Wednesday, July 13, 2011

Lelaki itu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dalam hidup Tah,Alhamdulillah Allah kurniakan ramai lelaki yang mewarnainya dengan warna pelangi bahagia.
gambar ni diambil pada hari Tah akan terbang semula ke Mesir selepas cuti evakuasi baru-baru ni.Ayah bersungguh mahu hantar Tah sendiri walaupun sibuk dengan urusan perkahwinan Abang Mir keesokan harinya.

Sebut tentang perkahwinan,siapa tak nak berkahwin?Apabila Tah pernah mengelak daripada bercakap tentang lelaki dan perkahwinan,ada yang menegur...

"Tah ni,bercakap seolah-olah tak nak kahwin je"

Allah...

Perasaan cinta,suka,sayang...Ingin memberi dan menerima,disayangi dan menyayangi itu kan fitrah yang Allah campakkan dalam hati-hati makhluknya?Masakan Tah mahu menidakkannya.Cuma kebelakangan ni,sejak datang ke Mesir terutamanya,Allah buka mata Tah bahawa perasaan itu sebenarnya boleh disalurkan kepada yang 'berhak' apabila tiba saat dan ketikanya.Dan bersyukurlah,dalam menempuh saat yang dijanjikan itu,Allah kurniakan Tah lelaki-lelaki hebat yang sentiasa menyayangi,membimbing, mengambil berat,dan peduli di saat orang lain tidak peduli.(Pada hakikatnya,hanya Allah yang sentiasa peduli nasib hamba-hambanya!)

1.Ayah
2.Abang-abang dan adik-adik lelaki
3.Anak-anak saudara :)
4.Pak cik-pak cik saudara

Kalau rindu,merekalah insan-insan yang akan Tah salurkan perasaan itu.Pesan Abang Cik masih Tah ingat sampai sekarang,

"Jaga hubungan lelaki dan perempuan,bercintalah selepas kahwin.Abang Cik lelaki,dan Abang Cik tahu 'buaya'nya lelaki!"

Kadang-kala Tah bukan bercakap sangat pun dengan mereka.Sekadar bertanya khabar,cerita kerenah anak masing-masing.Sudah mampu menenangkan hati,jiwa yang gelora.Allah itu Maha Mengetahui.Tah bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang besar.

Sepuluh orang adik-beradik.enam hero dan empat heroin.Tah ada empat orang abang dan kesemua mereka telah pun mendirikan rumah tangga.2 orang adik lelaki yang menjadi teman bergaduh,dari dulu sampai sekarang :DTiga orang kakak,tempat Tah mengadu,bermanja,berkongsi rasa,suka dan duka.Tidak dilupakan,seorang sepupu yang sudah kami anggap adik-beradik sendiri,darah daging kami...Kak Za,paling tua diantara kami bersebelas.Tinggal bersama kami semenjak berusia 5 tahun.


Dan antara semuanya pastilah Mak dan ayah insan yang paling disayangi.Walau bagaimanapun,sebagai muslim,sentiasa mengingatkan diri...Cinta kepada Allah dan Rasul itu harus melebihi segala-galanya,hatta mak dan ayah sekalipun.

Sejak dari darjah 3,Tah satu-satunya anak perempuan yang tinggal di rumah bersama ayah,mak dan adik-adik lelakiku.Banyak masa dihabiskan bersama ayah.Ayah seorang yang hebat pada kaca mata Tah(Tah memang pakai kaca mata pun.huhu).Kalau tidak,masakan mungkin Tah menggariskan ciri-ciri lelaki idaman Tah suatu hari nanti persis Ayah?Insya-Allah...

Perkara yang membuatkan hati ini terlalu kagum pada ayah yang sangat sukar Tah lihat pada lelaki masa kini,hatta abang-abang Tah sekalipun ialah:

1.Solat berjemaah di masjid setiap hari.Kadang-kala di waktu sakit pun ayah masih gagahkan diri ke masjid.

2.Sentiasa berkopiah.Itulah ayah.

3.Terbuka dan rasional terhadap masalah anak-anak.

