Tuesday, November 26, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60.

Future is always unpredictable. 
"Masa hadapan selalu tak dapat dijangka"

Mesej ini aku terima dari seorang 'kakak' merangkap sahabatku di Mesir pada hari beliau akan berangkat untuk meneruskan perjuangannya di Mesir.

Aku?

Aku pula kembali bermula dari bawah.Ke Management & Science University,mengikuti kursus asasi sains kesihatan.

Dahulu juga begini.

Aku tidak pernah terfikir yang aku akan sampai ke bumi Tanta,Mesir.

Belajar dalam bidang perubatan.

Merasa musim sejuk di negara orang.

Bertahan dengan terik bahang mentari di musim panas.

Mempunyai ramai kenalan yang sama-sama berjuang di perantauan.

dan mendalami bahasa dan budaya baru di tempat yang dahulunya asing bagiku.


Rindu.

Sungguh saat ini aku rindu pada semua itu :')

Bulan lepas,seorang sahabat menunjukkan sekeping gambar kepadaku di facebook.


gambar yang ditunjukkan kepadaku di facebook

Kata sahabatku itu,beliau terlihat kelibat wanita ini ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah.Katanya lagi,tudung wanita ini amat mengingatkannya kepadaku. ;)

Geli hati juga apabila aku mendengar cerita sahabatku itu.Sempat pula beliau 'snap' gambar tersebut!
bergambar bersama seorang sahabat yang suatu ketika dulu sama-sama belajar di Tanta.Takdir Allah,kami berdua menyambung pengajian di Malaysia.


Namun jauh di sudut hatiku,aku bersyukur kerana aku masih diingati oleh teman-teman di Mesir biarpun ingatan mereka terhadapku kerana tudung yang aku pakai!

Ada yang menggelarkanku tudung bunga-bunga.

Ada juga kata aku ni malas iron tudung,sebab tu selalu pakai tudung kaktus,kerana tidak perlu digosok sebelum dipakai.
hehe

Kini walaupun sudah belajar di tempat baru,aku masih mengenakan tudung kaktus keluaran Tudung Nur.Aku selesa begini.Ringkas dan mudah :)

yakinlah bahawa ketetapan Allah itu, adalah yg terbaik dan yang paling baik utk setiap hamba-hambaNya.

Insya-Allah walau bukan di Mesir lagi,aku tetap akan mengingati dan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat Mesir serta seluruh isinya.amin


Along Balqis


Lying in the dark, staring at the ultrasound.
The doctor shakes his head, says "I'm sorry but this baby has Down syndrome.
And I know it's hard to decide,

But she's so fragile that she'll probably die,
And it might be a blessing if she did
"Little did he know we're all the more blessed 'cause she lived.
And no, she's never gonna look like the other kids
And she may not learn to talk like the other ones did
And I guess she's always gonna walk just a little behind,
But I don't mind.
'Cause she lives her whole life without one trace of guile
And she lights up the world with that crooked little smile
and she loves you with a love so pure it just makes you heart break.
And I'd like to tell that doctor,
God Doesn't Make Mistakes.
Sitting in the park, watching all the children play.
My daugher walks up, they get quiet and little afraid.
But pretty soon the smiles come over their face
And they slow their game down just a pace
And I watch as a spirit of kindness abound
And thank God for that girl who showed me what life's really about
And she helped me to discover
God Doesn't Make Mistakes
They said something went wrong
But I think something went right
And I'll fight for my baby with all of my might.
'Cause I love her with a love so pure
it just makes my heart break
And I want to tell the world, God Doesn't Make Mistakes
- Written by Steve Moser

Wednesday, October 9, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60.

"Selalulah berdoa kepada Allah agar kita menjadi asbab untuk orang lain mendapat hidayah dari-Nya."

Itulah antara nasihat ustaz yang selalu aku ingati.Malah itu jugalah doaku sehari-hari.Betapa besar ganjaran yang bakal diterima andai kerana usaha kita,Allah membuka hati sahabat atau orang sekeliling kita untuk menjadi manusia yang lebih baik...

sahabat yang baik sentiasa mengingatkan kita kepada Allah s.w.t
Aku mengenali sahabat ku ini ketika mula-mula mendaftarkan diri sebagai pelajar baru di program persediaan luar negara.Sikapnya yang ramah membuatkan kami mudah mesra.Bella,orangnya sentiasa manis dengan senyuman.

Walaupun kami dari latar belakang pendidikan yang berbeza namun itu bukanlah penghalang persahabatan kami.Aku dari sekolah tahfiz manakala Bella pelajar sekolah perempuan di ibu kota.Bella tidak bertudung labuh sepertiku,namun aku cukup tertarik dengan kebolehan yang dikurniakan Allah kepadanya;Bella fasih membaca Al-Quran.Malah pada hematku,bacaannya jauh lebih baik dariku,pelajar lepasan sekolah tahfiz...

Bella selalu bertanya kepadaku kemusykilannya pada persoalan-persoalan agama.Aku pula dengan senang hati akan berkongsi ilmuku seadanya.Malah kadang-kala akan ku selitkan nasihat untuk Bella.Bella akan tersenyum dan menyucapkan terima kasih setiap kali mendengar nasihat dariku.

Pada suatu hari,Bella meminta keizinan dariku untuk meminjam tudung labuhku,Tudung Kaktus kegemaranku(sebab tak payah iron!hehe ;)) Pada mulanya aku agak pelik.Namun aku dengan senang hati memberikan keizinan kepada Bella untuk menggunakan tudungku itu.Katanya dia ingin menziarahi junior kami di blok sebelah.

Pulang dari melawat junior,aku lihat Bella banyak termenung.Sehinggalah pada suatu malam,Bella menarik tanganku ke arah balkoni bilik kami.Aku hanya menurut langkahnya.Malam itu hening sahaja.Aku lihat mata Bella berkaca-kaca.Akhirnya tumpah juga empangan yang ku agak telah dipendam sejak sekian lama.

"Atiqah,kita nak berubah.Kita nak pakai tudung labuh.Macam awak!"Aku hanya mendiamkan diri.Membiarkan Bella meneruskan kata-katanya.

"Masa Bella pinjam tudung Atiqah hari tu,Bella saja-saja je.Sebab tudung Atiqah senang nak pakai,tak payah iron.huhu.Tapi bila Bella pergi ziarah junior minggu lepas,mereka semua puji penampilan Bella.Bella kata,ni bukan Bella yang sebenar.Ni Atiqah punya..."

Seorang junior tu jawab,

"Kak Bella,takpe.Mana tahu suatu hari nanti akak akan betul-betul pakai macam ni"

"Sejak hari tu Bella banyak berfikir.Setiap malam Bella berdoa,Ya Allah,andai hijrah itu lebih baik untukku,Kau permudahkanlah..."

"Atiqah,tolong Bella ya..."Mata Bella memandang tepat ke mataku.Penuh pengharapan.

"Insya-Allah..."Balasku sambil tersenyum lantas merangkul tubuh sahabat baikku itu.Kami sama-sama tenggelam dalam tangisan penuh syahdu.

Alhamdulillah!
..........................................................................................................................................

Sejak hari itu,aku dan Bella semakin rapat.Kami ke kelas agama bersama-sama.Kami sentiasa bermuhasabah tentang ukhuwah yang kami bina agar ianya semata-mata kerana Allah kerana kami ingin bersahabat lagi di syurga kelak.insya-Allah.amin...

Aku pula sering menunjukkan kepada Bella tips pemakaian tudung labuh yang aku dapat dari internet.Cewah!Ala-ala artis pulak ;D Aku ingin menunjukkan kepada Bella bahawa dengan bertudung labuh juga,dia tetap dapat kelihatan cantik dan kemas sebagaimana impian gadis-gadis lain seusia kami.

Aku bersyukur kerana Tudung Nur banyak membantu penghijrahan Bella.Malah aku juga.Kami sering mencuba gaya tudung baru keluaran Tudung Nur yang keluar di facebook.Bahkan kini,Tudung Nur juga ada memuat naik video tutorial cara-cara pemakaian selendang labuh yang sangat unik dan cantik di Youtube :)

Terima kasih Tudung Nur,Terima kasih Allah!

Monday, June 10, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian Alam.Sedar tak sedar,kita sudah masuk ke bulan Sya'aban.Semoga Allah sampaikan kita pada bulan penuh kemulian,Ramadhan Al-Mubarak!Amin ya Rabb~

Sudah tiga bulan lebih senior-senior kesayangan saya pulang ke Malaysia.Dengar kata sedang berkursus induksi dan bakal bertugas sebagai doktor pelatih tidak lama lagi.Gembira untuk mereka.

 Saya mula mengenali pasangan adik-beradik,Nurulhusna Ahmad Sani dan Nurulhuda Ahmad Sani (Kak Husna dan Kak Huda) sejak mula-mula menjejak kaki di Mesir.Sebelum tiba di Mesir,saya banyak belajar tentang selok-belok kehidupan dan cara pembelajaran di sini dari mereka melalui Yahoo Messenger.

Apa yang membuatkan semua junior mudah untuk kenal mereka berdua?Selain rupa mereka yang ada antara kami berpendapat sangat iras,kami mudah mengenali mereka melalui pemakaian mereka.Bertudung labuh. Mereka sering mengenakan Tudung Cempaka,dengan taburan bunga-bunga kecil.

Bersama Kak Huda,Kak Husna dan dua orang senior serumah yang lain ketika majlis graduasi mereka di Universiti Tanta,Mesir.
Ketika di tahun dua,saya berpindah masuk ke rumah sewa mereka menjadikan saya seorang sahaja junior dalam kalangan senior-senior yang hebat.Ketika itu saya berada dalam tempoh antara yang paling sukar dalam hidup saya,iaitu terpaksa mengulang tahun.

Mereka sangat sabar dengan kerenah saya.Selalu ada ketika saya susah dan senang.Selalu memberikan nasihat yang baik.Banyak kenangan bersama mereka.Solat berjemaah,makan dalam talam,bergurau senda dan macam-macam lagi.

Saya mula tertarik untuk memakai Tudung Nur lebih-lebih lagi selepas bergaul dengan mereka.Saya mengirim tiga helai Tudung Nur melalui sahabat yang pulang ke Malaysia.Saya paling suka Tudung Nur dengan potongan bundar,dan biasanya saya memilih saiz yang paling besar iaitu 36 kerana saya seorang yang tinggi.Jahitannya kemas,sekarang terdapat pelbagai jenis corak dan warna juga kain yang berkualiti.Malah sesetengah jenis Tudung Nur seperti Tudung Kaktus sangat sesuai untuk pelajar dan bakal doktor seperti saya kerana ianya tahan lasak malah tidak perlu digosok!hehe...

Apa yang kelakar apabila dikenangkan ialah walaupun mereka berdua telah pulang ke Malaysia namun imej Tudung Nur yang mereka pakai tetap segar dalam ingatan kami para junior.Apa tidaknya,baru-baru ini saya keluar ke kedai runcit berdekatan rumah untuk membeli sedikit barang keperluan dapur.Terserempak pula dengan seorang sahabat.Kami pun bersalaman dan bertanya khabar seperti biasa.Tiba-tiba sahabat saya berkata,

"Bila tengok awak pakai tudung ini teringat pada Kak Huda dan Kak Husna" :')

Alhamdulillah baru-baru ini saya mendapat berita bahawa mereka berdua telah pun mendirikan rumahtangga!Malah ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung mereka masih memilih Tudung Nur sebagai pelengkap busana muslimah mereka di hari berbahagia itu.

Selamat Tinggal Mesir~Menghantar Kak Husna dan Kak Huda di Cairo International Airport-pulang untuk berbakti kepada agama dan negara!


Wednesday, May 8, 2013

butir nangka


dah macam plasticine XD
Salam.fuh.fuh.fuh!(bajet berhabuk) lamanya tak update blog.kekeke.Busy la katakan! :P

Tah memang macam tu,start musim exam je,start la Tah update blog -___-"

Tadi lapar plus mengidam nak makan macam2.hukhuk

Duduk negara orang ni kena rajin.Kalau nak harapkan orang lain buatkan untuk kita tu....hurm...hurm...hurm....huhu.so,konklusinya = buat la sendiri ye!
tau la nak cepat kan.dah macam saiz butir nangka real.hehe
enjoy buat ni!

tada!!!!! the results :D
Resepi?cari la kat myresepi nuh.Tah pun tengok kat situ je.Takde kaler hijau.Buat la kuning~~~
 Sekian.



Friday, February 8, 2013

surat cinta buatmu ^^


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh J
Buat ukhti yang disayangi kerana Allah s.w.t…insya-Allah
Mungkin kalian pernah membaca kata-kata ini.Aku kongsikan juga buat kalian kerana padaku nasihat ini amat terkesan buatku dan semoga ianya juga bermanfaat buat kalian.

Sama-sama kita muhasabah diri.

“Solat itu umpama rehat dari kesibukan dunia bagi orang mukmin.Seharian kita sibuk dengan urusan dunia,adakah Allah ada di hati kita?Selalu dengar bukan,berhenti sejenak…beriman seketika.Ayuh lakukannya dalam solat kita.Seorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya ketika mana dia sujud.Panjangkanlah sujud kita.”

Mengadulah tentang rindu kita kepada-Nya dalam solat.Merintihlah tentang kezaliman dunia kepada kita dalam solat.Menangislah menginsafi dosa-dosa kita dalam solat.Jadilah diri kita yang fitrah dalam solat.
Solat itu tiang agama.Amalan pertama yang akan dihisab kelak.Bagaimana solat kita?Adakah solat kita telah mencegah kita dari melakukan kemungkaran?
Allah…Allah…Allah.
Ampunilah dosa-dosa kami…

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Selamat belajar buat sahabat-sahabat yang baru memulakan kuliah hari ini.Marilah sama-sama kita ikhlaskan diri untuk belajar ilmu Allah yang mulia.Sama-sama kita saling memperingati untuk perkara-perkara kebaikan juga dalam perkara kesabaran.Semoga kejayaan kita kelak bermanfaat buat Islam,insya-Allah.

