Sunday, July 31, 2011

Ahlan ya Ramadhan :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah,malam ini bermulalah 'persekolahan' kita semua Umat Islam di Madrasah Ramadhan :)

Petang tadi,meraikan ketibaan Ramadhan, Tah keluar makan-makan bersama beberapa orang sahabat.Oleh kerana kesemua kami perempuan maka 'cerita' yang dikongsikan juga banyak berkisar tentang hal ehwal wanita :D Diharap tiadalah yang 'terbuka' puasa dengan gambar-gambar ini :D

Bercakap-cakap tentang Ramadhan,persediaan dan meraikan ketibaannya seorang sahabat berkongsi sesuatu yang sangat berguna untuk semua yang bergelar Muslim khasnya wanita(atau perempuan,kawan-kawan Tah tak suka kalau sebut wanita,mereka kata macam orang tua sahaja! =.=)

Mungkin perkara ini boleh kita jadikan sebagai panduan dan tugasan agar Ramadhan kita kali ini menjadikan kita orang-orang yang bertaq
wa,insya-Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Al-Baqarah(Ayat 183)

1.Tetapkan matlamat Ramadhan

Tetapkan matlamat jangka masa pendek yang mesti dicapai apabila berakhirnya Ramadhan!

Teringat pesan seorang ustaz:Perkara yang paling sukar untuk dilakukan ialah istiqomah!

Juteru itu,dalam membuat matlamat Ramadhan kita,jangan lupa agar item 'istiqomah' dititik beratkan :) Bermula dari sedikit-sedikit pun tidak mengapa.Tetapi alang-alang Ramadhan datang setahun hanya sebulan,paling tidak setiap hari kita dalam bulan Ramdhan ini berlaku penambahbaikan.Takkan Ramadhan ini kita sambut biasa-biasa sahaja seperti bulan-bulan lain?

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

Banyakkan amalan kebaikan,sunat dan sunnah Rasulullah sollahu alaihi wasallam.Seperti:

-Bersahur
-Berbuka dengan tamar,berbuka sekadarnya agar badan cergas untuk berterawih dan qiam pada malam hari.
-Sedekah jariah
-Tadarus Al-
Quran
-Ziarah sahabat-sahabat

Boleh juga kita tetapkan matlamat apa yang kita ingin
tinggalkan untuk Ramadhan kali ini.Seperti:

-Merokok
-Tidur selepas Subuh
-Mengumpat,banyak bercakap perihal orang lain:banyak bercakap dibimbangi banyak salahnya nanti :)
-Buat kerja tidak berfaedah seperti menonton movie hib
uran semata-mata dan melayari internet serta laman sosial sahaja tanpa menunaikan hak terhadap manusia lain seperti berziarah.

2.Senaraikan doa-doa Ramadhan

Ramadhan datang membawa keberkatan.Juga telah dijanjikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,Lailatul Qadr.Maka gunakanlah peluang ini untuk berdoa,memohon kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tidak ada antara kita yang mengetahui bilakah Lailatul Qadr itu berlaku.Mungkin nasihat Ustaz Tah ketika di Kospint boleh kita jadikan panduan,Ustaz Syed Sheikh pernah berkata,

"Manfaatkan setiap malam pada bulan Ramadhan dengan berterawih dan qiamualail,insya-Allah kita akan dapat Lailatul Qadr sebab ia adalah salah satu dari malam-malam pada bulan Ramadhan"

Senaraikan doa-doa kita.Agar ketika berdoa kita tahu apa yang ingin kita minta dari Allah,tiada yang mustahil oleh-Nya.Doa bersungguh-sungguh.Yakinlah dengan doa kita.Islam agama yang mengajar umatnya sistem yang teratur.Sistematik :) Manalah tahu ada doa yang kita terlupa kan?Melayu kan mudah lupa =.=(macam tak ada kaitan kan?Okay,abaikan :P)

Kadang kala kita malu untuk berkongsi doa kita dengan sahabat-sahabat yang lain.Pada Tah,tidak ada salahnya kalau kita minta sahabat-sahabat yang lain mendoakan kita.Manalah tahu Allah perkenankan salah satu hajat kita yang didoakan oleh sahabat kita.Insya-Allah.

3.Kalau tak boleh solat,nak buat apa?(khas buat kaum hawa :))

Perkara ke-3 ini Tah tinggalkan buat kaum hawa yang membaca untuk merangka Ramadhan kalian.Allah itu Maha Adil.Sudah pasti ada hikmah mengapa perempuan mendapat cuti special case :D Namun suka Tah kongsikan beberapa cadangan yang telah Tah dan sahabat-sahabat lain fikirkan.Pilihlah,mana tahu ada yang berkenan di hati :P huhu...

-Menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa

-Ziarah sahabat-sahabat(Sudahlah tak puasa,janganlah tidur sahaja ye tak?hehe.

-Membaca bahan-bahan ilmiah

-Menjadi sukarelawan.Macam di Tanta,Ramadhan kali ini ada dua orang madam(panggilan kepada orang-orang Malaysia yang sudah berkahwin) yang sedang berpantang kalau tidak silap Tah.Apa kata yang tak boleh solat tu,tolong jagakan madam semasa padam solat terawih.Ingat tak risau ke padam nak tinggalkan isteri dia yang baru bersalin tu.huhu.Bila lagi nak tunjukkan skill jaga baby yang kalian ada tu :P

-Bersihkan rumah.Hari ini tiga kali Tah keluar rumah.Berjalan-jalan dengan tujuan :D Seronok sungguh melihat orang Arab bersemangat menyambut Ramadhan dengan menghias depan rumah mereka dengan Fanus(lampu aladin.Tak baik menipu bulan puasa kan?rupanya macam tanglung dan lampu berhias yang cantik dan berwarna-warni) dan bendera(sudah macam sukaneka gayanya!).Tidak kurang juga yang membasuh karpet dan membersihkan masjid sampai basah jalan :P(Jangan lupa kat sini tiada longkang,kalau jalan basah air akan bertakung~nasib baik musim panas,jadi cepat sikitlah kering :))
Ini Fanus kepunyaan Tah sendiri tau :) Dibeli pada Ramadhan tahun lalu di Awal Bahr

Semoga kita mendapat 'Ramadhan' yang kita masing-masing harapkan.Amin

"Ramadhan;permulaanya Rahmat,pertengahannya maghfirah(keampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka"

Satu hadis Rasulullah sollahu alaihi wasallam:

Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya,"Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.
Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ " Kemudian Jibril berkata lagi."Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”

Wallahu a'lam

*Tah suka puasa di Mesir sebab Tah akan berbuka puasa sekadarnya sahaja sebab di sini Tah dan ahli bait berbuka di Maidatur Rahman(Tempat berbuka puasa secara percuma).Makanan yang disajikan ialah nasi arab yang kurang masuk dengan selera Tah :P Di sini juga tiada bazar Ramadhan okay :D

*Tapi, jangan lupa doakan Tah berjaya dalam peperiksaan supaya Tah dapat balik Malaysia,berkongsi cara puasa yang best di sini dengan orang Malaysia.huhu...Insya-Allah :)

Ramadhan Kareem ;-)

Wednesday, July 13, 2011

Lelaki itu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dalam hidup Tah,Alhamdulillah Allah kurniakan ramai lelaki yang mewarnainya dengan warna pelangi bahagia.
gambar ni diambil pada hari Tah akan terbang semula ke Mesir selepas cuti evakuasi baru-baru ni.Ayah bersungguh mahu hantar Tah sendiri walaupun sibuk dengan urusan perkahwinan Abang Mir keesokan harinya.

Sebut tentang perkahwinan,siapa tak nak berkahwin?Apabila Tah pernah mengelak daripada bercakap tentang lelaki dan perkahwinan,ada yang menegur...

"Tah ni,bercakap seolah-olah tak nak kahwin je"

Allah...

Perasaan cinta,suka,sayang...Ingin memberi dan menerima,disayangi dan menyayangi itu kan fitrah yang Allah campakkan dalam hati-hati makhluknya?Masakan Tah mahu menidakkannya.Cuma kebelakangan ni,sejak datang ke Mesir terutamanya,Allah buka mata Tah bahawa perasaan itu sebenarnya boleh disalurkan kepada yang 'berhak' apabila tiba saat dan ketikanya.Dan bersyukurlah,dalam menempuh saat yang dijanjikan itu,Allah kurniakan Tah lelaki-lelaki hebat yang sentiasa menyayangi,membimbing, mengambil berat,dan peduli di saat orang lain tidak peduli.(Pada hakikatnya,hanya Allah yang sentiasa peduli nasib hamba-hambanya!)

1.Ayah
2.Abang-abang dan adik-adik lelaki
3.Anak-anak saudara :)
4.Pak cik-pak cik saudara

Kalau rindu,merekalah insan-insan yang akan Tah salurkan perasaan itu.Pesan Abang Cik masih Tah ingat sampai sekarang,

"Jaga hubungan lelaki dan perempuan,bercintalah selepas kahwin.Abang Cik lelaki,dan Abang Cik tahu 'buaya'nya lelaki!"