Perkara ke-3 inilah yang ingin Tah kongsikan pada hari ini.Ayah sayangkan semua anak-anaknya.Tapi pada pengamatan Tah,ayah lebih rapat dengan anak-anak perempuannya.Apabila bercakap tentang anak perempuan,tugas terbesar kedua ibu bapanya terutama ayah ialah mengahwinkan anak-anak perempuan mereka apabila tiba masanya.

Kadang-kala terasa lucu apabila teringat yang mak hampir mengamuk sakan apabila ayah mengiakan kehendak kakak yang meminta izin untuk mendirikan rumah tangga ketika berusia 19 tahun beberapa tahun yang lalu.Ketika itu Tah masih di sekolah menengah.Tetapi atas perbincangan kesemua ahli keluarga(Tah pun tak tahu sangat,sebab hal ini diketegorikan sebagai masalah orang-orang tua :P)kakak tak jadi kahwin.

Cuti evakuasi baru-baru ini,Tah banyak menghabiskan masa bersembang dengan ayah.Tah bertanya pada ayah tentang persoalan mengapa ibu bapa susah untuk membenarkan anak-anak mereka kahwin awal,malah lebih rela melihat maksiat berlaku(walaupun pada hakikatnya,semua ibu bapa mahukan yang terbaik pada anak-anak,tetapi tindakan mereka sedikit sebanyak menyatakan bahawa sebenarnya merekalah yang membenarkan maksiat itu terus berlaku lebih-lebih lagi dalam zaman kejatuhan akhlak remaja hari ini).

Ayah tenang menjawab.Semuanya berbalik kepada agama.Islam itu mudah.Andai ibu bapa benar-benar memahami syariat Islam,pasti mereka juga akan bertindak seperti ayah.Bukan ayah tak sayangkan anak-anaknya.Malah kerana sayanglah ayah membenarkan anak-anak berkahwin dengan jodoh pilihan masing-masing.Walaupun keluarga kami dilihat sebagai keluarga yang mempunyai asas didikan agama yang kuat,namun ada yang kepelikan melihat calon menantu ayah yang pada pandangan mereka mungkin ada yang lebih baik daripada itu.Tapi ayah berfikir diluar kotak.Alhamdulillah,Tah melihat perubahan itu pada saudara ipar Tah selepas mereka masuk ke dalam keluarga kami.Dakwah ayah hebat!

Bercakap soal masalah perceraian yang banyak berlaku pada hari ini,ayah juga masih dengan jawapan yang sama.Kata ayah,dulu ketika masih muda,ayah juga pernah diuji.Terpaksa keluar hanya berdua: lelaki dan perempuan bukan mahram,atas urusan kerja.Ayah juga manusia biasa.Masakan tidak bernafsu?Allah jaga ayah.Kata ayah lagi,itu peringatan yang Allah bagi pada ayah untuk disampaikan pada anak-anak.

Bercakap soal pelajaran,ayah tidak pernah memaksa kami anak-anak mengikut kehendak ayah.Malah ayah banyak mengikut kehendak kami.Ketika kakak ingin menyambung persekolahan di sekolah menengah teknik dari sekolah menengah agama,mak mempertikaikannya.Kalau dilihat pada mata kasar memang banyak buruk dari baiknya natijah yang bakal kakak terima,namun Allah memelihara orang-orang yang sentiasa mahu dekat padanya.Alhamdulillah,itu natijah yang terbaik buat kakak pada pengamatan Tah,seorang hamba yang hina.Berkat kerasionalan ayah berfikir.

Ayah juga tenang menghadapi masalah.Tah turut mendengar perkara yang sama daripada sahabat-sahabat yang lain.Kata mereka, ayah mereka juga lebih tenang menghadapi masalah berbanding ibu masing-masing.Mungkin itulah hikmah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.Subhanallah!

Dan tadi,Tah tak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika mendengar nasihat dari ayah melalui telefon.Tah tahu,ayah tahu dilema yang Tah hadapi justeru soalan itu yang terpacul dari mulut Tah...

"Ayah,bukan ke dalam surah An-Nahl,ayat 11 Allah ada beritahu bahawa Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang ubah nasib mereka...tapi macam mana pula dengan takdir Allah yang selama ini kita tahu sudah tertulis untuk kita di luh mahfuz?Kawan Tah kata,jangan takut dengan result exam sebab result tu memang dah ada..."

Suara sudah mulai serak.Air mata mengalir.Dengan ujian yang Allah bagi pada Tah sekarang,Tah kadang-kala lemah.Kalau derita ini Tah tanggung seorang diri mungkin Tah masih kuat.Tapi Tah sentiasa terfikir akan perasaan mak dan ayah andai result Tah nanti tidak seperti yang mereka harapkan.Allah...sesak dada setiap kali berfikir sedemikian.Sudahlah yuran perbelanjaan tahun ini ayah tanggung.Bukan sedikit.Puluhan ribu.Ayah gadaikan tanah.Ayah sudah pencen.Mak yang sudah tua pula masih sanggup menyambung tender kantin dari setahun ke setahun.

Masih Tah ingat kata-kata mak melalui telefon tahun lepas...

"Tah belajar sungguh-sungguh ye.Tahun ni mak sambung lagi tender kantin.Kalau boleh,mak nak Tah balik tiap-tiap tahun.Tak apalah susah-susah sikit..."

Masa tu hanya Allah yang tahu persaan Tah.Mak memang dari dulu kata yang mak sudah tidak larat untuk mengabung tender kantin itu.Kata mak,mak sudah tua.Ya Allah,kerana Tah ke mak buat semua ni???

Dan ayah tenang je jawab.Berhati-hati.Tah tahu ayah teramat faham perangai Tah.Tah tahu yang ayah memahami gelora hati Tah saat itu.

"Memang betul semuanya Allah dah atur.Tapi kita boleh berdoa.Doa dan doa.Doa sungguh-sungguh.Allah itu Maha Mendengar.Adakah Allah tak boleh ubah takdir-Nya?Masakan tidak.Allah Maha Berkuasa.Kita hamba sahaja.Kita tak tahu ilmu Allah yang Maha Luas.Berdoalah.Teruskan berusaha.Tah faham kan?"

Lagi lajulah menangis.

Terima kasih Allah,kurniakan aku seorang ayah sebagai perantaraanMu menghilangkan resah gelisah hatiku.

Ayah,maafkan Tah andai Tah tak dapat jadi seorang anak seperti yang ayah harapkan.Tah tahu Tah bukan anak yang solehah.

Mak pernah kata pada Tah setiap kali mak ingin menegur kesilapan ayah.(Ayah juga manusia biasa,pernah buat silap)Tah sahajalah yang tegur ayah.Kalau Tah yang tegur,ayah dengar.Tak marah.

Tah rasakan ayah,mesti sebab ayah sayang lebih kat Tah kan?hehe.

"Ayah rindukan Tah tak?"
"Mestilah rindu..."

Tah pun rindu ayah...Tah tahu ayah bukan nak ambil hati Tah sahaja.Sebab dari suara ayah,Tah tahu ayah sunyi di rumah.Anak-anak semua dah besar-besar.Berkahwin dan bawa hala tuju sendiri.Setahun hanya 2,3 kali dapat bertemu mata itupun hanya beberapa hari sahaja.

"Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami,
dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil"
Amin...

p/s:doakan Tah ye,minggu depan kertas peperiksaan akhir yang terakhir untuk tahun ini.Insya-Allah~Amin!!!

4 comments:

  1. touching la tah :') alhamdulillah dpt rasa membesar dengan seorang ayah :')

    saya pun membesar dlm situasi lelaki yg ramai, sebab tu mcm kasar dan ganas. HAHA. (tapi asal tah kekok nk cakap mcm gaya lelaki? nk eja chow pun tanya :p)

    ReplyDelete
  2. oit,dinosour hijau jahat!
    >_<...
    tu sbb saya mmg ayu sjk azali..
    alhamdulillah..haha
    abg2 kite jauh beza umur dgn kite n kakak.
    diorg satu batch,kitorg batch bawah..huhu
    diorg xckp lu der,bro..hehe
    kitorg kan org ganu...

    ReplyDelete
  3. cun...agak2 ayah tah bce dop post neyh?

    ReplyDelete
  4. ko tengok ke cite cun? :D
    ntah la...die pernah cakap,atiqah-abdullah tu blog tah kan?tapi xde pulak die ckp pape.die jumpe secara xsengaja rsenye.

    ReplyDelete