سيروا على بركة الله

Aku yang mencintai kalian kerana Allah s.w.t ,insya-Allah
Atiqah Abdullah



Monday, February 4, 2013

home alone

assalamualaikum.

wah,lamanya tak menulis kat blog >.< dah lupa gaya penulisan yang biasa digunakan.hehe ^^
ni pun saja-saja mengada nak tulis blog sebab dan bosan buat status kat fb XD boleh tak?huhu

hari ni dah masuk minggu ke dua cuti musim sejuk.Sudah selamat berjalan-jalan selama seminggu ke Luxor-Aswan-Abu Simbel...Kat mana tu?google la ye :) nak upload gambar banyak-banyak pun tak sempat lagi nak kumpul koleksi-koleksi gambar dari kawan-kawan yang pergi bersama-sama tempoh hari.Maklum lah hp Tah ni tak muat gambar banyak.Lagi-lagi kalau gambar-gambar tu comel XD

Ahli Bait yang tahun 6 dah pun dapat result mereka.Semua najah.Gembira untuk mereka.Sedih untuk Tah.hukhuk.Dah tak ada orang nak tegur Tah kalau Tah buat salah.Dah tak ada orang nak layan Tah merepek maghrib-maghrib.Dan dan dan...

Mereka semua ke Cairo dan boleh kata berjalan seluruh Mesir lah.Maklum lah orang dah nak balik Malaysia untuk selama-lamnya! >.< Pulak tu,berjalan dengan keluarga...Best kan? :') Sabar Tah...masanya akan tiba!insya-Allah...amin

Semalam Kak Wani pesan,dia dah masakkan Tah dan Kak Mehah lauk extra.Untuk lusa sekali.huhu.Lauk kegemaran Tah kat Mesir,ayam masak lemak cili padi...Air tangan orang noghori pulak tu.pergh!Tapi....hehe.tadi masa makan petang(sepatutnya makan malam :P) Tah dah habiskan semua bahagian Tah.haha.Nasib lah.Esok la baru fikir nak makan apa :D Kak Mehah keluar,katanya ada kerja sket.Tinggallah Tah,merepek dengan laptop ni sorang-sorang.

Kadang-kadang duduk sorang-sorang ni bahaya kan?Asyik makan je kerjanya. T__T hari tu masa travel boleh je berlapar.huhu.Tapi serius,Tah bukan jenis orang yang boleh tahan lapar lama-lama...Nanti bila dapat makanan lagi teruk jadinya.Dah tak boleh nak telan.Orang kata masuk angin eh?Rasa nak muntah balik :P

Tadi minta no telefon ustazah mengaji dari Cik Ezira (rasanya tak pernah lagi cerita pasal ezira kan kat blog?hehe.nanti2 eh...macam la ramai org baca blog dia!ahaks...suka hati la kan?ni blog sape?Blog Tah!haaa..pandai pun XD)...Rasa dah berkarat bakat menghafal AQ T___T Insya-Allah bakal mulakan balik kelas mengaji.

Sekarang ni macam-macam benda berlaku.Maklum lah umur dah nak masuk 22 :D hormon tak stabil?eh..hehe.Tah suka dengan hadis ni:


وَقَالَ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم كل بنى آدم خطاء
وَخير الْخَطَّائِينَ التوابون
رواه أحمد وهو حديث حسن
مي (2727) ت (2499) جه (4251) كلهم من طريق علي بن مسعدة عن قتادة عن أنس به،
وقال الترمذي: " هذا حديث غريب، لا نعرفه إلا من حديث علي بن مسعدة عن قتادة ".

Setiap anak adam itu melakukan dosa.Sebaik-baik orang yang berdosa(pendosa) adalah mereka yang bertaubat.

Umur dah makin tua.(tau pun,sedar diri!)Kena banyak muhasabah diri...
Semoga cuti yang berbaki beberapa hari lagi ni mampu memberikan sesuatu buat Tah...2 nikmat yang selalu manusia lupakan,nikmat sihat dan nikmat masa lapang!kan?
Doakan Tah kuat di sini...dan semoga Allah membalas doa-doa kalian dengan perkara yang sama buat kalian,bahkan lebih dari itu.amin~

Tah selalu takut bila dengar berita kematian ibubapa kawan-kawan.Sebab tak dapat bayangkan macam mana keadaan Tah kalau mak dan ayah dah tak ada.Tapi tanpa Tah sedar,ada juga berita kematian yang diterima oleh ibu bapa.Anak-anak mereka terlebih dahulu meninggalkan dunia ini.Seusia Tah,lebih muda atau lebih tua.