بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh J
Buat ukhti
yang disayangi kerana Allah s.w.t…insya-Allah
Mungkin
kalian pernah membaca kata-kata ini.Aku kongsikan juga buat kalian kerana
padaku nasihat ini amat terkesan buatku dan semoga ianya juga bermanfaat buat
kalian.
Sama-sama
kita muhasabah diri.
“Solat itu umpama rehat dari kesibukan dunia bagi
orang mukmin.Seharian kita sibuk dengan urusan dunia,adakah Allah ada di hati
kita?Selalu dengar bukan,berhenti sejenak…beriman seketika.Ayuh lakukannya
dalam solat kita.Seorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya ketika mana dia
sujud.Panjangkanlah sujud kita.”
Mengadulah
tentang rindu kita kepada-Nya dalam solat.Merintihlah tentang kezaliman dunia
kepada kita dalam solat.Menangislah menginsafi dosa-dosa kita dalam
solat.Jadilah diri kita yang fitrah dalam solat.
Solat itu
tiang agama.Amalan pertama yang akan dihisab kelak.Bagaimana solat kita?Adakah
solat kita telah mencegah kita dari melakukan kemungkaran?
Allah…Allah…Allah.
Ampunilah
dosa-dosa kami…
Wahai Tuhan, ku tak
layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Selamat
belajar buat sahabat-sahabat yang baru memulakan kuliah hari ini.Marilah
sama-sama kita ikhlaskan diri untuk belajar ilmu Allah yang mulia.Sama-sama
kita saling memperingati untuk perkara-perkara kebaikan juga dalam perkara
kesabaran.Semoga kejayaan kita kelak bermanfaat buat Islam,insya-Allah.
سيروا على بركة الله
Aku yang mencintai kalian kerana
Allah s.w.t ,insya-Allah
Atiqah
Abdullah
beringat bersama :)
ReplyDeletehuuuuu
ReplyDelete