Wednesday, October 9, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60.

"Selalulah berdoa kepada Allah agar kita menjadi asbab untuk orang lain mendapat hidayah dari-Nya."

Itulah antara nasihat ustaz yang selalu aku ingati.Malah itu jugalah doaku sehari-hari.Betapa besar ganjaran yang bakal diterima andai kerana usaha kita,Allah membuka hati sahabat atau orang sekeliling kita untuk menjadi manusia yang lebih baik...

sahabat yang baik sentiasa mengingatkan kita kepada Allah s.w.t
Aku mengenali sahabat ku ini ketika mula-mula mendaftarkan diri sebagai pelajar baru di program persediaan luar negara.Sikapnya yang ramah membuatkan kami mudah mesra.Bella,orangnya sentiasa manis dengan senyuman.

Walaupun kami dari latar belakang pendidikan yang berbeza namun itu bukanlah penghalang persahabatan kami.Aku dari sekolah tahfiz manakala Bella pelajar sekolah perempuan di ibu kota.Bella tidak bertudung labuh sepertiku,namun aku cukup tertarik dengan kebolehan yang dikurniakan Allah kepadanya;Bella fasih membaca Al-Quran.Malah pada hematku,bacaannya jauh lebih baik dariku,pelajar lepasan sekolah tahfiz...

Bella selalu bertanya kepadaku kemusykilannya pada persoalan-persoalan agama.Aku pula dengan senang hati akan berkongsi ilmuku seadanya.Malah kadang-kala akan ku selitkan nasihat untuk Bella.Bella akan tersenyum dan menyucapkan terima kasih setiap kali mendengar nasihat dariku.

Pada suatu hari,Bella meminta keizinan dariku untuk meminjam tudung labuhku,Tudung Kaktus kegemaranku(sebab tak payah iron!hehe ;)) Pada mulanya aku agak pelik.Namun aku dengan senang hati memberikan keizinan kepada Bella untuk menggunakan tudungku itu.Katanya dia ingin menziarahi junior kami di blok sebelah.

Pulang dari melawat junior,aku lihat Bella banyak termenung.Sehinggalah pada suatu malam,Bella menarik tanganku ke arah balkoni bilik kami.Aku hanya menurut langkahnya.Malam itu hening sahaja.Aku lihat mata Bella berkaca-kaca.Akhirnya tumpah juga empangan yang ku agak telah dipendam sejak sekian lama.

"Atiqah,kita nak berubah.Kita nak pakai tudung labuh.Macam awak!"Aku hanya mendiamkan diri.Membiarkan Bella meneruskan kata-katanya.

"Masa Bella pinjam tudung Atiqah hari tu,Bella saja-saja je.Sebab tudung Atiqah senang nak pakai,tak payah iron.huhu.Tapi bila Bella pergi ziarah junior minggu lepas,mereka semua puji penampilan Bella.Bella kata,ni bukan Bella yang sebenar.Ni Atiqah punya..."

Seorang junior tu jawab,

"Kak Bella,takpe.Mana tahu suatu hari nanti akak akan betul-betul pakai macam ni"

"Sejak hari tu Bella banyak berfikir.Setiap malam Bella berdoa,Ya Allah,andai hijrah itu lebih baik untukku,Kau permudahkanlah..."

"Atiqah,tolong Bella ya..."Mata Bella memandang tepat ke mataku.Penuh pengharapan.

"Insya-Allah..."Balasku sambil tersenyum lantas merangkul tubuh sahabat baikku itu.Kami sama-sama tenggelam dalam tangisan penuh syahdu.

Alhamdulillah!
..........................................................................................................................................

Sejak hari itu,aku dan Bella semakin rapat.Kami ke kelas agama bersama-sama.Kami sentiasa bermuhasabah tentang ukhuwah yang kami bina agar ianya semata-mata kerana Allah kerana kami ingin bersahabat lagi di syurga kelak.insya-Allah.amin...

Aku pula sering menunjukkan kepada Bella tips pemakaian tudung labuh yang aku dapat dari internet.Cewah!Ala-ala artis pulak ;D Aku ingin menunjukkan kepada Bella bahawa dengan bertudung labuh juga,dia tetap dapat kelihatan cantik dan kemas sebagaimana impian gadis-gadis lain seusia kami.

Aku bersyukur kerana Tudung Nur banyak membantu penghijrahan Bella.Malah aku juga.Kami sering mencuba gaya tudung baru keluaran Tudung Nur yang keluar di facebook.Bahkan kini,Tudung Nur juga ada memuat naik video tutorial cara-cara pemakaian selendang labuh yang sangat unik dan cantik di Youtube :)

Terima kasih Tudung Nur,Terima kasih Allah!