Friday, November 23, 2012

Impianku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan.

Kalau anda pengunjung setia blog Tah(eceh,perasan!),pasti kalian perasan yang suatu ketika dulu Tah ada letak satu kotak kat bahagian tepi sebelah kanan blog Tah ni,Impian-impian Tah~Tapi dah buang.hehe.Tah pun tak ingat kenapa.Mungkin masa tengah frust xdapat naik tahun kot >.< Macam budak-budak kan?huhu.

Dulu,sebab utama Tah letak benda alah tu kat blog ni sebab Tah pernah tengok satu video yang sangat memberikan Tah insiprasi di Youtube.Bila Tah cari semula,dah tak jumpa.Mungkin Tah yang lupa tajuk video tu.Video itu mengisahkan seorang lelaki Indonesia yang terinspirasi daripada gurunya untuk senaraikan semua impian dalam hidup di atas satu kertas yang besar.Dia mengenaraikan sebanyak 100 impiannya.Setiap kali impiannya berjaya dikecapi,dia akan 'potong'.Satu demi satu impian dia tercapai.Ketika video itu dibuat dia telah pun mencapai hampir 80+ kalau tak silap daripada impian-impian yang telah dia senaraikan.Impian dia bukan biasa-biasa tau!Impian-impian 'kecil' pun disenaraikan.

Kadang-kala kita punya impian,punya cita-cita,punya harapan.Tapi kita lupa akan impian kita,lantas kita tidak berdoa untuk sampai kepada impian kita itu.Itu tujuan utama kita tampal impian kita.Agar kita sentiasa ingat,sentiasa berdoa,sentiasa berusaha mencapai target kita itu.

Kedua,kita membuatkan orang-orang yang membacanya untuk mengingatkan sekiranya kita lupa.Mendoakan kejayaan kita dan tumpang gembira atas pencapaian kita.

Kenapa Tah bercerita tentang sesuatu yang telah Tah 'buang' ni?hehe.Insya-Allah bila ada masa sikit esok,lusa atau bila-bila...Tah akan letak balik ^_^ Sebenarnya hari ni dapat berita gembira dari Malaysia.Abang dan kakak Tah yang baik sangat di Malaysia tu sudi menaja Tah untuk bercuti pada cuti musim sejuk nanti dengan syarat Tah kena belajar bersungguh-sungguh,insya-Allah.Alhamdulillah.

Niat di hati nak ke Luxor dan Aswan.Tapi kena dapat izin dari mak dan ayah dulu.Mak macam biasa,keselamatan mesti terjamin,baru dapat pergi.Tengah-tengah seronok membayangkan Luxor dan Aswan di depan buku Parasite,tiba-tiba Tah teringat akan impian-impian Tah sebelum ni.

Rupa-rupanya dah banyak yang tercapai.Walaupun ada yang dapat setelah setahun ditangguhkan seperti naik ke tahun 3.Tah dah pergi jalan-jalan Sinai,Fayyoum dan insya-Allah akan datang Luxor dan Aswan.Memang la tak ke luar negara macam kawan-kawan yang lain,tapi dah luar dari Malaysia dan Tanta.hehe.Alhamdulillah...

Cepat atau lambat.Itu bukan urusan kita.Bila lambat Allah bagi,kemanisan mengecapi impian kita itu lebih bermakna!Kadang-kadang kita memasang impian yang salah!Teringat Tah satu ayat Al-Quran tapi Tah lupa surah apa,maksudnya lebih kurang begini...

"Mereka bersungguh-sungguh berdoa,sedangkan mereka tidak sedar perkara itu tidak baik untuk mereka"

Bila baca ayat tu rasa takut sangat.Baik atau buruk sesuatu perkara bukan dalam ilmu kita.Itu ilmu Allah s.w.t.Sebab itu,setiap kali berdoa jangan lupa berdoa agar dikurniakan sesuatu yang baik di sisi-Nya juga.

Dah nak masuk dua bulan Tah kembali ke Mesir selepas cuti musim panas yang panjang :) Alhamdulillah.Bersama keluarga memang tak pernah puas.Rasa macam sekejap sangat.Seronok dapat jumpa anak buah baru yang dah besar!Khaira Auni,anak Abang Amir dan Kak Ain.Seronok dapat tengok wajah-wajah insan tersayang.Gembira melihat Malaysia yang hijau ^_^

Kembali ke Mesir,bermakna tugas besar yang tergalas di bahu ini harus diteruskan.Tahun tiga yang memenatkan.Cuti hanya sehari seminggu.Itu pun segala program persatuan,semuanya nak buat hari Jumaat,cuti yang sehari itu.huhu.Seronok juga hidup dalam kesibukan.Kurang sikit lagha...(ye2 je :p )

Too much to learn,too much to remember!Doakan Tah dan kawan-kawan ye!

Nikmat yang sering kita lupa...kesihatan dan masa lapang.Allah~~~

Jauh lagi perjalanan bintu sabil ini di bumi Mesir...

No comments:

Post a Comment