya,baru-baru ini saya keluar ke kedai runcit berdekatan rumah untuk membeli sedikit barang keperluan dapur.Terserempak pula dengan seorang sahabat.Kami pun bersalaman dan bertanya khabar seperti biasa.Tiba-tiba sahabat saya berkata,

"Bila tengok awak pakai tudung ini teringat pada Kak Huda dan Kak Husna" :')

Alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat berita bahawa mereka berdua telah pun mendirikan rumahtangga!Malah ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung mereka masih memilih Tudung Nur sebagai pelengkap busana muslimah mereka di hari berbahagia itu.

Selamat Tinggal Mesir~Menghantar Kak Husna dan Kak Huda di Cairo International Airport-pulang untuk berbakti kepada agama dan negara!


2 comments:

  1. Mana x de pun gambar pengantin >.< hehe x habis ulangkaji past yr Q's ke? XP

    ReplyDelete