Kadang-kala Tah bukan bercakap sangat pun dengan mereka.Sekadar bertanya khabar,cerita kerenah anak masing-masing.Sudah mampu menenangkan hati,jiwa yang gelora.Allah itu Maha Mengetahui.Tah bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang besar.

Sepuluh orang adik-beradik.enam hero dan empat heroin.Tah ada empat orang abang dan kesemua mereka telah pun mendirikan rumah tangga.2 orang adik lelaki yang menjadi teman bergaduh,dari dulu sampai sekarang :DTiga orang kakak,tempat Tah mengadu,bermanja,berkongsi rasa,suka dan duka.Tidak dilupakan,seorang sepupu yang sudah kami anggap adik-beradik sendiri,darah daging kami...Kak Za,paling tua diantara kami bersebelas.Tinggal bersama kami semenjak berusia 5 tahun.


Dan antara semuanya pastilah Mak dan ayah insan yang paling disayangi.Walau bagaimanapun,sebagai muslim,sentiasa mengingatkan diri...Cinta kepada Allah dan Rasul itu harus melebihi segala-galanya,hatta mak dan ayah sekalipun.

Sejak dari darjah 3,Tah satu-satunya anak perempuan yang tinggal di rumah bersama ayah,mak dan adik-adik lelakiku.Banyak masa dihabiskan bersama ayah.Ayah seorang yang hebat pada kaca mata Tah(Tah memang pakai kaca mata pun.huhu).Kalau tidak,masakan mungkin Tah menggariskan ciri-ciri lelaki idaman Tah suatu hari nanti persis Ayah?Insya-Allah...

Perkara yang membuatkan hati ini terlalu kagum pada ayah yang sangat sukar Tah lihat pada lelaki masa kini,hatta abang-abang Tah sekalipun ialah:

1.Solat berjemaah di masjid setiap hari.Kadang-kala di waktu sakit pun ayah masih gagahkan diri ke masjid.

2.Sentiasa berkopiah.Itulah ayah.

3.Terbuka dan rasional terhadap masalah anak-anak.

Perkara ke-3 inilah yang ingin Tah kongsikan pada hari ini.Ayah sayangkan semua anak-anaknya.Tapi pada pengamatan Tah,ayah lebih rapat dengan anak-anak perempuannya.Apabila bercakap tentang anak perempuan,tugas terbesar kedua ibu bapanya terutama ayah ialah mengahwinkan anak-anak perempuan mereka apabila tiba masanya.

Kadang-kala terasa lucu apabila teringat yang mak hampir mengamuk sakan apabila ayah mengiakan kehendak kakak yang meminta izin untuk mendirikan rumah tangga ketika berusia 19 tahun beberapa tahun yang lalu.Ketika itu Tah masih di sekolah menengah.Tetapi atas perbincangan kesemua ahli keluarga(Tah pun tak tahu sangat,sebab hal ini diketegorikan sebagai masalah orang-orang tua :P)kakak tak jadi kahwin.

Cuti evakuasi baru-baru ini,Tah banyak menghabiskan masa bersembang dengan ayah.Tah bertanya pada ayah tentang persoalan mengapa ibu bapa susah untuk membenarkan anak-anak mereka kahwin awal,malah lebih rela melihat maksiat berlaku(walaupun pada hakikatnya,semua ibu bapa mahukan yang terbaik pada anak-anak,tetapi tindakan mereka sedikit sebanyak menyatakan bahawa sebenarnya merekalah yang membenarkan maksiat itu terus berlaku lebih-lebih lagi dalam zaman kejatuhan akhlak remaja hari ini).

Ayah tenang menjawab.Semuanya berbalik kepada agama.Islam itu mudah.Andai ibu bapa benar-benar memahami syariat Islam,pasti mereka juga akan bertindak seperti ayah.Bukan ayah tak sayangkan anak-anaknya.Malah kerana sayanglah ayah membenarkan anak-anak berkahwin dengan jodoh pilihan masing-masing.Walaupun keluarga kami dilihat sebagai keluarga yang mempunyai asas didikan agama yang kuat,namun ada yang kepelikan melihat calon menantu ayah yang pada pandangan mereka mungkin ada yang lebih baik daripada itu.Tapi ayah berfikir diluar kotak.Alhamdulillah,Tah melihat perubahan itu pada saudara ipar Tah selepas mereka masuk ke dalam keluarga kami.Dakwah ayah hebat!

