Sunday, April 22, 2012

Bintu Sabil : Biar ini menjadi kenangan buat kalian kelak :')

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sejak seminggu password facebook ditukar oleh Kak Wani, housemate tercinta atas permintaan Tah juga untuk memberi lebih tumpuan pada exam yang akan tiba tidak lama lagi, muncul pula idea 'bernas' untuk mengisi 'kekosongan' masa yang ada dengan menulis kembali di blog ini. Sekali tengok blog ini sudah seperti "hidup segan,mati tak mahu" huhu...

Tah pernah baca 2 blog berkisar tentang pesakit cancer Kasih Hingga Ke Syurga dan Not the primrose path setiap kali baca pasti menitiskan air mata!Kalau
ada masa,berkunjunglah ke sana...
Blog Kasih Hingga Ke Syurga ialah tulisan seorang ibu,mempunyai anak seorang pesakit cancer yang Alhamdulillah hampir 100% pulih dari sakitnya itu :') Blog Not the primrose path,dulu ditulis sendiri oleh pesakit tersebut tetapi Allah lebih sayangkan arwah...Kini si ibu meneruskan kesinambungan blog tersebut buat tatapan pembaca setianya.

Tidak semua perkara dalam hidup kita,kita dan orang sekeliling kita akan ingat sampai bila-bila.Takdir Allah pada masa akan datang hanya pada pengetahuan-Nya sahaja.Walau mungkin sesetengah perkara kita kata bahawa kita ingin lupakan buat selama-lamanya pada hari ini,namun tidak pada hari esok.Justeru,Insya-Allah Tah sendiri akan berusaha menulis di blog paling kurang seminggu sekali...huhu (ye lah tu kan :P) Paling tidak,berkongsi perkara yang baik boleh jadi saham di 'sana' kelak... :D

Cerita Sabtu,21 April 2012

Sejak berpindah ke rumah baru ini,hari Sabtu merupakan antara hari yang sibuk buat Tah.Sebab?huhu...hari giliran Tah memasak.Alhamdulillah,bersyukur pada Allah tempatkan diri ini di bumi yang jauh dari keluarga,sekurang-kurangnya skill memasak meningkat sedikit demi sedikit,tidak lagi di tahap nasi goreng sahaja...hehe.Tah 'terkenal' dalam keluarga dengan kepakaran memasak nasi goreng yang sedap tau!Sebab itu sahaja menu yang Tah pernah dan selalu masak untuk mereka :D

Selepas solat zohor bersiap-siap ke kelas mengaji dengan ustazah arab.Semalam kami dapat 2 pelajar baru.Seorang saudara ustazah,baru 15tahun tapi lebih tinggi dari kami semua :) Katanya, dia berminat untuk berkenalan dengan kami kerana pernah ke Malaysia empat bulan yang lepas kerana menyertai 'jambori'?(Tah pun tak tahu nak eja macam mana.hehe)Seorang lagi seorang ibu muda,berusia sebaya kami berusia 21tahun dan berasal dari Amerika.Datang mengaji bersama anaknya yang comel,Hafsah.

Kebiasaannya setiap kali lepas mengaji,kami akan belajar asas-asas bahasa Arab Amiah dan berbual-bual tentang apa-apa topik menarik sekitar kehidupan kami setelah seminggu berpisah :D

Kebetulan,beberapa hari sebelum itu,pelajar tahun tiga mengikuti lawatan/jaulah anjuran gamaah/universiti kami(hanya kepada mereka yang sudah menjelaskan yuran! :P) ke Montaza,Iskandariah/Alexandria...Tah sendiri kalau tak silap sudah dua kali ke sana...Tak termasuk kali ke-3 yang hanya lepak di pasaraya berdekatan kerana sudah bosan dan tak larat untuk bersiar-siar di kawasannya yang luas itu...huhu.Kali ini Tah tak pergi sebab Tah tahun 2 sobsss~


-gambar ihsan ammu/pak cik google :D

Montaza sebenarnya kawasan istana Sultan/King Farouq,Raja terakhir kerajaan Mesir.Sekarang Mesir hanya ada Presiden yang masih belum tahu siapakah calonnya(Doakan untuk Mesir,Malaysia dan negara-negara Islam yang lain ye kawan-kawan!)Mia,roomate Andi bertanya pada ustazah,siapakah King Farouq,jahat atau baikkah beliau?Lalu dengan pantas ada antara kami yang menjawab,


"JAHAT!"

Dengan tenang ustazah menerangkan,

"Dari sudut apa kamu bertanya?Dari sudut pemerintaha
n?atau dari sudut dia sebagai seorang Muslim?Mungkin dia jahat pada satu sudut,tapi tidak pada perkara yang lain"

Allahu Allah... :'(

Teringat pada kata-kata para asatizah yang selalu kita dengar...

"Kalau benci seseorang,benci pada sikap buruknya sahaja,benci pada perbuatan jahatnya sahaja.Tetapi jangan kita benci dirinya,kerana dia juga
makhluk Allah s.w.t"

p/s: Kalau Tah ingat,Tah akan cari sumber dari mana kata-kata ini terbit,Mungkin ada ayat Al-Quran atau hadis yang boleh kita jadikan bahan rujukan...in
sya-Allah

Cerita Ahad,22 April 2012

Hari ini hari pertama kuliah bermula setelah seminggu cuti
spring...

-Hari ini Puan Google kata Earth Day... :)

Alhamdulillah Tah agak bersemangat.hehe.Sehinggalah ke kelas terakhir,kelas histology.Tak tahu kenapa,tapi Tah sendiri pelik kenapa Tah sedikit hyperactive kalau kelas histo ni... huhu.

Doktor yang mengajar hari ini merupakan antara doktor kegemaran Tah(boleh juga ye doktor kegemaran? :P) Dr Khalid.Doktor suruh kami ulang setiap kali beliau ajar,katanya hafal terus, nanti saya akan panggil salah seorang dari kamu ke hadapan untuk ulang apa yang saya ajar kepada semua.Tah seperti biasa,dengan kuasa suara lebih tinggi dari yang lain mengulang setiap patah perkataan yang doktor sebut sambil menghafal...

Pada mulanya Tah nak volunteer,tapi asyik orang lain yang angkat tangan dulu(padahal cuak :P) Tajuk awal-awal mudah dan sikit...Bila masuk bahagian yang mula susah dan banyak Tah main-main angkat tangan,sekali Dr Khalid nampak dan panggil ke depan...

uwaaaaaaaaaaaaaaa.....malunya!huhu...bukan setakat terketar-ketar...banyak pula salahnya tu!aish...bikin malu company aje... :D

"I know u will never forget after this"kata Dr Khalid yang hensem tapi sudah berkahwin dan rasanya sudah ada anak...hehe

"I wish too Dr!and Insya-Allah next time I will try again!yeah~~~"kata Tah dalam hati...kui kui kui :))

Doakan Tah ye semua!...Semoga apa yang kalian doakan,Allah balas dengan perkara yang lebih baik buat kalian juga...amin!

Lots of love,
Tah Tanta 5:56pm,22 April 2012

No comments:

Post a Comment