Sunday, July 31, 2011

Ahlan ya Ramadhan :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah,malam ini bermulalah 'persekolahan' kita semua Umat Islam di Madrasah Ramadhan :)

Petang tadi,meraikan ketibaan Ramadhan, Tah keluar makan-makan bersama beberapa orang sahabat.Oleh kerana kesemua kami perempuan maka 'cerita' yang dikongsikan juga banyak berkisar tentang hal ehwal wanita :D Diharap tiadalah yang 'terbuka' puasa dengan gambar-gambar ini :D

Bercakap-cakap tentang Ramadhan,persediaan dan meraikan ketibaannya seorang sahabat berkongsi sesuatu yang sangat berguna untuk semua yang bergelar Muslim khasnya wanita(atau perempuan,kawan-kawan Tah tak suka kalau sebut wanita,mereka kata macam orang tua sahaja! =.=)

Mungkin perkara ini boleh kita jadikan sebagai panduan dan tugasan agar Ramadhan kita kali ini menjadikan kita orang-orang yang bertaq
wa,insya-Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Al-Baqarah(Ayat 183)

1.Tetapkan matlamat Ramadhan

Tetapkan matlamat jangka masa pendek yang mesti dicapai apabila berakhirnya Ramadhan!

Teringat pesan seorang ustaz:Perkara yang paling sukar untuk dilakukan ialah istiqomah!

Juteru itu,dalam membuat matlamat Ramadhan kita,jangan lupa agar item 'istiqomah' dititik beratkan :) Bermula dari sedikit-sedikit pun tidak mengapa.Tetapi alang-alang Ramadhan datang setahun hanya sebulan,paling tidak setiap hari kita dalam bulan Ramdhan ini berlaku penambahbaikan.Takkan Ramadhan ini kita sambut biasa-biasa sahaja seperti bulan-bulan lain?

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

Banyakkan amalan kebaikan,sunat dan sunnah Rasulullah sollahu alaihi wasallam.Seperti:

-Bersahur
-Berbuka dengan tamar,berbuka sekadarnya agar badan cergas untuk berterawih dan qiam pada malam hari.
-Sedekah jariah
-Tadarus Al-
Quran
-Ziarah sahabat-sahabat

Boleh juga kita tetapkan matlamat apa yang kita ingin
tinggalkan untuk Ramadhan kali ini.Seperti:

-Merokok
-Tidur selepas Subuh
-Mengumpat,banyak bercakap perihal orang lain:banyak bercakap dibimbangi banyak salahnya nanti :)
-Buat kerja tidak berfaedah seperti menonton movie hib
uran semata-mata dan melayari internet serta laman sosial sahaja tanpa menunaikan hak terhadap manusia lain seperti berziarah.

2.Senaraikan doa-doa Ramadhan

Ramadhan datang membawa keberkatan.Juga telah dijanjikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,Lailatul Qadr.Maka gunakanlah peluang ini untuk berdoa,memohon kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tidak ada antara kita yang mengetahui bilakah Lailatul Qadr itu berlaku.Mungkin nasihat Ustaz Tah ketika di Kospint boleh kita jadikan panduan,Ustaz Syed Sheikh pernah berkata,

"Manfaatkan setiap malam pada bulan Ramadhan dengan berterawih dan qiamualail,insya-Allah kita akan dapat Lailatul Qadr sebab ia adalah salah satu dari malam-malam pada bulan Ramadhan"

Senaraikan doa-doa kita.Agar ketika berdoa kita tahu apa yang ingin kita minta dari Allah,tiada yang mustahil oleh-Nya.Doa bersungguh-sungguh.Yakinlah dengan doa kita.Islam agama yang mengajar umatnya sistem yang teratur.Sistematik :) Manalah tahu ada doa yang kita terlupa kan?Melayu kan mudah lupa =.=(macam tak ada kaitan kan?Okay,abaikan :P)

Kadang kala kita malu untuk berkongsi doa kita dengan sahabat-sahabat yang lain.Pada Tah,tidak ada salahnya kalau kita minta sahabat-sahabat yang lain mendoakan kita.Manalah tahu Allah perkenankan salah satu hajat kita yang didoakan oleh sahabat kita.Insya-Allah.

3.Kalau tak boleh solat,nak buat apa?(khas buat kaum hawa :))

Perkara ke-3 ini Tah tinggalkan buat kaum hawa yang membaca untuk merangka Ramadhan kalian.Allah itu Maha Adil.Sudah pasti ada hikmah mengapa perempuan mendapat cuti special case :D Namun suka Tah kongsikan beberapa cadangan yang telah Tah dan sahabat-sahabat lain fikirkan.Pilihlah,mana tahu ada yang berkenan di hati :P huhu...

-Menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa

-Ziarah sahabat-sahabat(Sudahlah tak puasa,janganlah tidur sahaja ye tak?hehe.

-Membaca bahan-bahan ilmiah

-Menjadi sukarelawan.Macam di Tanta,Ramadhan kali ini ada dua orang madam(panggilan kepada orang-orang Malaysia yang sudah berkahwin) yang sedang berpantang kalau tidak silap Tah.Apa kata yang tak boleh solat tu,tolong jagakan madam semasa padam solat terawih.Ingat tak risau ke padam nak tinggalkan isteri dia yang baru bersalin tu.huhu.Bila lagi nak tunjukkan skill jaga baby yang kalian ada tu :P

-Bersihkan rumah.Hari ini tiga kali Tah keluar rumah.Berjalan-jalan dengan tujuan :D Seronok sungguh melihat orang Arab bersemangat menyambut Ramadhan dengan menghias depan rumah mereka dengan Fanus(lampu aladin.Tak baik menipu bulan puasa kan?rupanya macam tanglung dan lampu berhias yang cantik dan berwarna-warni) dan bendera(sudah macam sukaneka gayanya!).Tidak kurang juga yang membasuh karpet dan membersihkan masjid sampai basah jalan :P(Jangan lupa kat sini tiada longkang,kalau jalan basah air akan bertakung~nasib baik musim panas,jadi cepat sikitlah kering :))
Ini Fanus kepunyaan Tah sendiri tau :) Dibeli pada Ramadhan tahun lalu di Awal Bahr

Semoga kita mendapat 'Ramadhan' yang kita masing-masing harapkan.Amin

"Ramadhan;permulaanya Rahmat,pertengahannya maghfirah(keampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka"

Satu hadis Rasulullah sollahu alaihi wasallam:

Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya,"Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.
Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ " Kemudian Jibril berkata lagi."Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”

Wallahu a'lam

*Tah suka puasa di Mesir sebab Tah akan berbuka puasa sekadarnya sahaja sebab di sini Tah dan ahli bait berbuka di Maidatur Rahman(Tempat berbuka puasa secara percuma).Makanan yang disajikan ialah nasi arab yang kurang masuk dengan selera Tah :P Di sini juga tiada bazar Ramadhan okay :D

*Tapi, jangan lupa doakan Tah berjaya dalam peperiksaan supaya Tah dapat balik Malaysia,berkongsi cara puasa yang best di sini dengan orang Malaysia.huhu...Insya-Allah :)

Ramadhan Kareem ;-)

3 comments:

  1. Assalamualaikum w.bt. ukhti tah di perantauan.sa;lam ramadhan kareem.selamat beribadah ya..^_^

    p/s : PC tertarik dengan cter berpuasa kat sana. bestnya. jeles3.hehe. dlu pas spm impi nak p mesir jgk, tp xde rezki kn..hehe.boley jadi pc suka sesuatu padahal ia xbaik utk pc dan sebaliknya.rezki smbg blaja di mesia^_^

    ReplyDelete
  2. Tah,fanus tu wjud lg?waaahh....ingat x brape harga fanus tu mse tah bli...cam teringin nk bli la plak...

    ReplyDelete
  3. pc:jazakillah sudi ziarah :)
    Allahu Akram!
    -betul3.Allah tahu yang terbaik untuk kita :)

    Adawiyah:Ada lagi,tp belum pasang.berdebu dah :D lam 15 genih klu tak silap

    ReplyDelete