Tuesday, July 10, 2012

Inikah perasaan orang yang sudah habis exam? :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...

Allahu Akbar! :')

Tinggal 2 minggu dari sekarang,andai Allah izin untuk Tah pulang ke tanah air,tanah kelahiran,Terengganu Darul Iman,Malaysia...Semoga perancangan Allah selari dengan perancangan Tah sebagai hamba.(Doakan perancangan Tah inilah yang terbaik pada ilmu Allah s.w.t).Bimbang kadang-kadang kita sebagai hamba hanya merancang pada tahap ilmu kita yang tidak sampai setitik dari ilmu Allah s.w.t ini.

Musim panas seperti biasa.Kering.Tanta sudah hampir 3 bulan tidak dibasahi air hujan.Habis sahaja exam,terus ke pasar bersama-sama teman seperjuangan,teman dunia & akhirat insya-Allah Ummu Afiqah untuk membeli buah-buahan.Kata mahu jadi doktor kan? :) Haruslah jaga kesihatan.hehe

Balik dari pasar kami meneruskan misi selepas exam dengan mengisi perut yang sudah kelaparan.Destinasi kami-->Moments.Gambar itu gambar selepas exam Physiology sebulan yang lepas.hehe.(Brownie je gambar semasa kami makan tadi :))Nasib kami kurang baik tadi kerana menu baru yang belum pernah kami rasa tetapi tetap kami pesan atas dasar cuba jaya telah gagal menepati selera kami terutamanya Tah :D sebagai anak kampung sejati :) (muka bangga sikit!)Nasib baik brownie tu sedap!Jazakillah Cik Ummu Afiqah kerana belanja ana :P

Selepas melepak-lepak di Moments dan menikmati suhu kedai makan itu yang nyaman hasil penggunaan penghawa dingin yang mampu menipiskan lapisan ozon(Kata Ummu tidak mengapa,lapisan ozon hanya akan menipis kerana penggunaan penghawa dingin setelah 100 tahun
 (-.-") ceiitttt... kami beredar untuk ke Fatahalla,gedung membeli-belah yang terbesar di Tanta!(cuba baca dengan nada teruja.pergh!) (-.-") Maklumlah orang ada exam,mana ingat nak beli barang-barang keperluan harian.huhu.(lain kali Tah upload gambar Fatahalla yang gah itu ya! :P)

Seronok duduk Mesir ini kerana rakyatmya amat suka mendoakan kita atau sesiapa sahaja.Tah yang tak berapa nak pemalu dan peramah lebih ini telah memaklumkan perihal diri Tah yang sudah habis exam ini kepada beberapa individu yang Tah kenal rapat dan kenal biasa-biasa(Amu=pak cik yang bekerja di universiti.Malangnya bekerja sebagai apa tidak dapat dikenalpasti).Mereka semua mendoakan Tah dengan doa yang baik-baik semoga najah imtihan kali ini.(woah,siapa yang tidak merasa terharu?sudah lah doanya dalam bahasa arab~feel dia lebih!!! :P)Kalian yang membaca blog ini juga,Tah dengan rendah diri minta diri hamba yang hina ini didoakan dengan doa yang baik-baik.Terima kasih! :)

Balik ke rumah.Oh,ini yang tak best!(Rumah Tah best,jangan salah anggap!)Teringat pada Kak NurulHusna Ahmad Sani dan adik kandungnya NurulHuda Ahmad Sani yang kini berada di Turkey untuk program seminar ke apa ntah.huhu.Tah pun malas nak cerita panjang-panjang.Nanti bukan ada yang faham pun.haha.Tah gembira untuk mereka.Kak Husna cakap dia seronok kerana kali ini dia dapat pergi ke Turkey atas urusan kerja dan juga melancong bersama adiknya.Tapi Tah rindukan mereka.SOBSSSSSSS.


Bagi anak yang lahir dalam keluarga yang besar macam Tah ini,Tah tak betah duduk seorang diri tanpa teman.Cewah! :)) Sebenarnya ada je lagi ahli bait yang lain.huhu.Tapi rasa macam tak lengkap.SUWIT kan Tah?muhahaha...

BROWNIE yang sedap! 
Sepanjang 'study leave' ini terlalu banyak hak-hak yang Tah abaikan...huwaaa :'( Jangan tiru aksi ini di rumah!Tekadnya fatrah pasca-imtihan ini ingin dimanfaatkan sebaik-baiknya terutamnya untuk insan-insan yang banyak berbakti pada diri ini,ahli bait dan sahabat-sahabat seperjuangan.Insya-Allah.

"Siapa masak esok?"
"Kak Meha,kenapa Tah?"
"Nak tak kalau Tah masakkan?"
"Wah seronoknya.."
"Tah nak masak apa?"
"Tak tahu lagi...Kak Meha nak makan apa?kalau Tah tahu buat, insya-Allah Tah buat"
"Nasi Kerabu."
"erk,mana ada ikan" (alasan)

hehe...masak jelah ye apa yang ada di dapur! :) Janji dengan penuh kasih-sayang ye Kak Meha! Pasti mee goreng pun rasanya seperti Nasi Kerabu.Ahaksssss :))

Tah rasa bahagia.Alhamdulillah.Semoga kalian juga bahagia :) insya-Allah...

*Kena rancang betul-betul cuti ini supaya tidak lagha...hehe





 

Doakan!