Saturday, November 24, 2012

Untuk Kak Za

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Lepas kelas tadi bergegas ke pasar untuk beli ikan dan buah-buahan sebab hari ni giliran Tah untuk sediakan makanan kepada sahabat kami di Tanta,Ummu Nabilla Shuhardi.Adik usrah Tah sesi lepas.Ummu Nabilla sedang diuji Allah dengan ujian yang berat.Sakit.Terlibat dalam kebakaran kecil di makmal namun,kesannya agak parah kepada diri beliau.Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau.amin

Tah memang suka pergi pasar,sebab dapat pilih barang-barang untuk masak yang segar-segar.Tengah tunggu pakcik yang jual ikan tu siang ikan,Tah tegur seorang budak lelaki comel yang didukung oleh mamanya yang juga membeli ikan dengan pakcik tersebut.

masa ambil gambar malu-malu ;)

Tah memang pantang kalau tengok budak-budak ni >.< Tah pun usik-usik dia.Dia buat muka dan mengelak[macam tak suka! :( ] Mama dia cakap kat dia kenapa tak nak?Dia buat muka lagi!huhu.Lepas tu mama dia cakap,"هي عسل"a'sal tu maksud asalnya madu.Biasanya orang Arab guna untuk melambangkan sifat yang baik,cantik dan lain-lain maksud yang positif ^_^ Kira mama dia cakap kat Tah la tu.haha :P Budak kecil tu bertanya kembali kepada mamanya dengan muka yang hairan dan teruja!"عسل؟"mama dia mengangguk kecil...

Cepat-cepat dia bagi pipi,minta 'bus' aka cium.Tah pun cium budak kecil tu.Barulah dia senyum!Lepas tu Tah bayar duit kepada pakcik jual ikan tu.Sebelum balik,mama dia cakap,budak kecil tu minta dicium sekali lagi!Ya Allah,comelnya budak ni...Kalau jumpa sekali lagi,memang Tah angkut balik Malaysia lah ^_^ selepas cium kali kedua,kami berpisah :)

Seronok jumpa budak yang baik macam ni.

*Kalau dah sekali update blog tu,setiap hari ada post baru....bila cik MALAS datang,berbulan-bulan blog dibiarkan blog ni bersawang!hehe...

sekian.


Friday, November 23, 2012

Impianku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan.

Kalau anda pengunjung setia blog Tah(eceh,perasan!),pasti kalian perasan yang suatu ketika dulu Tah ada letak satu kotak kat bahagian tepi sebelah kanan blog Tah ni,Impian-impian Tah~Tapi dah buang.hehe.Tah pun tak ingat kenapa.Mungkin masa tengah frust xdapat naik tahun kot >.< Macam budak-budak kan?huhu.

Dulu,sebab utama Tah letak benda alah tu kat blog ni sebab Tah pernah tengok satu video yang sangat memberikan Tah insiprasi di Youtube.Bila Tah cari semula,dah tak jumpa.Mungkin Tah yang lupa tajuk video tu.Video itu mengisahkan seorang lelaki Indonesia yang terinspirasi daripada gurunya untuk senaraikan semua impian dalam hidup di atas satu kertas yang besar.Dia mengenaraikan sebanyak 100 impiannya.Setiap kali impiannya berjaya dikecapi,dia akan 'potong'.Satu demi satu impian dia tercapai.Ketika video itu dibuat dia telah pun mencapai hampir 80+ kalau tak silap daripada impian-impian yang telah dia senaraikan.Impian dia bukan biasa-biasa tau!Impian-impian 'kecil' pun disenaraikan.

Kadang-kala kita punya impian,punya cita-cita,punya harapan.Tapi kita lupa akan impian kita,lantas kita tidak berdoa untuk sampai kepada impian kita itu.Itu tujuan utama kita tampal impian kita.Agar kita sentiasa ingat,sentiasa berdoa,sentiasa berusaha mencapai target kita itu.

Kedua,kita membuatkan orang-orang yang membacanya untuk mengingatkan sekiranya kita lupa.Mendoakan kejayaan kita dan tumpang gembira atas pencapaian kita.

Kenapa Tah bercerita tentang sesuatu yang telah Tah 'buang' ni?hehe.Insya-Allah bila ada masa sikit esok,lusa atau bila-bila...Tah akan letak balik ^_^ Sebenarnya hari ni dapat berita gembira dari Malaysia.Abang dan kakak Tah yang baik sangat di Malaysia tu sudi menaja Tah untuk bercuti pada cuti musim sejuk nanti dengan syarat Tah kena belajar bersungguh-sungguh,insya-Allah.Alhamdulillah.

Niat di hati nak ke Luxor dan Aswan.Tapi kena dapat izin dari mak dan ayah dulu.Mak macam biasa,keselamatan mesti terjamin,baru dapat pergi.Tengah-tengah seronok membayangkan Luxor dan Aswan di depan buku Parasite,tiba-tiba Tah teringat akan impian-impian Tah sebelum ni.

Rupa-rupanya dah banyak yang tercapai.Walaupun ada yang dapat setelah setahun ditangguhkan seperti naik ke tahun 3.Tah dah pergi jalan-jalan Sinai,Fayyoum dan insya-Allah akan datang Luxor dan Aswan.Memang la tak ke luar negara macam kawan-kawan yang lain,tapi dah luar dari Malaysia dan Tanta.hehe.Alhamdulillah...

Cepat atau lambat.Itu bukan urusan kita.Bila lambat Allah bagi,kemanisan mengecapi impian kita itu lebih bermakna!Kadang-kadang kita memasang impian yang salah!Teringat Tah satu ayat Al-Quran tapi Tah lupa surah apa,maksudnya lebih kurang begini...

"Mereka bersungguh-sungguh berdoa,sedangkan mereka tidak sedar perkara itu tidak baik untuk mereka"

Bila baca ayat tu rasa takut sangat.Baik atau buruk sesuatu perkara bukan dalam ilmu kita.Itu ilmu Allah s.w.t.Sebab itu,setiap kali berdoa jangan lupa berdoa agar dikurniakan sesuatu yang baik di sisi-Nya juga.

Dah nak masuk dua bulan Tah kembali ke Mesir selepas cuti musim panas yang panjang :) Alhamdulillah.Bersama keluarga memang tak pernah puas.Rasa macam sekejap sangat.Seronok dapat jumpa anak buah baru yang dah besar!Khaira Auni,anak Abang Amir dan Kak Ain.Seronok dapat tengok wajah-wajah insan tersayang.Gembira melihat Malaysia yang hijau ^_^

Kembali ke Mesir,bermakna tugas besar yang tergalas di bahu ini harus diteruskan.Tahun tiga yang memenatkan.Cuti hanya sehari seminggu.Itu pun segala program persatuan,semuanya nak buat hari Jumaat,cuti yang sehari itu.huhu.Seronok juga hidup dalam kesibukan.Kurang sikit lagha...(ye2 je :p )

Too much to learn,too much to remember!Doakan Tah dan kawan-kawan ye!

Nikmat yang sering kita lupa...kesihatan dan masa lapang.Allah~~~

Jauh lagi perjalanan bintu sabil ini di bumi Mesir...

Tuesday, July 10, 2012

Inikah perasaan orang yang sudah habis exam? :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...

Allahu Akbar! :')

Tinggal 2 minggu dari sekarang,andai Allah izin untuk Tah pulang ke tanah air,tanah kelahiran,Terengganu Darul Iman,Malaysia...Semoga perancangan Allah selari dengan perancangan Tah sebagai hamba.(Doakan perancangan Tah inilah yang terbaik pada ilmu Allah s.w.t).Bimbang kadang-kadang kita sebagai hamba hanya merancang pada tahap ilmu kita yang tidak sampai setitik dari ilmu Allah s.w.t ini.

Musim panas seperti biasa.Kering.Tanta sudah hampir 3 bulan tidak dibasahi air hujan.Habis sahaja exam,terus ke pasar bersama-sama teman seperjuangan,teman dunia & akhirat insya-Allah Ummu Afiqah untuk membeli buah-buahan.Kata mahu jadi doktor kan? :) Haruslah jaga kesihatan.hehe

Balik dari pasar kami meneruskan misi selepas exam dengan mengisi perut yang sudah kelaparan.Destinasi kami-->Moments.Gambar itu gambar selepas exam Physiology sebulan yang lepas.hehe.(Brownie je gambar semasa kami makan tadi :))Nasib kami kurang baik tadi kerana menu baru yang belum pernah kami rasa tetapi tetap kami pesan atas dasar cuba jaya telah gagal menepati selera kami terutamanya Tah :D sebagai anak kampung sejati :) (muka bangga sikit!)Nasib baik brownie tu sedap!Jazakillah Cik Ummu Afiqah kerana belanja ana :P

Selepas melepak-lepak di Moments dan menikmati suhu kedai makan itu yang nyaman hasil penggunaan penghawa dingin yang mampu menipiskan lapisan ozon(Kata Ummu tidak mengapa,lapisan ozon hanya akan menipis kerana penggunaan penghawa dingin setelah 100 tahun
 (-.-") ceiitttt... kami beredar untuk ke Fatahalla,gedung membeli-belah yang terbesar di Tanta!(cuba baca dengan nada teruja.pergh!) (-.-") Maklumlah orang ada exam,mana ingat nak beli barang-barang keperluan harian.huhu.(lain kali Tah upload gambar Fatahalla yang gah itu ya! :P)

Seronok duduk Mesir ini kerana rakyatmya amat suka mendoakan kita atau sesiapa sahaja.Tah yang tak berapa nak pemalu dan peramah lebih ini telah memaklumkan perihal diri Tah yang sudah habis exam ini kepada beberapa individu yang Tah kenal rapat dan kenal biasa-biasa(Amu=pak cik yang bekerja di universiti.Malangnya bekerja sebagai apa tidak dapat dikenalpasti).Mereka semua mendoakan Tah dengan doa yang baik-baik semoga najah imtihan kali ini.(woah,siapa yang tidak merasa terharu?sudah lah doanya dalam bahasa arab~feel dia lebih!!! :P)Kalian yang membaca blog ini juga,Tah dengan rendah diri minta diri hamba yang hina ini didoakan dengan doa yang baik-baik.Terima kasih! :)

Balik ke rumah.Oh,ini yang tak best!(Rumah Tah best,jangan salah anggap!)Teringat pada Kak NurulHusna Ahmad Sani dan adik kandungnya NurulHuda Ahmad Sani yang kini berada di Turkey untuk program seminar ke apa ntah.huhu.Tah pun malas nak cerita panjang-panjang.Nanti bukan ada yang faham pun.haha.Tah gembira untuk mereka.Kak Husna cakap dia seronok kerana kali ini dia dapat pergi ke Turkey atas urusan kerja dan juga melancong bersama adiknya.Tapi Tah rindukan mereka.SOBSSSSSSS.


Bagi anak yang lahir dalam keluarga yang besar macam Tah ini,Tah tak betah duduk seorang diri tanpa teman.Cewah! :)) Sebenarnya ada je lagi ahli bait yang lain.huhu.Tapi rasa macam tak lengkap.SUWIT kan Tah?muhahaha...

BROWNIE yang sedap! 
Sepanjang 'study leave' ini terlalu banyak hak-hak yang Tah abaikan...huwaaa :'( Jangan tiru aksi ini di rumah!Tekadnya fatrah pasca-imtihan ini ingin dimanfaatkan sebaik-baiknya terutamnya untuk insan-insan yang banyak berbakti pada diri ini,ahli bait dan sahabat-sahabat seperjuangan.Insya-Allah.

"Siapa masak esok?"
"Kak Meha,kenapa Tah?"
"Nak tak kalau Tah masakkan?"
"Wah seronoknya.."
"Tah nak masak apa?"
"Tak tahu lagi...Kak Meha nak makan apa?kalau Tah tahu buat, insya-Allah Tah buat"
"Nasi Kerabu."
"erk,mana ada ikan" (alasan)

hehe...masak jelah ye apa yang ada di dapur! :) Janji dengan penuh kasih-sayang ye Kak Meha! Pasti mee goreng pun rasanya seperti Nasi Kerabu.Ahaksssss :))

Tah rasa bahagia.Alhamdulillah.Semoga kalian juga bahagia :) insya-Allah...

*Kena rancang betul-betul cuti ini supaya tidak lagha...hehe





 

Doakan!

Wednesday, June 27, 2012

yakin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Pernah dengar tak hadis qudsi yang berbunyi seperti ini...(ni apa yang Tah ingat je,sebahagian)

"Aku(Allah s.wt) adalah sebagaimana sangkaan hambaku terhadapKu"

Jadi dalam menjalani kehidupan sebagai hamba kepada Allah s.w.t kita seharusnya sentiasa positif.Positif.Sentiasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan impian-impian kita.Yakin bagi seorang Muslim itu adalah tawakal.

Namun hari ini ramai yang menganggap apabila bertawakal sudah tidak perlu berusaha.Hal ini sama sekali betul.Salah.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."

Kerana itu wujudnya saranan untuk kita berusaha.Hanya mereka yang berusaha akan mendapat hasilnya(mengikut sunnatullah)dengan izin Allah s.w.t.

~Man jadda wajada, waman zaroa' hazoda
~"Siapa yang berusaha dia akan berjaya(mendapat apa yang dia usahakan),dan siapa yang menanam akan mendapat hasil tuaiannya".


Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum kertas Anatomy (buat kali ke-3..hukhuk.)Doakan Atiqah Abdullah dan sahabat-sahabat beliau berjaya dengan jayanya ya? :D


*Tadi telefon Malaysia,Mak dan Ayah dengan yakinnya bertanya..."Tah dah beli tiket kapal terbang?"huhu...Nampaknya Tah harus lebih yakin daripada Mak dan Ayah :) Semoga Allah kira kata-kata Mak dan Ayah itu sebagai doa dan diperkenankan.Allahumma amin~





Sunday, June 24, 2012

Islam menang di Mesir!

Salam,
Allahu akbar!Alhamdulillah.Akhirnya pilihanraya pemilihan presiden Mesir berakhir hari ini dengan pengumuman Dr Mursi dari Ikhwan Muslimin menang dengan hampir seri.Apa-apapun menang juga kan? :)

Dah lama tak update blog.exam3

lagi 2 paper.tulis laju2.Update blog ni agar boleh cerita kat anak cucu nanti,Tok ada kat Mesir tau semasa Islam menang dulu.hehe :D esok jom ramai2 puasa...tanda kesyukuran Islam menang di Mesir dan Insya-Allah seluruh negara lain akan datang mengikut jejak langkah Mesir.amin

Doakan kemenangan Islam berpihak kepada kita di seluruh dunia.Doakan kami2 yang exam ni.Doakan Tah dapat balik Malaysia tahun ni dengan result yang najah.Allahumma amin :')

Saturday, May 26, 2012

exam sudah dekat!!!!!!!!!!!


salam,lamanya tak menulis..huhu

doakan tah...tinggal 10 hari kot lagi nak exam...fuuuuhh!
gap bukan main panjang..tapi itu ler leka memanjang.huhu
Wish me luck!
Doakan Tah ^_^

wassalam

*i-Allah sempat,sempat dan sempat lagi untuk berusaha.oh yeah!

Saturday, May 5, 2012

berdoalah!

"Bukankah Dia Allah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya,dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi?Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain?Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat."


Surah An-Naml ayat 62

kawan tadika

Salam,


baru je siap chat dengan kawan lama..dari tadika-darjah 6...
Baik sungguh hati kawan Tah sorang ni..Ingat lagi dia pada Tah..
Kalau Tah online dan dia tak busy pasti dia akan tegur Tah..
Nostalgia~
Pesan Mek jie aka Puji atau nama sebenar noor shuhaizie...


"jwb exam molek,supaye mg blh balik raye kt msia thn ni...amin."


Aku sayang mg jie...kerana Allah s.w.t insya-Allah :)


*Mak dia cikgu tadika kemas putrajaya(tadika Tah dulu..heee :D)

Monday, April 30, 2012

banyak kekurangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Tah minta maaf kawan-kawan,
Tah banyak kekurangan...
banyak.
Mungkin sebab itu Allah pilih kalian jadi kawan-kawan Tah,
tampung kekurangan pada diri Tah.

Tah minta maaf sahabat-sahabat,
Tah banyak kekurangan...
terlalu banyak.
sehingga kalian rasa kesal bersahabat dengan Tah.
Tah minta maaf...

Tah kena belajar macam mana nak terima teguran kot.Terutamanya bila sahabat baik yang tegur.Terutamanya bila orang yang dekat dengan kita tegur.

*Kena guna kelebihan yang Allah bagi sebaiknya...hurm*Tinngi*
memang kalian tak faham.Memang taknak suruh faham pun...Kalau faham sekalipun,Tah dah tak merajuk...tak payah pujuk.Tah tak suka kena pujuk.Rimas.


Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Kaifahalukum jamiian?(betul ke?hehe..betul la kot kan :P)Asyik cakap bahasa Arab pasar/Amiyah je(Asyik cakap bahasa Melayu sebenarnya,duduk Mesir cakap Melayu,duduk Malaysia pun cakap Melayu...)Sekali sekala cakap la pula Arab fusha kan?Bahasa Al-Quran :)





Tajuk tu saja buat gempak.hehe.Sebenarnya seronok sangat sebab hasil istiqomah selama beberapa hari,inilah hasilnya...Inbox email yang penuh melimpah ruah dan sungguh menyakitkan mata. akhirnya bersih.huhu.Jumlah sebenar sebelum misi berjalan ialah 16,000 +++ dan hari ini Alhamdulillah,misi selesai.Kosong inbox email...Bersih!hehe :D

Sempena musim peperiksaan yang bakal tiba PCT ada membuat perkhidmatan 'wishing swan'.Origami swan kertas disertakan dengan ucapan,teristimewa sempena imtihan.Harganya memang murah,segenih=RM50sen tetapi ingatan sahabat kepada sahabatnya yang lain itulah yang paling bermakna :) Tah menerima empat ekor swan....gembira sangat-sangat.Alhamdulillah,ada lagi hamba Allah yang masih ingat pada Tah.huhu

Swan warna biru daripada Kak Alia:

Tah,hew hew hew,goodluckexam yek~!Insya-Allah najah sama2 tahun ni. 

Swan warna merah jambu daripada adik sc tersayang,Ainin Sofiya...

Kak Tah sayang!Semoga Allah permudahkan urusan akak dunia akhirat!Terima kasih segalanya!! <3 sayang Kak Tah kerana Allah! =)

Swan hijau muda dari Kak Mun,Tah jadi pembantu sc Kak Mun tahun lepas.Tah banyak belajar bagaimana nak menjadi kakak sc(usrah) yang baik dari Kak Mun...

Bittaufiq wannajah,akak doakan awak berjaya =)

yang terakhir dan menyebabkan air mata Tah mengalir swan berwarna merah terang daripada Kak Amal Syairah,kakak sc pertama Tah di Mesir ini.Kata-katanya sungguh menyentuh hati...

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.Apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali bertemu Ilahi.Uhibbuki fillah...bittaufiq untuk imtihan akhir sanah nanti ye <3


Jazakumullahu khaira!


Memberilah dan jangan mengharapkan balasan dari pemberianmu itu.Pemberian yang terbaik insya-Allah ganjarannya kamu akan peroleh di Syurga kelak!amin ya Rabb...

Prinsip Tah,kalau memberi,berilah yang terbaik dan paling kamu ingini buat dirimu juga.Kerana tidak beriman dari kalangan kamu sehingga dia mencintai sahabatnya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.Walaubagaimanapun,bergantung pada kemampuan dan situasi.

Doakan Tah,exam practical semakin hampir...hew hew hew~cuak! :P




Tuesday, April 24, 2012

Obesiti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)


Tah harap ramai yang akan 'terasa' dengan post Tah kali ini :D Kalau Tah menulis,tanpa ada hati yang tersentuh,maka apa maknanya natijah penulisan Tah?Kosong.Tidak bermanfaat.


Masalah kegemukan antara masalah yang teruk yang melanda umat Islam hari ini.Kenapa Tah cakap begitu?Renunglah kalam mulia Rasulullah s.a.w ini:



"Jauhilah makan berlebihan. Sesunggunya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk." [Riwayat Abu Naim]

Cukuplah dengan hadis ini sahaja untuk menggerakkan kita melakukan perubahan.Pada diri sendiri juga pada orang sekeliling kita,komuniti.

Tah sendiri bukan dari golongan over weight,jauh sekali obesiti.Namun,tubuh badan yang Allah pinjamkan ini wajib dijaga dan dipelihara dengan baik.Mencegah lebih baik dari mengubati :) Bagi yang ingin melakukan perubahan,andai berkelapangan singgahlah bertandang ke blog ustaz Hasrizal a.k.a Abu Saif.Bukan untuk meniru atau mengamalkan diet yang beliau amalkan (pemilihan diet berbeza mengikut pilihan individu)tetapi meneliti kenapa dan mengapa kita perlu menjaga berat badan dan kesihatan diri keseluruhannya.

Semalam semasa kelas terakhir metabolism (Physiology),kami beajar tajuk obesiti :) hehe...(ooo..patut la bersemangat menulis tentang obesiti..) Obesiti memang menjadi punca kepada banyak penyakit.Antaranya,strok,diabetis dan ketidak suburan (haaa...macam mana nak ramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w? :)) 

Masalah utama obesiti ialah berpunca daripada tabiat hidup yang tidak sihat.Makan secara berlebihan dan tidak bersenam.Namun obesiti juga boleh berpunca dari keturunan.Jadi bakal ibubapa perlu menjaga kesihatan diri agar keturunan kita juga terpelihara.

Sebenarnya sistem tubuh badan kita sendiri diciptakan Allah dengan fitrah tidak sukakan obesiti! Sebagai contoh,hormon Leptin.Leptin dirembeskan oleh adipose tissue(lemak).Semakin banyak lemak,semakin banyak leptin dalam badan kita.Apa fungsi leptin sebenarnya?Leptin bertindak dengan merencatkan(inhibit) feeding centre seterusnya membuatkan membuatkan kita tidak berselera agi untuk makan (kenyang).Hal ini boleh menghalang obesiti dari berlaku.Hebatkan leptin?Hebat lagi Allah s.w.t :) Subhanallah...

Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)

Muslim yang baik,setiap harinya berlalu dengan penambah baikan.Hari ini lebih baik dari semalam.Insya-Allah!
Jom study :D


Sunday, April 22, 2012

Bintu Sabil : Biar ini menjadi kenangan buat kalian kelak :')

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sejak seminggu password facebook ditukar oleh Kak Wani, housemate tercinta atas permintaan Tah juga untuk memberi lebih tumpuan pada exam yang akan tiba tidak lama lagi, muncul pula idea 'bernas' untuk mengisi 'kekosongan' masa yang ada dengan menulis kembali di blog ini. Sekali tengok blog ini sudah seperti "hidup segan,mati tak mahu" huhu...

Tah pernah baca 2 blog berkisar tentang pesakit cancer Kasih Hingga Ke Syurga dan Not the primrose path setiap kali baca pasti menitiskan air mata!Kalau
ada masa,berkunjunglah ke sana...
Blog Kasih Hingga Ke Syurga ialah tulisan seorang ibu,mempunyai anak seorang pesakit cancer yang Alhamdulillah hampir 100% pulih dari sakitnya itu :') Blog Not the primrose path,dulu ditulis sendiri oleh pesakit tersebut tetapi Allah lebih sayangkan arwah...Kini si ibu meneruskan kesinambungan blog tersebut buat tatapan pembaca setianya.

Tidak semua perkara dalam hidup kita,kita dan orang sekeliling kita akan ingat sampai bila-bila.Takdir Allah pada masa akan datang hanya pada pengetahuan-Nya sahaja.Walau mungkin sesetengah perkara kita kata bahawa kita ingin lupakan buat selama-lamanya pada hari ini,namun tidak pada hari esok.Justeru,Insya-Allah Tah sendiri akan berusaha menulis di blog paling kurang seminggu sekali...huhu (ye lah tu kan :P) Paling tidak,berkongsi perkara yang baik boleh jadi saham di 'sana' kelak... :D

Cerita Sabtu,21 April 2012

Sejak berpindah ke rumah baru ini,hari Sabtu merupakan antara hari yang sibuk buat Tah.Sebab?huhu...hari giliran Tah memasak.Alhamdulillah,bersyukur pada Allah tempatkan diri ini di bumi yang jauh dari keluarga,sekurang-kurangnya skill memasak meningkat sedikit demi sedikit,tidak lagi di tahap nasi goreng sahaja...hehe.Tah 'terkenal' dalam keluarga dengan kepakaran memasak nasi goreng yang sedap tau!Sebab itu sahaja menu yang Tah pernah dan selalu masak untuk mereka :D

Selepas solat zohor bersiap-siap ke kelas mengaji dengan ustazah arab.Semalam kami dapat 2 pelajar baru.Seorang saudara ustazah,baru 15tahun tapi lebih tinggi dari kami semua :) Katanya, dia berminat untuk berkenalan dengan kami kerana pernah ke Malaysia empat bulan yang lepas kerana menyertai 'jambori'?(Tah pun tak tahu nak eja macam mana.hehe)Seorang lagi seorang ibu muda,berusia sebaya kami berusia 21tahun dan berasal dari Amerika.Datang mengaji bersama anaknya yang comel,Hafsah.

Kebiasaannya setiap kali lepas mengaji,kami akan belajar asas-asas bahasa Arab Amiah dan berbual-bual tentang apa-apa topik menarik sekitar kehidupan kami setelah seminggu berpisah :D

Kebetulan,beberapa hari sebelum itu,pelajar tahun tiga mengikuti lawatan/jaulah anjuran gamaah/universiti kami(hanya kepada mereka yang sudah menjelaskan yuran! :P) ke Montaza,Iskandariah/Alexandria...Tah sendiri kalau tak silap sudah dua kali ke sana...Tak termasuk kali ke-3 yang hanya lepak di pasaraya berdekatan kerana sudah bosan dan tak larat untuk bersiar-siar di kawasannya yang luas itu...huhu.Kali ini Tah tak pergi sebab Tah tahun 2 sobsss~


-gambar ihsan ammu/pak cik google :D

Montaza sebenarnya kawasan istana Sultan/King Farouq,Raja terakhir kerajaan Mesir.Sekarang Mesir hanya ada Presiden yang masih belum tahu siapakah calonnya(Doakan untuk Mesir,Malaysia dan negara-negara Islam yang lain ye kawan-kawan!)Mia,roomate Andi bertanya pada ustazah,siapakah King Farouq,jahat atau baikkah beliau?Lalu dengan pantas ada antara kami yang menjawab,


"JAHAT!"

Dengan tenang ustazah menerangkan,

"Dari sudut apa kamu bertanya?Dari sudut pemerintaha
n?atau dari sudut dia sebagai seorang Muslim?Mungkin dia jahat pada satu sudut,tapi tidak pada perkara yang lain"

Allahu Allah... :'(

Teringat pada kata-kata para asatizah yang selalu kita dengar...

"Kalau benci seseorang,benci pada sikap buruknya sahaja,benci pada perbuatan jahatnya sahaja.Tetapi jangan kita benci dirinya,kerana dia juga
makhluk Allah s.w.t"

p/s: Kalau Tah ingat,Tah akan cari sumber dari mana kata-kata ini terbit,Mungkin ada ayat Al-Quran atau hadis yang boleh kita jadikan bahan rujukan...in
sya-Allah

Cerita Ahad,22 April 2012

Hari ini hari pertama kuliah bermula setelah seminggu cuti
spring...

-Hari ini Puan Google kata Earth Day... :)

Alhamdulillah Tah agak bersemangat.hehe.Sehinggalah ke kelas terakhir,kelas histology.Tak tahu kenapa,tapi Tah sendiri pelik kenapa Tah sedikit hyperactive kalau kelas histo ni... huhu.

Doktor yang mengajar hari ini merupakan antara doktor kegemaran Tah(boleh juga ye doktor kegemaran? :P) Dr Khalid.Doktor suruh kami ulang setiap kali beliau ajar,katanya hafal terus, nanti saya akan panggil salah seorang dari kamu ke hadapan untuk ulang apa yang saya ajar kepada semua.Tah seperti biasa,dengan kuasa suara lebih tinggi dari yang lain mengulang setiap patah perkataan yang doktor sebut sambil menghafal...

Pada mulanya Tah nak volunteer,tapi asyik orang lain yang angkat tangan dulu(padahal cuak :P) Tajuk awal-awal mudah dan sikit...Bila masuk bahagian yang mula susah dan banyak Tah main-main angkat tangan,sekali Dr Khalid nampak dan panggil ke depan...

uwaaaaaaaaaaaaaaa.....malunya!huhu...bukan setakat terketar-ketar...banyak pula salahnya tu!aish...bikin malu company aje... :D

"I know u will never forget after this"kata Dr Khalid yang hensem tapi sudah berkahwin dan rasanya sudah ada anak...hehe

"I wish too Dr!and Insya-Allah next time I will try again!yeah~~~"kata Tah dalam hati...kui kui kui :))

Doakan Tah ye semua!...Semoga apa yang kalian doakan,Allah balas dengan perkara yang lebih baik buat kalian juga...amin!

Lots of love,
Tah Tanta 5:56pm,22 April 2012

Saturday, March 31, 2012

keberkatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Semalam Tah ber'smart circle' bersama-sama adik-adik dentistry tahun 1 di Bait In-team. Alhamdulillah,rumah mereka menang tempat ke-2 dalam pertandingan Villa Taqwa anjuran Perubatan Cawangan Tanta...Mubarak alaikunna!(malunya 'kakak sc' =.=")

Duduk bersembang dengan mereka.Bercakap tentang kuliah.Mereka merungut ada dalam kalangan adik-adik predental yang ambil mudah tentang kedatangan ke kuliah terutamanya pada subjek-subjek yang 'mudah'...(mudah la sangat kan! >.<)

Perkongsian dari mereka,

Dulu,kelas kami pun ada yang ponteng terutamanya kelas human right (marks sikit,lecture singkat).Semasa kelas ni lah ada yang nak ke Mansurah (batch depa ramai pakai 'braces' hehe..maklumlah bakal dr gigi kan :D) untuk rawatan 'braces'.Sehinggalah ada seorang hamba Allah ni (kawan-kawan depa jugak) bagi tazkirah...

"Kalaulah korang tahu nilai keberkatan tu,pasti semua akan berlumba-lumba untuk datang ke kuliah!"

Lepas tu,kami semua dah tak ponteng kelas human right lagi...

Itu cerita adik-adik smart circle Tah...

Kat Mesir ni,Kedatangan ke kuliah tidak wajib bagi pelajar yang repeat...Tapi,rasa-rasanya lah kan,Mak dan Ayah kita suruh kita pergi kuliah ke,study kat rumah je?

Kalau Tah,Tah yakin 100% Mak dan Ayah Tah akan suruh Tah pergi ke kuliah...Malas memang malas,mengantuk?Semestinya!

Tapi pergi lah ke kuliah~betulkan niat kerana Allah dan ingin menjaga keberkatan ilmu dari doktor2...Insya-Allah,Allah akan mempermudahkan jalan kalian untuk berjaya bukan setakat peperiksaan dunia,malah peperiksaan akhirat sana...amin!

p/s:Post ini ditulis untuk mengingatkan diri Tah jugak,yang kadang-kadang(bahkan selalu) dihasut oleh syaitan dan nafsu sendiri untuk ponteng kuliah >.< Say no to ponteng!Jom ke kuliah... :)

Monday, March 5, 2012

rindu

Salam.

Baru tah perasan yang 2,3 post kebelakangan ni tah tulis pasal rindu,sedih je...huhu..nak buat macam mana kan,dah memang itu perasaan sebenar.Taknak baca sudah~ :P

Lepas 1 tahun lebih tak balik(tahun lepas) tah rasa2 ok kot,klu tak balik Malaysia...bukan mati kan?sehinggalah,malam td~

kepala sakit giler~berdenyut2...tah ni klu terbusy sket mula la sakit tu,sakit ni...pastu penyakit biasa pun datang la...lapar!

tak tahu kenapa kebelakangan ni asyik lapar,padahal malam td masa tah kelaparan tu,baru je 1 jam makan nasi sepinggan...nak telefon kedai makan untuk delivery tak larat....nak mengada2 susahkan ahli bet xde org kat rumah...huhu

Akhirnya,menangis la kuat2 sorang2 dlm bilik sampai tertidur...Bangun pagi tadi,sakit kepala masih tak hilang~tapi hati/otak da lega...best jugak terapi menangis kuat2 nih :D

akhirnya ponteng kelas anatomy 2jam pg td...esok ada presentation anatomy...tak tau la larat ke tak...da telan habbatus sauda' 2 biji...insya-Allah khair la tu :)

Rasanya lama sangat kot tak telefon Malaysia...
Lama sangat tak tengok famili secara live...
Lama sangat tak jaga kesihatan betul2...

Maafkan tah,ahli betku kalau buat korang risau...

Insya-Allah bila da kuat, tah g hospital buat blood test macam yang asyik dibebelkan Kokda :))

sekian :)

Tuesday, February 14, 2012

development of face

Assalamualaikum...ni untuk menghilangkan mengantuk di pagi hari sebenarnya :)










sekian :)




Tuesday, February 7, 2012

Sebab ini adalah kehidupan :')

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Pernah dengar lirik satu lagu/nasyid ni...lebih kurang la(memo:tah paling slow bab hafal2 lagu nih!)

"Terima kasih ya Allah,dengan ujian dan nikmat yang Kau kurniakan..menjadikan hidupku lebih indah!"

hurm...

rasanya baru je beberapa post yang lepas tah tulis pasal impian terbesar tah tahun ni...

tapi

Bukan semua yang kita nak kita akan dapat.setuju?

Sebab kita hamba sahaja.Tapi tak mustahil dengan kuasa Allah.betul.

tah memang nak balik Malaysia sangat2...sangat2!

lain tau bila kita terpaksa rindu ramai org...seksa..huhu T_T

orang yang kat Malaysia tu,kalau rindu la kan...dia rindu kat kita je..Kita ni?nak kena rindu mak,ayah,adik-beradik,sedara lagi...kawan2,cikgu2...huuuuuuuu~

Tah dah fikir masak2.Tah mybe tak balik kot tahun ni... :')

Kalau ada org nak sponsor tiket sekalipun,mybe tah akan mintak kat org tu..

"boleh tak duit tiket ni ganti untuk bayar yuran saya"

:')

Takpelah...Tah kan kuat?

Semoga Tah jumpa hikmah kenapa Tah diuji macam ni...doakan!

Belajar untuk membalas jasa mak n ayah.belajar untuk meringankan beban mereka.belajar untuk bersyukur.

Doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki.diberkati Allah s.w.t sentiasa...

Doakan tah rajin2 dan dapat jawab exam yg dah nak dekat ni dengan baik.

Tah sayang nak rindu semua orang kat Malaysia,Mesir dan India!hehe...

Thursday, January 26, 2012

Sahabat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah cuti musim sejuk selama lebih 2 minggu bermula hari ini.Tah tulis post ini secara tak sengaja(erk boleh ke macam tu?hehe)

Hati ini rasa rindu pada sahabat Tah seorang ini.Andi Adlyana binti Andi Anwar.Padahal semalam baru je sama-sama 'training' untuk ke Sinai.huhu...Kalau nak rindu tu,rindu juga kan.Takkan nak tunggu berpisah jauh,lama baru boleh rindu :)

Alhamdulillah juga,salah satu impian Tah yang memang dari tahun 1 Tah impikan insya-Allah dengan izinNya bakal terlaksana... berkahwin...

opsssssss!

hehe.tipu je :))

Untuk pergi ke Bukit/Gunung Sinai...tempat nabi Allah Musa a.s bermunajat kepada-Nya.
Selepas habis cuti musim sejuk ini,Tah akan menghadapi peperiksaan pertengangahan tahun.Mohon doa berterusan dari semua :)

Pada semua yang membaca post ini,Tah mohon juga,doakan yang terbaik buat sahabat yang Tah sayang ini Andi Adlyana binti Andi Anwar,semoga Andi dapat jawab exam yang sedang atau baru je habis ini...Chaiyyok Andi! ^^

Aku sayang ko bha!