Wednesday, June 27, 2012

yakin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Pernah dengar tak hadis qudsi yang berbunyi seperti ini...(ni apa yang Tah ingat je,sebahagian)

"Aku(Allah s.wt) adalah sebagaimana sangkaan hambaku terhadapKu"

Jadi dalam menjalani kehidupan sebagai hamba kepada Allah s.w.t kita seharusnya sentiasa positif.Positif.Sentiasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan impian-impian kita.Yakin bagi seorang Muslim itu adalah tawakal.

Namun hari ini ramai yang menganggap apabila bertawakal sudah tidak perlu berusaha.Hal ini sama sekali betul.Salah.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."

Kerana itu wujudnya saranan untuk kita berusaha.Hanya mereka yang berusaha akan mendapat hasilnya(mengikut sunnatullah)dengan izin Allah s.w.t.

~Man jadda wajada, waman zaroa' hazoda
~"Siapa yang berusaha dia akan berjaya(mendapat apa yang dia usahakan),dan siapa yang menanam akan mendapat hasil tuaiannya".


Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum kertas Anatomy (buat kali ke-3..hukhuk.)Doakan Atiqah Abdullah dan sahabat-sahabat beliau berjaya dengan jayanya ya? :D


*Tadi telefon Malaysia,Mak dan Ayah dengan yakinnya bertanya..."Tah dah beli tiket kapal terbang?"huhu...Nampaknya Tah harus lebih yakin daripada Mak dan Ayah :) Semoga Allah kira kata-kata Mak dan Ayah itu sebagai doa dan diperkenankan.Allahumma amin~





Sunday, June 24, 2012

Islam menang di Mesir!

Salam,
Allahu akbar!Alhamdulillah.Akhirnya pilihanraya pemilihan presiden Mesir berakhir hari ini dengan pengumuman Dr Mursi dari Ikhwan Muslimin menang dengan hampir seri.Apa-apapun menang juga kan? :)

Dah lama tak update blog.exam3

lagi 2 paper.tulis laju2.Update blog ni agar boleh cerita kat anak cucu nanti,Tok ada kat Mesir tau semasa Islam menang dulu.hehe :D esok jom ramai2 puasa...tanda kesyukuran Islam menang di Mesir dan Insya-Allah seluruh negara lain akan datang mengikut jejak langkah Mesir.amin

Doakan kemenangan Islam berpihak kepada kita di seluruh dunia.Doakan kami2 yang exam ni.Doakan Tah dapat balik Malaysia tahun ni dengan result yang najah.Allahumma amin :')