Bercakap soal masalah perceraian yang banyak berlaku pada hari ini,ayah juga masih dengan jawapan yang sama.Kata ayah,dulu ketika masih muda,ayah juga pernah diuji.Terpaksa keluar hanya berdua: lelaki dan perempuan bukan mahram,atas urusan kerja.Ayah juga manusia biasa.Masakan tidak bernafsu?Allah jaga ayah.Kata ayah lagi,itu peringatan yang Allah bagi pada ayah untuk disampaikan pada anak-anak.

Bercakap soal pelajaran,ayah tidak pernah memaksa kami anak-anak mengikut kehendak ayah.Malah ayah banyak mengikut kehendak kami.Ketika kakak ingin menyambung persekolahan di sekolah menengah teknik dari sekolah menengah agama,mak mempertikaikannya.Kalau dilihat pada mata kasar memang banyak buruk dari baiknya natijah yang bakal kakak terima,namun Allah memelihara orang-orang yang sentiasa mahu dekat padanya.Alhamdulillah,itu natijah yang terbaik buat kakak pada pengamatan Tah,seorang hamba yang hina.Berkat kerasionalan ayah berfikir.

Ayah juga tenang menghadapi masalah.Tah turut mendengar perkara yang sama daripada sahabat-sahabat yang lain.Kata mereka, ayah mereka juga lebih tenang menghadapi masalah berbanding ibu masing-masing.Mungkin itulah hikmah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.Subhanallah!

Dan tadi,Tah tak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika mendengar nasihat dari ayah melalui telefon.Tah tahu,ayah tahu dilema yang Tah hadapi justeru soalan itu yang terpacul dari mulut Tah...

"Ayah,bukan ke dalam surah An-Nahl,ayat 11 Allah ada beritahu bahawa Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang ubah nasib mereka...tapi macam mana pula dengan takdir Allah yang selama ini kita tahu sudah tertulis untuk kita di luh mahfuz?Kawan Tah kata,jangan takut dengan result exam sebab result tu memang dah ada..."

Suara sudah mulai serak.Air mata mengalir.Dengan ujian yang Allah bagi pada Tah sekarang,Tah kadang-kala lemah.Kalau derita ini Tah tanggung seorang diri mungkin Tah masih kuat.Tapi Tah sentiasa terfikir akan perasaan mak dan ayah andai result Tah nanti tidak seperti yang mereka harapkan.Allah...sesak dada setiap kali berfikir sedemikian.Sudahlah yuran perbelanjaan tahun ini ayah tanggung.Bukan sedikit.Puluhan ribu.Ayah gadaikan tanah.Ayah sudah pencen.Mak yang sudah tua pula masih sanggup menyambung tender kantin dari setahun ke setahun.

Masih Tah ingat kata-kata mak melalui telefon tahun lepas...

"Tah belajar sungguh-sungguh ye.Tahun ni mak sambung lagi tender kantin.Kalau boleh,mak nak Tah balik tiap-tiap tahun.Tak apalah susah-susah sikit..."

Masa tu hanya Allah yang tahu persaan Tah.Mak memang dari dulu kata yang mak sudah tidak larat untuk mengabung tender kantin itu.Kata mak,mak sudah tua.Ya Allah,kerana Tah ke mak buat semua ni???

Dan ayah tenang je jawab.Berhati-hati.Tah tahu ayah teramat faham perangai Tah.Tah tahu yang ayah memahami gelora hati Tah saat itu.

"Memang betul semuanya Allah dah atur.Tapi kita boleh berdoa.Doa dan doa.Doa sungguh-sungguh.Allah itu Maha Mendengar.Adakah Allah tak boleh ubah takdir-Nya?Masakan tidak.Allah Maha Berkuasa.Kita hamba sahaja.Kita tak tahu ilmu Allah yang Maha Luas.Berdoalah.Teruskan berusaha.Tah faham kan?"

Lagi lajulah menangis.

Terima kasih Allah,kurniakan aku seorang ayah sebagai perantaraanMu menghilangkan resah gelisah hatiku.

Ayah,maafkan Tah andai Tah tak dapat jadi seorang anak seperti yang ayah harapkan.Tah tahu Tah bukan anak yang solehah.

Mak pernah kata pada Tah setiap kali mak ingin menegur kesilapan ayah.(Ayah juga manusia biasa,pernah buat silap)Tah sahajalah yang tegur ayah.Kalau Tah yang tegur,ayah dengar.Tak marah.

Tah rasakan ayah,mesti sebab ayah sayang lebih kat Tah kan?hehe.

"Ayah rindukan Tah tak?"
"Mestilah rindu..."

Tah pun rindu ayah...Tah tahu ayah bukan nak ambil hati Tah sahaja.Sebab dari suara ayah,Tah tahu ayah sunyi di rumah.Anak-anak semua dah besar-besar.Berkahwin dan bawa hala tuju sendiri.Setahun hanya 2,3 kali dapat bertemu mata itupun hanya beberapa hari sahaja.

"Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami,
dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil"
Amin...

p/s:doakan Tah ye,minggu depan kertas peperiksaan akhir yang terakhir untuk tahun ini.Insya-Allah~Amin!!!

Friday, July 8, 2011

Lusa nak periksa!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Kalau tengok tajuk entry mesti ingat nak suruh kalian doakan Tah kan?tu je kerja budak ni kalau dia buat entry baru.huhu.Itu sudah pasti! :D

Sebenarnya ada satu cerita sedih berlaku petang tadi.Ingat tak Tah pernah cerita tentang ikan-ikan emas Tah.Petang tadi Mas pula yang mati.T_T

"Tengok mata dia Tah,ada warna merah?"
"Seksa sakaratul maut kot" T_T

Berat mata memandang,berat lagi bahu Tah yang memikul.Sudah 2 ekor ikan emas Tah mati.Keduanya mati beberapa hari sebelum kertas peperiksaan seterusnya.Haish...

"Tah,lepas ni cukup la beli ikan ye?Tak nak Tah sedih-sedih lepas ni kalau ikan Tah mati lagi..."

T_T

Tinggal seekor je lagi.Tehee :)

Insya-Allah kalau Tehee pun umur tak panjang Tah tidak akan beli lagi ikan emas.

Ikan lain mungkin!Maaf ye ahli bait :P

Tah suka bela ikan,nak buat macam mana?

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
(Ali-Imran:ayat 185)

Sekian.
Ma3assalamah~

p/s:mungkin lepas ni nak tanam pokok pula?Idea yang bernas Tah!yea~ :D

Sunday, July 3, 2011

Puasa.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Fuhhhhhhhh...Penatnya hari ni,menaip dua entry.hehe.Bukan apa,kalau ikutkan hati yang sedang bergelora menanti tibanya tanggal 10 Julai takkan ku buka blog ini lagi :D (jangan lupa doakan Tah!Tu tarikh kertas peperiksaan Physiology)

Pagi tadi tu saja-saja je buat post pasal lagu tu.Menghilangkan mengantuk!Tapi copy and paste sahaja.huhu.Dalam pukul 10 pagi tadi seorang sahabat buzz yahoo messenger Tah,bertanyakan persoalan tentang puasa,qada' dan fidyah.hoho.Sudah macam tajuk buku ni :P Terfikir peri pentingnya peranan kita sebagai muslim untuk merungkaikan permasalah dan kekusutan muslim yang lain,Tah taip juga entry ini.

Tah ni selalu je lupa apa yang belajar dulu-dulu.haish.Akhirnya Tah telefonlah kakak di Malaysia.

Kakak:Ala,google je.Ke tak tahu macam mana nak cari?

Oit,baik-baik sikit ye!!!

Tah:bukanlah!Orang saja je nak uji ustazah.Ustazah kena biasakan diri dengan soalan-soalan macam ni tau.Persediaan berhadapan dengan masyarakat!haha...


Tah dan kakak: bla..bla..bla

Almaklumlah,Ramadhan dah makin hampir.Baru-baru ni pun ramai juga Tah dengar yang bercakap-cakap tentang persoalan ini.Maklumlah perempuan.Setiap tahun pasti akan yang perlu diganti.Tapi jangan ingat lelaki tiada ye!Terasa terpanggil untuk berkongsi dua link yang Tah rasa penting untuk kita semua.Mungkin ada antara kita pernah melalui zaman hitam(zaman tak tahu sangat hukum-hakam agama).Dan mungkin ada yang malu untuk bertanya.

Insya-Allah link ni sangat mudah difahami dan sangat praktikal.Rupa-rupanya,puasa yang sudah lama ditinggalkan(sejak baligh) tetap wajib diqada' selagi mampu.Bagi fidyah pula,akan berganda setiap kali melepasi Ramadhan berikutnya.Link ni sudah disusun dengan sistematiknya untuk memudahkan pengiraan fidyah.Link ni pula,ada sedikit soal-jawab dan sedikit pencerahan bagi mereka yang masih samar-samar~

waallahua3lam.

Semoga membantu.Moga Allah redha :)

P/S:terima kasih sahabat yang bertanya dan Kak Cah,kakakku yang sudi menjawab :D
Zaman sekarang ramai orang tanya ustazah Googliah :P

Aku cinta Allah


Aku cinta Allah: Wali band

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah

Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir

Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah

Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Aku lemah tanpaMu aku lelah

Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir

Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah

Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah