Saturday, August 3, 2019

Part time babysitter KL a.k.a mobile babysitter

Assalamualaikum. Hi semua. MasyaAllah penuh habuk blog ni. Apa tak nya. Last post tahun 2015. Satu post. Sebelum tu tahun 2014 sebab jual tudung. Hahaha. Lawak betul lah.

Ini lah jadinya bila dah banyak sangat media sosial. Blog dah dipinggirkan.

Banyak nak update tentang apa yang berlaku kebelakangan ni. Tapi kita cite satu2 la ye. Mungkin kita boleh mulakan dengan servis yang Tah dan kawan-kawan tengah buat sekarang ni. Iaitu servis babysitter, mengasuh di tempat customer. Kami datang ke tempat anda untuk jaga anak anda bila-bila masa yang diperlukan. Sebenarnya dah ada well known company yang buat servis macam ni contohnya kiddocare dan tinyfeet babysitter. Tapi apa salahnya kita bersaing secara sihat. Kan?

Ni antara gambar Tah semasa buat servis ni. Setakat ni dah dua kali customer dari oversea guna servis I tau. Maybe next time kita buat post in English pula. Hahaha. International giteww.



Doakan Tah dikurniakan kerajinan untuk update lagi. Mungkin boleh cerita pasal perjalanan degree in early childhood education / pendidikan awal kanak-kanak di MSU. Lepas tu kita cerita pula pasal perjalanan master yang bakal bermula bulan September ni. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment